Pages

Friday, October 14, 2011

IKATAN SISI BATA DAN FLEMISH


Pengenalan
·         Ikatan ini menggabungkan ikatan jenis sisi bata dan Flemish
·         Ikatan sisi bata mengandungi semuanya semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah/tiga suku pada hujung terhenti atau buntu
·         Tembok yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang lebih
·         Kebiasaannya ikatan sisi bata digunakan bagi tembok sekat, tembok tandas, tembok dalam struktur berkerangka
·         Ikatan Flemish mempunyai sambungan tegak berterusan dan kurang kuat
·                                 Terdapat 2 jenis ikatan Flemish iaitu ikatan Flemish kembar dan tunggal.

Objektif
  • Membancuh mortar mengikut nisbah yang betul
  • Merancang tanda
  • Membina tembok ikatan sisi bata dan ikatan Flemish
  • Menguji kepersegian tembok, kepugakan tembok, tolok, aras dan jajaran
  • Mewujudkan kerjasama diantara mentor dan mentee dalam sesebuah kumpulan
  • Menerapkan nilai kemahiran generic dikalangan pelajar.

Peralatan Dan Kelengkapan
  • Sudip
  • Sesiku
  • Alat aras spirit
  • Tolok lurus dan span
  • Bongkah benang dan pin
  • Baldi dan skop
  • Kemas ikat
Bahan-bahan
  • Bata penuh – 40 biji
  • Bata penutup setengah – 2 biji
  • Bata kerat tiga suku – 2 biji
  • Mortar kapur (1:2)

Langkah kerja
1.      Merancang tanda kerja tapak berdasarkan gambarajah projek yang disediakan
2.      Terapkan bata bagi lapisan pertama dengan menggunakan benang. Uji kepersegian, pugak, aras, dan kelurusan diuji dengan menggunakan alat aras spirit, tolok dan sesiku pemidang.
3.      Bina hujung bertangga bagi lapisan kedua hingga lapisan keempat dan hujung terhenti bagi hujung yang satu lagi.
4.      Uji kepugakan, tolok, laras dan keratan muka tembok.
5.      Untuk lapisan kedua dan lapisan genap adalah seperti dalam rajah yang diberikan.
6.      Pasangkan bongkah dan benang dipasang pada kedua-dua belah hujung tembok dan terapkan bata mengikut lapisan dan benang.
7.      Uji pugak, laras, jajaran dan keratan permukaan tembok.
8.      Kemaskan sambungan-sambungan dan tempat kerja.

Kesimpulan
Selepas menjalani amali kerja bata ini, pelajar-pelajar telah dapat :
·         Memperkenalkan prinsip-prinsip mengikat bata.
·         Menunjukkan jenis ikatan yang digunakan.
·         Menunjukkan kerja kemas ikat dalam kerja bata.
·         Memperkenalkan peralatan kerja bata.



Click ads for your tq or like.

No comments:

Post a Comment