Pages

Wednesday, May 18, 2011

penanaman sawi


MEMBAJAK DAN MEMBUAT BATAS
*      Tanah hendaklah dibajak atau dicangkul sedalam 20 cm.
*      Kaedah ini dapat memecahkan tanah, membalikkan dan mendedahkan tanah kepada cahaya matahari. Ini akan memberi kesan kepada organisma serta memudahkan proses penguraian mineral di dalam tanah.
*      Selepas itu , tanah yang dibajak atau dipecah-pecahkan dengan  cangkul sehingga halus.
*      Walaupun tanah  sudah sesuai untuk tanaman , kedua-dua cara tersebut mengakibatkan pendedahan biji  rumpai yang sebelum ini dorman  di dalam tanah.
*      Setelah itu barulah batas dibuat dengan ukuran 1.2 meter lebar, 0.3 meter tinggi dan panjang mengikut keadaan kawasan.
*      Bagi tanah bukan organic, taburkan dan gaul rata-rata  baja kimia seperti Nutriat Kalium (MOP) di atas batas dengan kadar 250kg/ha.
*      Setelah batas siap, ia akan disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan serangga dan perosak daripada memusnahkan biji benih.
Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci  tentang  penyediaan batas ;
*      Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya.
*      Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm -152 cm ( 3-5 kaki ) lebar. Tinggi 23 cm ( 9 inci ) atau lebih dengan lorong anatara batas selebar 61-122 cm ( 2-4 kaki ) .
*      Saliran yang baik merupakan keperluan terpenting bagi pertumbuhan sayur. Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh menggencatkan pertumbuhan akar atau penangkupan air menyebabkan akar terendam dan reput.
Masalah saliran biasanya pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.
 
SISTEM SALIRAN DAN PENGAIRAN
*      Perimbangan udara dan air di dalam tanah adalah penting bagi mencapai prngeluaran hasil tanaman yang tinggi.
*      Tanah yang sering dibanjiri air sehingga terendam adalah tidak sesuai untuk tanaman kerana kurang oksigen dan sudah dibajak.
*      Sebaliknya  jika tanah terlampau kering, pembekalan sumber air seperti mata air ke ladang menjadi kurang atau akan terhenti.
*      Akibatnya tanaman akan terencat.
*      Oleh itu, kawalan air mata amat penting kepada tanaman supaya pertimbangan udara dengan air di dalam tanah terjaga.
*      Sistem pengairan yang baik adalah ;
1.      Pengairan cara alur
2.      Lembangan
3.      Pengairan sempadan
4.      Pancutan air  dan sebagainya

CARA PENANAMAN
*      Biji benih  digunakan bagi kebanyakan sayur-sayuran. Sifat-sifat biji benih yang elok digunakan ;
a.       Tulin tidak bercampur biji benih lain
b.      Bebas daripada penyakit , serangga dan lain-lain kerosakan
c.       Segar dan sihat
d.      Daya percambahan yang memuaskan ( tidak kurang daripada 75 % )


SAWI 

NAMA TEMPATAN: Sawi Hijau/Sawi Bunga, Sawi Putih.

NAMA SAINTIFIK: Brassica sp.


CIRI-CIRI SAWI
Batang : Kurus kecil atau besar dan compact. Berwarna hijau atau hijau muda.
Daun   : Bentuk hujung daun bulat dan berwarna hijau atau hijau muda.
Bunga : Bunga berwarna kuning
Benih  : Berwarna keperangan, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji lebih kurang
              2 gram.


JENIS-JENIS SAWI
Jenis
Ciri-ciri
Sawi hijau/sawi bunga

Choy Sam
Berdaun tegak, berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. 
Sawi putih Pak Choy
Daun berwarna hijau tua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun tebal, batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun.
Sawi jepun Siow Pak Choi
Saiznya kecil berukuran 12-15 cm. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak berapa prominent dan dihujung daun bulat.
Sawi pahit
Tumbuh cepat dan mempunyai daun lebat yang melebihi 30 cm. Daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk jeruk.
     


KANDUNGAN ZAT MAKANAN
(Bagi setiap 100 g yang boleh dimakan)
Kandungan
Jumlah
Tenaga
29.0 Kcal
 Air
91.1 gm
Protein
2.2 gm
Karbohidrat
3.3 gm
Serabut
0.4 gm
Abu
1.5 gm
Kalsium
138.6 mg
Fosforus
83 mg
Besi
1.3 mg
Natrium
12.4 mg
Kalium
471.5 mg
Beta Karoten
2957 ug
Vit. - B1
0.09 mg
Vit. - B2
0.27 mg
Niacin
0.28 mg
Vit. - C
89.0 mg









































Pemilihan Biji Benih
  1. Gunakan biji benih yang bebas daripada serangan kulat dan tanda-tanda berpenyakit.
  2. Tiada kecacatan, pecah dan sebagainya.
  3. Bersih, bernas ( penuh ) dan warna hitam berkilat.
  4. Kadar biji benih ialah 0.5 kg per 0.4 hektar.


Rawatan
Gaul biji benih dengan racun kulat dengan kadar 3gram racun kulat bagi 100gram biji benih.

Penyediaan Tanah
Tanah yang sesuai adalah ;
  1. Tanah Loam
  2. Tanah liat berpasir
  3. Kaya dengan bahan organic
  4. pH tanah di antara 4.5-5.0
*      cocoa-peat, tanah dan pasir ialah campuran yang digunakan untuk menanam sawi dengan menggunakan polibeg.
*      proses mencampur tanah, pasir dan cocoe-peat sebelum dimasukkan ke dalam polibeg.

MENANAM SEMAIAN DALAM POLIBEG
*      Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15 cm bergantung pada jangka masa anak benih di tapak semaian.
*      Disemai 10 biji benih sawi untuk setiap polibeg . Setiap individu diberikan 4 polibeg seorang.
*      Setelah disemai anak benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan.
Cara ini memerlukan belanja dan tenaga yang lebih tetapi dapat mengurangkan gangguan akar semasa menanam terus ke ladang.


PENGURUSAN
*      Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.
*      Penyiraman hendaklah dilakukan dua kali sehari ketika musim panas.
*       Cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan alat penyiram.
*      Kerja ini sesuai untuk kawasan tanaman yang kecil sahaja.
*      Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mesti dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul.
*      Kaedah ini disebut penjarangan.
*      Kepentingan penjarangan adalah ;
  1. Ia mengurangkan pertandingan cahaya, air, bahan makanan dan ruang. Jika ditanam dibiarkan tumbuh rapat akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.
  2. Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang, jika dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga berkurangan.

MERUMPUT

Merumput adalah mustahak kerana faktor berikut ;
  1. Mencegah rumpai daripada bertanding dengan sayuran dari segi cahaya, air , makanan dan ruang. Jika dibiarkan tumbuh hasil akan berkurangan.
  2. Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan penyakit. Merumput hendaklah kerap dilakukan sama ada dicabut dengan tangan atau menggunakan cangkul tajak.

PEMBAJAAN

Bagi  tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut ;


PUSINGAN
MASA
JENIS BAJA
KADAR/ BATAS
KADAR/HEKTAR
650 BATAS
1.
SEBELUM MENANAM
BAJA ORGANAN
6 Kg
4 tan
2.
2 MINGGU
NPK 15 :15 : 15
0.4 Kg
0.25 tan
3.
3 MINGGU
NPK 15: 15: 15
0.5 Kg
0.25 tan

PENGURUSAN PEROSAK
Pengawalan perosak dan penyakit adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan  dan bermutu .
 NAMA
BAHAGIAN DISERANG
KAWALAN
Perosak




Ulat ratus (Prodenia Litura)


Daun


Endosulfan, Triazofos
Kumbang Kutu
(Phyllotreta Sinuata )
Kumbang menyerang daun dan ulat  memakan akar di pangkal anak benih.
Karbaril, Diazinon atau Triklorofon
Ulat Pangkas
( Agrostis ypsilon)
Ulat memotong batang di pangkal
anak benih dan memakan daun.
Triklorfon
Rama-rama Diamond –back
(Plutella xylostella)


Ulat merosakkan daun.
Tamaron Dipel
lBasilus thuringiensis
menggilir tanaman
 Siput dan Slug
Anak benih dan daun.
Metaldihida
Penyakit




Reput lembut
(Erwinia carotovora )
Akar dan batang lembut berair. Pokok layu, reput dan busuk.
Baiki saliran
Menggilir tanaman
Akar Tongkol
(Plasmodiophora brassicae)
Akar bengkak dan bertongkol-tongkol
Cabut pokok, Calomel.
Bintik daun
( Cercospora sp.)
Daun berbintik perang.
Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit  pada suhu 50 darjah Celsius sebelum ditanam.
Reput Daun
(Corticium solani)
Daun reput dalam musim hujan .
Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.

MEMUNGUT HASIL DAN PEMASARAN
*      Pokok sawi mula dipetik setelah 28 hari atau 40 hari disemai atau ditanam.
*      Sawi hendaklah dipasarkan secepat yang mungkin kerana ia tidak tahan  lama.
*      Petik sawi pada sebelah petang, susunkan baik-baik  di dalam bekas yang jarang supaya udara dapat beredar. Hantar pada sebelah  malam ke tempat jualan.
MASA KUTIPAN HASIL
27-30 hari selepas menyemai.
HASIL (KG/Ha )
14000-16000 ( Sawi hijau dan sawi putih )
12000-14000 ( Sawi Jepun )
22000-30000( Sawi pahit )
CARA MEMUNGUT
Sayur dipungut dengan memotong pada paras tanah.
MASA MENGUTIP
Pagi dan lewat petang
PENGENDALIAN HASIL
Pemilihan, pembungkusan, penggredan dan pembungkusan
PENYIMPANAN
Suhu 1-3 darjah Celsius dengan kelembapan relatif di antara 90-95% 1-1.5 minggu.


            Pengendalian selepas tuai.
1.      Jangan biarkan sayuran terdedah kepada matahari kerana ia masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan.
  1. Sayur –sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu tinggi kerana akan merosakkan timbunan bawahnya.
  2. Elakkan menimbun dalam lori.Gunakan bakul-bakul.
  3. Persediaan pasaran. Sayuran hendaklah dibersih dan dibasuh daripada kotoran serta dikelaskan mengikut gred. Adalah lebih baik dibungkus dan diikat.
  4. Letakkan di dalam suhu rendah
  5. Sayur-sayuran berlebihan hendaklah diproses atau disimpan untuk mengawal haraga pasaran.

PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Dalam usaha untuk menanam sawi, terdapat beberapa permasalahan yang saya hadapi sehingga percubaan sebanyak dua kali juga tidak berhasil, Antara akibatnya adalah ;
  1. Kurang penyiraman air ke atas polibeg sayuran dan tidak konsisten waktunya.
  2. Biji benih yang tidak bernas (penuh) kandungannya serta kerosakkan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
  3. Penyediaan tanah yang tidak sekata dari segi nisbah tanah merupakan salah satu puca sayur terbantut.
  4. Tidak merumpai atau meracun bagi memulihkan tanah dan anak benih.
  5. Faktor cuaca yang terlalu panas juga merupakan antara mengapa sawi tidak dapat hidup.
Sebagai penyelesaian pelbagai usaha telah dilakukan seperti penanaman semula, penjagaan biji benih dan penyiraman yang konsisten.


Laporan Langkah Kerja Mingguan.


Minggu
Langkah Kerja
Catatan
1
-Penerangan dari Puan Salina dan En. Fariz tentang kerja yang akan dilaksanakan di ladang.
-Pembahagian kumpulan yang mana terdiri daripada 12 hingga 13 orang di dalam satu kumpulan.
-Proses membersihkan tanah untuk membuat batas jagung.


2
-Membersihkan tapak semaian dengan membuang rumput-rumput yang terdapat di tapak semaian.
-Mengubah polibeg yang sedia ada di tapak semaian ke tempat yang disediakan.
-En. Fariz memberikan 4 keping polibeg setiap sorang.
-Penerangan tentang penggunaan racun serangga yang dibenarkan untuk tanaman sayuran dan buah.




3
-Mendenagar penerangan daripada Puan Salina dan En. Fariz tentang cara-cara memasukkan medium (campuran tanah) ke dalam polibeg. Menggunakan campuran tanah, cocoa-peat dan pasir dalam nisbah 3:2:1.
-Membuat kerja di dalam kumpulan dengan memasukkan campuran tanah tadi ke dalam polibeg.
-Setelah selesai, biji benih sawi hijau putih di tanam di dalam polibeg. Satu polibeg di tanam dengan 10 biji benih sawi, ini bermakna setiap seorang akan mempunyai 40 pokok sawi jika kesemuanya tumbuh dengan elok.
-Polibeg ini ditempatkan di tapak semaian yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing.


4
-Pada minngu ini, iaitu pada 16/12/2004  iaitu hari ketujuh benih sawi ditanam.
-Peratus percambahan untuk polibeg pertama adalah - 70%,polibeg kedua – 100%, polIbeg ketiga – 100% dan polibeg keempat – 40%.
-Jumlah percambahan keempat-empat polibeg adalah 77.5%.


5
-Pada minggu ini,23/12/2004 iaitu hari keempat belas sawi ditanam.
-Pada minggu ini peratus pertumbuhan sawi hijau putih telah meningkat 100%.
-Ini kerana percambahan anak benih sawi semakin  bertambah.


6
-Pada minngu ini, 30/12/2004, hari ke dua puluh satu sawi ditanam.
-Peratus percambahan yang tumbuh adalah 100%.


7
-Pada  minggu ini, pokok sawi masih seperti miggu lalu
-Tiada apa-apa perubahan yang saya dapati.


8
-Apa yang saya dapati pada minggu ini ialah, pokok sawi yang ditanam masih tidak ada perubahan.
-Tambahan pula mungkin tumbesarannya terbantut kerana tidak mendapat sumber air yang mencukupi.


9
-Minggu ini, pokok sawi yang ditanam mati kesemuanya. Cuaca yang panas dan tidak mendapat sumber air yang mencukupi merukan faktor utama pokok sawi ini mati.


10
- Proses penanaman semula dilakukan.
- Apabila tanah dikeluarkan dari polibeg, tanah berada dalam keadaan panas. Ini mungkin disebabkan polibeg itu sendiri yang bewarna hitam dan ianya menyerap haba.
-Tujuan pengeluaran tanah dari polibeg adalah untuk menggembur semula sebelum biji benih baru ditanam.




11
-Saya dapati biji benih yang telah ditanam tidak tumbuh, walaupun sudah melebihi 3 hari.
-Ini mungkin disebabkan anak benih yang kurang elok atau mungkin juga disebabkan oleh faktor cuaca yang sangat panas dan saya tidak menyiramnya secara konsisten.


12
-Kesimpulan yang boleh dibuat pada minggu ini ialah, biji benih sawi yang ditanam tidak tumbuh walaupun saya telah membuat penanaman semula.
-Antara sebab utama yang saya dapati adalah kerana faktor cuaca dan kesilapan saya yang kurang memberikan perhatian dari segi penyiraman. Disamping itu, medium campuran untuk menanam sawi juga mungkin terdapat kesilapan kerana saya dan rakan-rakan yang lain membuatnya dalam kuantiti yang banyak sekaligus.




KESIMPULAN


            Proses penanaman sayur sawi merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pelbagai manfaat yang dapat saya perolehi dari melakukan aktiviti penanaman ini. Antaranya adalah mengajar saya menjadi seorang yang sabar untuk melihat hasil yang telah ditanam dan saya diuji dengan pokok sawi yang telah tumbuh mati kesemuanya. Ini disebabkan oleh kesalahan saya sendiri yang mana kurang memberi perhatian dari segi penyiraman.


            Melalui aktiviti penanaman sawi ini, saya dapat mengetahui tentang cara-cara penyediaan medium yang betul untuk menanam sayuran disamping mengetahui tentang kelebihan menggunakan cocoa-peat. Selain itu, dapat mempelajari teknik-teknik penanaman yang betul melalui Puan Salina, Encik Fariz dan Dr. Yahya. Pemerhatian dan penelitian sendiri juga merupakan intipati dalam usaha melaksanakan hasil sayuran.


            Pengalaman ini amat sukar saya lupakan kerana merupakan kenangan manis sebagai pelajar yang mana dapat mempelajari banyak benda baru dan akhirnya dapat memahami susah payah seorang petani untuk menunggu hasil usaha mereka.
RUJUKAN


1. Ali Hasan Md. Ali, Pengeluaran Tanaman untuk Sekolah Menengah Vokasional
    (1989),Edusystem Sdn.Bhd.


2. John Milton Poehlman (Prof. Agronomi, University of Missouri, Columbia),
    Pembiakan Tanaman Ladang, Jilid 2 (1988), Dewan Bahasa & Pustaka.


Click ads for your tq



No comments:

Post a Comment