Pages

Saturday, May 7, 2011

Ikan haruan


adalah sejenis ikan darat yang hidup di kawasan air tawar (http://prpm.dbp.gov.my, 2008). Nama sainstifiknya Rachycentron canadus. Kebiasaannya, ikan ini dipasarkan dalam bentuk hidup. Permintaan yang tinggi menyebabkan harga ikan ini mahal. Kulit ikan haruan bewarna hitam tetapi isinya berwarna putih.
Pengenalan
            Ikan haruan dianggap pemangsa ikan-ikan kecil di kolam. Ikan ini kurang aktif di dalam air disebabkan sifat malasnya. Oleh itu, ikan haruan perlu diberi makanan yang berinteraksi. Ikan haruan mempunyai sisik-sisik di seluruh badan. Di bahagian kepala, sisik kelihatan lebih besar berbanding bahagian lain. Selain itu, ia mempunyai dua sirip di bahagian bawah. Sirip di bahagian dubur bersaiz pendek.
            Ikan ini mudah dibezakan dengan ikan lain disebabkan warnanya hitam. Bahagian punggungnya kelihatan hijau kehitaman sedangkan di bahagian perutberwarna putih. Sementara itu, bahagian kepalanya seakan mempunyai tanda berwarna merah muda.
            Panjang ikan haruan adalah 45cm. badannya berbentuk bulat panjang. Mulut yang lebar memudahkannya memakan mangsa. Sirip ikan haruan berbentuk bulat dengan kulittubuh dihiasi belang-belang kecoklatan.
Berikut adalah jenis-jenis ikan haruan:
a)      Broadhead sleeper atau Dorminator lotifrans
Ia hidup di kepulauan Pasifik, Amerika Tengah dan selatan Mexico. Ikan ini hidup dalam air tawar mahupun masin. Ukuran badannya sekitar 25cm. makanannya adalah ikan-ikan kecil.
b)      Spotted Goby atau Dorminator maculates
Ia berukuran 25cm panjang. Lokasi kehidupannya ialah kepulauan Pasifik dan Amerika Tengah. Ikan haruan jenis ini boleh hidup di kawasan air tawar mahupun air masin.
c)      Morgunda-morgunda atau purple-striped gudgeon
Ia hidup di perairan air tawar di Australia Utara dan Tengah. Kepanjangannya adalah 20cm.
Lokasi kehidupan
Ikan haruan berasal dari Kalimantan, Sumatera, Malaysia dan Thailand. Ikan ini hidap di sungai dan paya yang mempunyai kedalaman 40cm. ikan ini hidup di kawasan berlumpur, mempunyai batuan, berkeadaa gelap dan aliran air yang tenang.
Makanan
Ikan ini memakan mangsa pada jarak dekat. Makanannya adalah ikan-ikan kecil, cacing dan organism lain yang masih hidup. Setiap hari, ikan haruan memakan mangsa dalam jumlah yang besar. Ikan ini termasuk dalam golongan karnivor.
Kawasan pembiakan
Ikan haruan membiak di kawasan berpasir sewaktu musim hujan. Telurnya melekat pada batuan, dasar kolam dan akar pokok kayu yang bersih. Bentuk telurnya seakan kapas yang lembut dan halus.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Ikan haruan. Diperolah pada February 22, 2011, dari laman web : http://prpm.dbp.gov.my.
Heru Susanto (2010). Penternakan dan perikanan air tawar.Kuala Lumpur: Synergy Media.
Click ads for your tq

No comments:

Post a Comment