Pages

Thursday, May 17, 2012

BATA


1.0              Pengenalan

1.1              Bata telah digunakan sejak beribu tahun lalu dan tidak banyak perubahan dari segi saiznya.
1.2              Bahan asasnya ialah tanah liat, pasir, kapor dan simen.
1.3              Saiz piawainya ialah :-

Tebal – 65mm
                                    Lebar – 102.5mm
            Panjang – 215mm
                                    Ketinggian purtata empat biji bata tidak melebihi 300mm

1.4              Tebal minima ialah 50mm dan maksima 80mm sementara lebar minima ialah 100mm dan maksima 125mm.

2.0              Sifat dan saiz bata


1.1              Istilah bata :-
1.1.1        Garis bucu : tepi pepenjuru bata
1.1.2        Kepala bata : permukaan hujung bata ( 65mm x 102.5mm )
1.1.3        Sisi bata : permukaan sisi bata ( 102.5mm x 215mm )
1.1.4        Lekuk : kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.
1.1.5        Bata kerat : bata dipotong samada setengah, tiga per empat ataupun berkeadaan serong.
1.1.6        Bata penutup setengah : bata dipotong tengah ( setengah )
1.1.7        Bata penutup tiga suku : bata terpotong serong suku bucunya.

2.0              Kegunaan bata

2.1              membina dinding bangunan tanggung beban ataupun tidak menanggung beban.
2.2              Untuk kerja-keja luar seperti kaki lima, tembok taman ataupun dinding parapet
2.3              Unutk membuat atau membina tembok penahan.
2.4              Untuk membina pagar dan tembok
2.5              Diajdikan pelapik di dinding luar
2.6              Dipecahkan untuk dijadikan lapisan asas ( hardcore )
2.7              Untuk membina tiang dan gerbang atauoun struktur yang bersesuaian
2.8              Sebagai hiasan luar bangunan ( dinding atau tembok yang tidak dilepa )
2.9              Binaan menanggung beban seperti tiang, jambatan, gerbang dan ambang.
2.10          Binaan tahan api seperti sabak, serombong, relau dan dangdang.
2.11          Dijadikan lapisan kalis lembap.
Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment