Pages

Friday, April 1, 2011

KEPERLUAN PENDIDIKAN SEKS DI PERINGKAT AWAL REMAJA SATU KAJIAN ILMIAH


1.0              PENDAHULUAN

Pendidikan Seksual selalu dikaitkan dengan remaja. Zaman remaja adalah peringkat peralihan: dari alam kanak- kanak menuju dan menginjak zaman dewasa. Namun usia remaja adalah terletak di antara keduanya. Peringkat ini adalah amat kritikal. Peringkat di mana mereka terdedah kepada setiap perubahan itu berbentuk positif mahupun yang negatif. Kedua- duanya mempunyai kesan yang amat penting kepada perkembangan remaja ini. Di Peringkat ini remaja lebih cenderung berkawan dan sentiasa berkeinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Amat penting pada peringakat ini remaja diberi pendidikan yang sebaik- baiknya yang berteraskan agama. Agama adalah benteng bagi mereka terhadap ancaman anasir- anasir luar yang berkemampuan merosakkan mereka.

Pendidikan Seksual antara permasalahan yang tidak pernah berkesudahan dengan titik nortah untuk diperbincangkan. Ia sentiasa menjadi lekang perbincangan pakar seksologi dan pendidikan. Sebagai manusia, kehidupan ini semestinya diwarnai oleh permasalahan seksual. Hal ini memberi gambaran bahawa pendidikan seksual pada diri manusia merupakan keperluan dasar. Ertinya, penciptaan manusia disusuri pula dengan elemen- eleman yang bersifat naluri yakni fitrah, sebagaimana telah difirmankan oleh Allah S.W.T :



            “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita- wanita, anak- anak harta yang banyak dari jenis emas, perak kuda pilihan, binatang- binatang ternaakan, sawah ladang. Itulah kesenagan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik ( syurga )”. (Ali Imran:14)

Namun keperluan- keperluan yang bersifat naluri tersebut, terkadang menjadikan manusia terlepas dari kawalan. Manusia berlumba- lumba untuk mereguk semua kenikmatan dunia, meskipun cara yang ditempuhnya sudah tidak lagi memperhatikan segi- segi moral yang ada di dalam masyarakat. Timbullah keserakahan dan penindasan terhadap sesama manusia. Individu satu dengan individu yang lainnya saling mengeksplotasi demi kepentingan dirinya sendiri. Ananiyyah (egonisme) menjalar dalam kehidupan manusia. Kebersamaan pun lantas memudar. Hasil dari kesan semua itu, kawalan sosial kemudian menjadi lemah.

            Atas dasar perkara yang perlu diketengahkan, amatlah bertepatan dengan penyediaan laporan kami ini bagi mengulas secara ilmiah tentang pendidikan seks sebagai satu keperluan atau sebaliknya. Penyedian kajian ini akan mengupas lebih lanjut  erti sebenar apa yang di maksudkan dengan pendidikan seks mengikut beberapa pandangan terumatanya  dari pekspektif islam. Malahan kajian ini akan mengupas secara teliti mengenai konsep pendidikan seks disamping menghuraikan kesan- kesan yang ada terhadapnya. Penyediaan kajian ilmiah ini juga akan mengupas akan kepentingan pendidikan seks terutamanya kepada golongan remaja agar kekaburan yang di hadapi oleh masyarakat kini tidak menjadi sebab kepada keruntuhan akhlak.

            Dengan terbukunya kajian ini diharapkan memberi sedikit sebanyak kupasan terhadap pendidikan seksual untuk di teliti sebagai bimbingan mahupun rujukan ilmiah dalam mengenali kehidupan Islam sebagai tatacara hidup yang hakiki.



2.0       DEFINISI PENDIDIKAN SEKS


Seks bemaksud jenis kelamin, jantina, hal-hal mengenai perhubungan antara lelaki dan wanita atau keinginan syahwat.
Pendidikan  bermaksud perihal atau perbuatan mendidik
Pendidikan seks bermaksud memberikan pengetahuan dan pandangan yang seluas-luasnya dari berbagai sudut pandang serta memberikan informasi yang betul dan lengkap mengenai seksualiti.

2.1       Pandangan Sarjana mengenai pendidikan seks

1.                  Menurut Abdullah Nasir Ulwan, Beliau menyebut bahawa pendidikan anak-anak dalam Islam ini meliputi tujuh komponen dan salah satu daripadanya ialah pendidikan seks.
2.                  Menerusi dapatan kajian Werner-Wilson (1995) mengenai pendidikan seks yang menunjukkan bahawa sikap remaja terhadap seks dipengaruhi oleh kombinasi faktor individu dan latar belakang keluarga. Sehubungan itu, beliau mencadangkan pendidikan seks sepatutnya melibatkan penyertaan ibu bapa. Program dalam pendidikan seks mungkin dapat menggalakkan lokus kawalan dalaman yang  dapat menolong remaja membina kecekapan dan memahami bahawa mereka mempunyai beberapa ukuran kawalan terhadap kehidupan mereka sendiri.
3.                  Menurut pakar seksologi, Dr. Angelo Grazioli, pendidikan seks yang berkesan sepatutnya bersifat holistik (menyeluruh). Pendidikan seks perlu melibatkan pembangunan insan, kemahiran interpersonal, hubungan masyarakat yang baik, tingkah laku seksual, kesihatan seksual, dan masyarakat dan kebudayaan.


            KONSEP PENDIDIKAN SEKS

Isu mengenai pendidikan seks merupakan suatu isu yang telah lama timbul dan ianya masih belum selesai sehingga kini. Istilah pendidikan seks menjadi fobia kepada sesetengah masyarakat dinegara ini terutamanya golongan ibubapa dan ia merupakan isu yang sangat sensitif untuk disentuh atau dipelajari. Ini kerana dalam pemikiran  mereka apabila menyebut perkataan seks ia akan dikaitkan dengan perhubungan kelamin atau seksual diranjang antara suami isteri (lelaki dan perempuan) sahaja. Persepsi songsang ini haruslah diubah dan dibuang jauh-jauh dari pemikiran masyarakat di negara kita kerana pendidikan seks sebenarnya lebih meluas dari itu dan bukan hanya berkaitan hubungan kelamin atau seksual sahaja.

Pendidikan seks merupakan pendidikan yang amat meluas untuk dipelajari. Ia merangkumi semua aspek dan proses mendidik yang berlangsung secara dua hala, realiti, jujur, terbuka, memberi pengentahuan yang nyata, menempatkan seks pada cara dan tempat yang betul, penghargaan pada diri sendiri, rasa percaya pada diri dan di fokuskan pada peringkatan kemampuan dan mengambil keputusan. Terdapat enam perkara yang ada dalam pendidikan seks iaitu:

·           Pendidikan seks merangkumi tentang perilaku, kaedah atau cara-cara yang betul dalam melakukan hubungan seks.
·           Perkembangan manusia yang bermula dari kandungan ibu seterusnya lahir kedunia dan membesar sehingga dewasa, anatomi reproduksi dan sosiologi.
·           Hubungan antara manusia, keluarga, teman, kekasih atau pasangan dan perkahwinan.
·           Kemampuan kendiri: seperti nilai, membuat keputusan, komunikasi, negosiasi.
·           Kesihatan seks, Kontrasepsi, pencegahan IMS, HIV/AIDS, seksualiti dan agama.

Dari sudut pandangan Islam, Pihak yang terbaik dalam membimbing para remaja atau anak-anak dalam mendalami atau mendidik mengenai seks adalah ibubapa itu sendiri. Oleh kerana faktor masa dan perubahan cara hidup pada masa sekarang telah menyebabkan para ibubapa tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam mendidik anak-anak dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh ibubapa diabaikan. Ini telah menyebabkan anak-anak terabai dalam masalah pendidikan seks. Disebabkan kerana kurang atau ceteknya pengentahuan dalam pendidikan seks maka timbullah pelbagai gejala sosial seperti rogol, seks bebas, mengandung anak luar nikah dan buang anak yang begitu berleluasa sehingga kini. Dalam menangani masalah ini maka timbullah idea untuk mengajar pendidikan seks di sekolah dan tugas mengajar pendidikan seks ini di pikul oleh pihak guru disekolah.


4.0      PENDIDIKAN SEKS DPERINGKAT AWAL REMAJA


Mengapa fokusnya pada golongan remaja? Seperti yang diketahui umum, remaja ialah peringkat berlakunya perubahan yang drastik terhadap perkembangan fizikal dan mental seseorang. Ketika ini juga, remaja mula mengalami pengalaman baligh yang pertama yang memungkinkan perubahan yang tidak disenangi. Perubahan kognitif yang melanda remaja menjadikan mereka bukan lagi anak kecil, tetapi anak muda yang sudah pandai berfikir, bertindak, dan membuat keputusan sendiri. Remaja kini bukan lagi remaja zaman feudal yang tertutup pemikirannya, tetapi anak zaman siber yang berani dan agresif. Dunia yang semakin bersaing menghambat masyarakat sejagat mengejar maklumat yang terkini dan menimba ilmu pengetahuan dengan hanya menekan punat kekunci tertentu untuk melengkapkan diri seiring dengan kemajuan teknologi. Pertumbuhan sosioekonomi yang pesat menyaksikan betapa mudahnya orang ramai kini dapat mengakses maklumat dengan kemudahan teknologi maklumat, khususnya internet.
Di negara ini, dengan adanya pendedahan awal tentang mata pelajaran sains di sekolah, pergaulan dengan rakan sebaya, media cetak, dan media elektronik adalah antara faktor yang menyebabkan remaja kita kian terbuka dalam membincangkan hal yang berkaitan dengan seks dan seksualiti. Namun, jika tidak ada sempadan nilai dan garis panduan tentang perkara seumpama ini, dikhuatiri remaja akan hanyut dengan khayalan. Teknologi yang semakin canggih menolong remaja kini berhadapan dengan isu seks secara relatifnya lebih awal daripada usia yang "sepatutnya".


Maklumat yang tidak tertapis ini mudah menyerang dan meracuni minda muda yang sememangnya "rapuh" dan "mudah terpengaruh". Oleh itu, jika dilihat dari sudut teoretis, amat wajar jika pendidikan seks diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan kita. Keperluan pendidikan seks dijelaskan menerusi dapatan kajian Werner-Wilson (1995) yang menunjukkan bahawa sikap remaja terhadap seks dipengaruhi oleh kombinasi faktor individu dan latar belakang keluarga. Sehubungan itu, beliau mencadangkan pendidikan seks sepatutnya melibatkan penyertaan ibu bapa. Program dalam pendidikan seks mungkin dapat menggalakkan l kawalan dalaman yang dapat menolong remaja membina kecekapan dan memahami bahawa mereka mempunyai beberapa ukuran kawalan terhadap kehidupan mereka sendiri.

Cadangan modul pendidikan seks merentasi kurikulum telah pun diusul oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Mengikut Dr. Raj Karim, Pengarah LPPKN, pendidikan seks yang dimaksudkan bukanlah dilihat sebagai satu subjek persekolahan, tetapi sebagai aktiviti ko-kurikulum. Modul ini tidak membincangkan seks semata-mata, tetapi mengandungi perkara yang menyentuh persoalan nilai dan etika, cara untuk berhubung dengan orang lain dan menyelesaikan konflik, pembangunan diri, menghormati diri, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan melakukan sesuatu pilihan. Beliau juga menegaskan bahawa pendidikan seks patut diperkenalkan ketika kanak-kanak berusia 10 tahun kerana pada waktu ini, kanak-kanak mula menyedari peranan kejantinaan mereka.

Mengikut pakar seksologi, Dr. Angelo Grazioli, pendidikan seks yang berkesan sepatutnya bersifat holistik (menyeluruh). Pendidikan seks perlu melibatkan pembangunan insan, kemahiran interpersonal, hubungan masyarakat yang baik, tingkah laku seksual, kesihatan seksual, dan masyarakat dan kebudayaan. Namun, pengenalan pendidikan seks kepada masyarakat amnya dan pelajar sekolah khususnya perlulah dijalankan dengan penuh berhati-hati, terancang, dan bijaksana. Pendidik dan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu memikirkan kemungkinan berlakunya implikasi di luar jangkaan seperti merangsang keinginan remaja untuk mencuba melakukan hubungan seks. Kita harus sedar bahawa keinginan ini adalah semula jadi untuk semua manusia yang normal. Manusia akan tetap mengalami pergolakan nafsu apabila dirangsang oleh rangsangan persekitaran tertentu. Dalam hal ini, pendidikan seks juga berupaya menjadi persekitaran yang merangsang remaja ke arah itu.

Seks adalah lambang kesinambungan generasi menerusi natural selection. Seks juga berupaya menggoncang keharmonian hidup individu jika tidak ditangani dengan baik. Generasi akan terus berkembang dan membiak. Tetapi alangkah malangnya sekiranya individu itu sendiri gagal mempertahankan kuasanya dan hak peribadinya, lantaran jahil dalam perkara yang dapat dikawalnya sendiri, termasuklah yang menyentuh seks dan seksualitinya. Oleh itu, kita haruslah juga bersikap terbuka dan tidak mudah melatah apabila persoalan seks dibangkitkan oleh pihak tertentu, sebaliknya bersikap tenang dan menimbangkan rasional di sebaliknya. Dari satu segi, perkataan seks itu sendiri sudah cukup untuk mengundang kegelisahan masyarakat dan jika hal ini terjadi, maka perlulah difikirkan cara untuk membuka pintu hati mereka ini. Pendeknya, segala perancangan pelaksanaan yang besar kesannya pada masyarakat perlu dijalankan dengan berhati-hati.
           
Sering pertanyaan daripada pendidik, para ahli ilmu dan juga masyarakat tentang perlu tidaknya pendidikan seks diberikan diperingkat awal remaja. Jika perlu bagaimana cara diberikannya? Dan siapakah yang layak memberikan pendidikan seks itu? Jika tidak perlu tentu timbul pertanyaan, apakah mungkin kehidupan manusia akan sejahtera tanpa dibekali dengan pengetahuan seks, atau adakah pendidikan seks tidak perlu diberikan hanya kerana metodologinya yang kurang tepat, dan banyak lagi pertanyaan yang muncul bila permasalahan tersebut diungkap lebih panjang.



Untuk membentuk akhlak manusia peranan orang tua sangat penting sebagaimana telah disabda oleh Rasulullah S.A.W:

            “Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci maka kedua orang tuanyalah
yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”  

(HR.Bukhari) 

Peranan orang tua tidak hanya menyediakan keperluan-keperluan yang bersifat material semata-mata, namun lebih dari itu, orang tua berkewajipan memenuhi keperluan rohani remaja. Ramai orang tua yang menyisihkan pendidikan ini, mereka beranggapan bahawa dengan terpenuhnya keperluan material anak, maka sudah dipenuhi tanggungjawabnya sebagai orang tua. Seorang remaja yang tidak pernah digoreskan nilai-nilai akhlak islam, maka keperibadiannya pula akan jauh dari ajaran islam. Kalbunya kering dari cahaya iman, sikap perbuatannya tidak menampakkan taqarrub kepada Allah. Aktiviti hidupnya selalu dipenuhi dengan hal-hal yang melalaikan, ibadatnya dilakukan dengan malas sekalipun dilakukan untuk riya’. Keperibadian seperti ini merupakan keperibadian yang rapuh yang mudah sekali, mengheret remaja ke dalam arus kejahilan.

Diantara yang perlu diterapkan didalam pendidikan seks diawal remaja :

1.      Menanamkan jiwa kejantanan pada remaja lelaki dan jiwa kewanitaan pada remaja perempuan.
2.      Mengenalkan mahramnya.
3.      Mendidik agar selalu menjaga pandangan mata.
4.      Mendidik agar tidak melakukan ikhtilaf (perbezaan fahaman).
5.      Mendidik agar tidak melakukan khalawat.
6.      Mendidik tidak berjabat tangan atau bersentuhan dengan yang bukan mahram.
7.      Mendidik etika berhias.
8.      Mendidik cara berpakaian islam.
9.      Memisahkan tempat tidur.
10.  Mengenalkan waktu-waktu berkunjung dan tertibnya.
11.  Mendidik agar menjaga kebersihan alat kelamin.
12.  Khitan
13.  Ihtilam (komitmen).
14.  Haid. 


4.1       Menanamkan jiwa kejantanan pada remaja lelaki dan jiwa kewanitaan pada        remaja perempuan.

Telah ditentukan oleh Allah, bahawa segala sesuatu yang diciptakan secara berpasang-pasangan. Adanya malam dan siang, ada benar dan salah, dan begitu juga ada lelaki dan diciptakan wanita.

            “Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasangan-pasangan supaya kamu
mengingat akan kebesaran Allah.”

(Adz-Dzariyat: 49)     

“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian
Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan).”

(Fathir : 11)    

Secara fizikal mahupun psikologikal, antara lelaki dan wanita memiliki perbezaan yang amat ketara. Dari segi fizikal, setelah dilakukan beberapa kajian, telah diungkapkan bahawa struktur badan lelaki berbeza dengan struktur badan wanita. Otot-ototnya lebih perkasa begitu juga dengan jantung, paru-paru dan otak lelaki rata-rata lebih berat daripaa wanita. Dari segi psikologikalnya pula, laki-laki lebih bersifat agresif, dominasi dan berprestasi, sedangkan wanita lebih besar rasa ketergantungan, orientasi sosial serta memiliki kecenderungan untuk mudah lebih putus asa (Encyclopeadia Britanica, vol: 19, 1978).

Meningatkan tentang perbezaan ini, islam memberikan tontonan agar masing-masing fitrah dengan kejadiannya. Maka islam mengkehendaki agar laki-laki mempunyai keperibadian kejantanan dan wanita memiliki keperibadian kewanitaan. Islam tiak mengkehendaki keperibadian sissay yakni lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.

4.2       Mengenalkan mahramnya

Tidak semua wanita berhak dinikahi oleh lelaki. Wanita yang diharamkan dan dihalalkan semuanya telah ditentukan oleh syariat. Ketentuan ini harus diberitahu oleh remaja agar ditaati supaya remaja mampu menjaga pergaulan sehariannya dengan bukan mahramnya.

4.3       Mendidik agar selalu menjaga pandangan mata.

Telah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk tertarik dengan lawan jenis jantinanya. Namum dalam fitrah tersebut dibiarkan bebas tanpa dikawal akan merosakkan manusia itu sendiri. Disebabkan inilah ramaja harus menjaga pandangannya.

4.4       Mendidik agar tidak melakukan ikhtilaf (perbezaan fahaman).

Ikhtilaf ialah bercampur antara lelaki dan wanita bukan mahram secara bebas. Perbuatan seperti ini pada masa sekarang dianggap biasa. Lelaki yang bukan mahram saling bersentuhan ini dilarang didalam islam kerana sebagai perantaraan kepada perbuatan zina. Bila ikhtilaf dibiarkan pintu kemaksiatan dibuka seluas-luasnya, dan ini akan menyebabkan kerosakkan kehidupan umat manusia. 



4.5       Mendidik agar tidak melakukan khalawat.

Khalawat ialah seseorang lelaki dan wanita yang bukan mahramnya berada ditempat yang tersembunyi. Ia juga diharamkan didalam islam kerana perantaraan kepada perbuatan zina. Perbuatan khalawat akan mendatangkan perbuatan fitnah yang besar yang boleh mencemarkan nama keluarga bahkan masyarakat.


4.6       Mendidik tidak berjabat tangan atau bersentuhan dengan yang bukan mahram.

Islam melarang umatnya melakukan jabat tangan dengan bukan mahramnya kerana perbuatan ini boleh menaikkan nafsu shahwat dan dikhuatiri menjadi perintis kepada perbuatan zina.


4.7       Mendidik etika berhias.

Berhias, jika tidak diatur akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan maksiat dan dosa. Tanpa etika yang bersumber kepada nilai-nilai islam perilaku berhias hanya akan membawa bencana dalam kehidupan umat. Berhias bererti usaha mencantikkan diri agar boleh kelihatan menawan. Islam menanjurkan supaya umatnya sentiasa rapi, cantik, bersih dan menawan. Namun perlu difahami pula bahawa islam telah mengatur waktunya berhias, mengapa seseorang harus berhias, apa yang dilarang dan boleh berhias dan bagaimana cara berhias.


4.8       Mendidik cara berpakaian islam.

Remaja perlu diajar pakaian secara islam. Pakaian hendaklah menutup aurat. Pakaian hendaklah tidak ketat atau sempit, tidak menampakkan tubuh, tidak jarang.


4.9       Memisahkan tempat tidur.

Merupakan salah satu cara untuk menanam kesedaran kepada anak tentang batasan dirinya. Secara tidak langsung akan melatih anak berdikari. Pemisahan tempat tidur dilakukan juga supaya diberi kesedaran tentang jenis jantinanya antara dirinya dan sedara-sedaranya. Dengan pemisahan tempat tidur ini akan menghindarkan pergaulan remaja dengan mahramnya yang berlainan jantina.


4.10     Mengenalkan waktu-waktu berkunjung dan tertibnya.

Aturan mengenai waktu-waktu berkunjung ditetapkan supaya melahirkan anak-anak yang bersikap sopan santun, memiliki prinsip etika yang luhur dan berdisiplin. Waktu-waktu yang dilarang:
  • Sebelum subuh
  • Tengah hari
  • Selepas solat isyak

Remaja hendaklah meminta izin dahulu sebelum berkunjung pada waktu ini. Kerana pada waktu inilah ibubapa ingin berehat.
           
4.11     Mendidik agar menjaga kebersihan alat kelamin.

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan termasuklah dalam masalah pendidikan seks. Islam menuntut pentingnya masalah kebersihan alat kelamin terutamanya kebersihan yang dicemari oleh najis. Untuk menanamkan kebiasaan agar menjaga kebersihan alat kelaminnya perilaku ini perlu dididik ketika anak berusia 7 tahun.


4.12     Khitan

Khitan telah disyariatkan dalam islam, disamping itu telah banyak penelitian secara sosiologi dan psikologi tentang penting khitan. Dr Ahmad Ramali (dalam Shamsudin 1985) menyatakan bahawa orang yang tidak berkhitan, selaput lendir menjadi kurang daya tahannya kerana selalu tertutup. Jelaslah disini bahawa khitan telah membawa satu manfaat bagi kesihatan alat kelamin.


4.13     Ihtilam (komitmen).

Ihtilam adalah peristiwa bersifat fisiologi yang terjadi pada seorang manusia dimana peristiwa tersebut merupakan mimpi yang disertai dengan memancutkan sperma. Ihtilam juga boleh dijadikan satu kriteria seorang lelaki-lelaki memasuki akil baligh. Apabila tejadinya ihtilam, islam telah mengaturkan ketentuan yang berkaitan perkara tersebut, diantaranya mandi wajib terkeluarnya air mani. Disinilah pentingnya pendidikan seks yang diarahkan kepaa remaja.


4.14     Haid. 

Adalah menunjukkan berlakunya baligh kepada wanita. Maka berdasarkan kepada ketentuan syariat, ia telah berkewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasulnya. Hal mengenai haid harus diajar kepada anak sebelum mencapai peringkat remaja dan perlu juga diajar kepada remaja perkara-perkara yang tiak boleh dilakukan semasa berlakunya haid.
Pendidikan seks diawal remaja ini hendaklah mendapat perhatian serius dari orang tua atau pendidik. Hal ini mengingkatkan bahawa pada waktu-waktu kematangan seksual pada anak diketahui maka anak itu memasuki baligh. Masa akil baligh adalah masa taufan dan badai. Iaitu keadaan fizikal anak mengalami ketidakstabilan dan mudah sensitif terhadap sesuatu masalah. Oleh itu orangtua perlu serius dalam perkembangan anak pada masa ini kerana dikhuatiri anak akan berperi laku berdasarkan kata hatinya dan hal ini akan menyebabkan anak akan terjerumus dengan perilaku negatif.


5.0       KESAN KURANGNYA PENDIDIKAN SEKS



Pendidikan seks jika tidak diajar pada peringkat awal mungkin akan menyebabkan banyak kesan-kesan negatif. Antara yang paling besar ialah berlakunya ancaman zina. Daripada zina ini akan terjadinya perkara-perkara seperti:

  1. Bahaya kesihatan

    • penyakit kelamin (gonorrhoea) dan penyakit yang datang dari perbuatan zina dan ia menyebabkan lukea-luka pedih dan kudis didalam rahim dan buah pelir. Ia juga menyebabkan mandul dan sakit-sakit tulang dan adakalanya berjangkit kepada anak yang dilahirkan dan boleh menyebabkan buta.
    • Penyakit Zuhri (syphilis) dan ia terkenal juga dengan penyakit orang inggeris kerana berlaku pada masyarakat orang inggeris yang serlalu berzina.
    • Penyakit kudis di tempat kelamin. Penyakit ini disebabkan perhubungan seks yang haram. Ia menyebabkan bengkak-bengkak badan dan akan bernanah secara terus disaluran kencing.
    • Penyakit kematangan seks awalan. Penyakit ini selalu dihinggapi anak-anak muda sebelum sampai masanya.



  1. Bahaya rohani dan moral

·         Gejala liwat iaitu satu gejala yang berbahaya iaitu lelaki bersetubuh dengan lelaki dan wanita dengan wanita melalui duburnya, terdapat kini lebih setengah juta penduduk di New York menghidapi gejala ini.
·         Gila bayang. Dimana seluruh waktunya dikuasai bayangan syahwat dan nafsu berahi. Ia mengambarkan tbuh wanita yang diingininya, mukanya, matanya, tengkuknya, buah dadnya, dan kemaluanya disebabkan itulah ia selalu lalai, kurang cergas dan seolah-olah seorang yang bodoh.

Dari segi moral didalam masyarakat secara umum akan melahirkan:
·         Pemuda yang meninggalkan rumah, gila shawat, penagih arak dan seumpamanya.
·         Kumpulan jahat yang sering membunuh, menculik dan merogol.
·         Generasi serba boleh yang tiada halangan lagi mengenai pergaulan.
·         Pelacur, bapa ayam.
·         Kumpulan doktor, peguam, hakim yang akan menutup jenayah.kerana diberikan rasuah.
·         Rumah maksiat didirikan merata-rata.
·         Lagu-lagu yang menaikkan nafsu.
·         Buku-bku lucah dan majalah yang tidak bermoral.
·         Kumpulan orang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang tengelam didalam maksiat.

  1. Bahaya kemasyarakatan:

·         Diantaranya terhapus institusi kekeluargaan disebabkan pemuda-pemuda yang tidak mahu berkahwin. Mereka menganggap perkahwinan tidak penting lagi kerana mereka dapat memuaskan nafsu dnegan begitu mudah sekali.
·         Menganiaya dan menzalimi anak-anak yang lahir secara haram disebabkan masyarakat yang melarikan diri dari perkahwinan, pemuda-pemudanya mengejar nafsu secara menyeleweng dan akan lahirlah anak luar nikah. Anak-anak luar nikah ini apabila mengetahui lahirnya dari benih yang haram akan memberontak dan akhirnya akan melakukan jenayah.
·         Akan terputusnya hubungan kekeluargaan. Ini disebabkan anak menceburkan dirinya kekancah kemaksiatan. Ia akan merasakan dirinya dibenci oleh keluarganya yang soleh dan akan menimbulkan perasaan memberontak didalam jiwanya yang boleh membawa permusuhan.

  1. Bahaya dari segi ekonomi:

Mereka yang menghabiskan masanya didalam maksiat ini dari golongan manusia yang membenci perkahwinan. Orang-orang ini akan mengkucar-kacirkan ekonomi sesebuah negara seperti:

Lemah tenaga: Oleh sebab orang yang bujang yang memuaskan nafsu berahinya secara haram akan sakit otaknya, sakit badanya, sakit kelakuannya dan sakit jiwanya. Pesakit ini akan lemah tenaganya dan dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab secara baik dan sempurna. Ini akan menyebabkan kurangnya prokduktiviti.

Kurang prokduksi: sebab kewangannya habis ditaburkan pada jalan nafsu dan berahi untuk memuaskan tuntutan naluri dan seksnya, bukan pada jalan yang mendatangkan faedah dan maslahat pada dirinya. Pesakit ini tidak akan bersifat ikhlas di dalam usahanya, tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, disebabkan dia tidak punya dinding agama ataupun pencegah akhlak mulia didalam hati dan perasaannya. Ini juga merupakan suatu penghancuran terhadap budi mulia, serta suatu penikaman yang berat terhadap ekonomi.

Mencari keuntungan secara haram: ialah peniaga yang melakukan penyelewangan untuk mendapatkan keuntungan segera yang tidak mengikut hukum syarak. Perniagaan ini tidak akan mengira halal atau haram asalkan boleh mendapatkan keuntungan dengan cara riba, judi, menipu, jual maruah dan perkara-perkara lain yang boleh meruntuhkan akhlak.

  1. Bahaya akhirat:

Pada akhirnya juga remaja yang tidak tahu menjaga diri dari batas-batasan larangan Allah maka ia akan ditimpa oleh 4 faktor yang buruk, sebagaimana yang disabda oleh Nabi S.A.W. :
           
            “Awas kamu daripada zina, kerana padanya ada empat perkara: menghapuskan kejernihan muka, memutuskan rezeki, memurkakan Tuhan Maha Pengasih dan menyebabkan kekal di dalam api neraka.”

(Riwayat Ath-Thabarani)

            si penzina tidak akan terlepas dari siksaan akhirat selagi ia tidak bertaubat.

Jika remaja tidak didedahkan pendidikan seks,ia akan menyebabkan pengetahuan mengenai seks selepas berkahwin cetek dan seterusnya ia tidak dapat mendidik isteri dan anak-anaknya. Proses ini akan berulang-ulang didalam keturunan keluarga tersebut. Kurangnya pendidikan seks ini akan menyebabkan bertambahnya penceraian,sumbang mahram, lahirnya anak luar nikah, pembunuhan dan kes-kes rogol. Boleh dikatakan hari-hari kita mendengar tentang peristiwa ini di televisyen dan terpapar di dada akhbar. Sebenarnya kes-kes ini berkaitan diantara satu sama lain, dan punca boleh dikatakan kurangnya didikan agama khususnya didikan yang dapat mengawal hawa nafsu.



6.0              PENDEDAHAN YANG DIPERLUKAN DALAM PENDIDIKAN SEKS


Nampaknya masyarakat kita begitu sensitif dengan perkataan “pendidikan seks” sehingga istilahnya terpaksa ditukar untuk mengelakkan tentangan dari ahli masyarakat terutamanya ibubapa. Malangnya, pertukaran istilah itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang maksud sebenar yang ingin diketengahkan oleh penganjur. Mungkin juga ini berlaku kerana penganjur mengetahui kepentingan pendidikan seks dan sengaja menukar istilah itu agar pendidikan seks akhirnya diterima oleh masyarakat kita. Tetapi, wajarkah pertukaran istilah itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata “orang kebanyakan”? Bagi orang kebanyakan pula, tidakkah mereka merasa terhina bila mengetahui bahawa istilah pendidikan zuriat itu sebenarnya pendidikan seks yang ditukar istilahnya bagi menjamin penerimaan masyarakat sekeliling? Itulah keadaannya dalam masyarakat kita. Setelah bertahun-tahun kita berbincang tentang keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah, ia masih belum diterima sepenuhnya. Walaupun ramai yang mengakui keperluan pendidikan seks kepada anak-anak, tetapi masih ada ibubapa yang marah-marah bila mengetahui pendidikan seks diajar di sekolah.

Kemarahan ini wujud kerana ibubapa bimbang sekiranya anak-anak diajar tentang pendidikan seks, rasa ingin tahu mereka tentangnya akan membuak-buak, lantas dengan ilmu yang mereka perolehi itu, mereka akan mencubanya sendiri. Walau bagaimanapun, ada ibubapa yang merasa lega jika sekolah dapat memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya di samping wujudnya rasa malu untuk menerangkan perkara tersebut. Jadi, jika tugas itu dapat diambil oleh pihak sekolah, ibubapa ini amat mengalu-alukannya. Ia bukan sahaja dapat meringankan beban mereka tetapi juga memastikan bahawa anak-anak mendapat ilmu yang berkaitan dari sumber-sumber yang bertangungjawab dan bukannya bergantung kepada majalah, internet atau rakan sebaya.

Kebimbangan tentang anak-anak akan bereksperimen dengan ilmu yang mereka perolehi dari pendidikan seks ini sepatutnya tidak berlaku. Ini terbukti bila mana banyak perkara yang kita belajar di sekolah tetapi ia tidak menyebabkan kita mencubanya. Misalnya, di sekolah kita diajar tentang tenaga elektrik, tetapi tiada seorang murid pun yang bereksperimen dengan perkara ini dengan cara yang boleh memudaratkan mereka. Ini kerana mereka bukan sahaja diajar tentang tenaga elektrik dan kegunaannya, tetapi juga tentang potensinya untuk mendatangkan mudarat. Malah, pelajar juga diajar tentang langkah berjaga-jaga dalam menangani tenaga eletrik agar ia tidak memudaratkan. Dengan ilmu yang menyeluruh tentang sesuatu perkara seperti ini, para pelajar akan terbimbing dengan apa yang boleh dan tidak boleh dalam berhadapan dengan sesuatu elemen yang dipelajari. Kita sepatutnya melihat isu pendidikan seks ini dari perspektif yang sama. Pendidikan seks bukan hanya mengajar anak-anak bagaimana melakukan hubungan seks. Tetapi ia merangkumi ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengannya seperti fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, bila masa yang sesuai untuk melakukannya, kesan-kesan darinya dan berbagai perkara lagi. Dengan mengetahui segala-galanya ini, mereka akan menjadi lebih terbimbing apabila berhadapan dengan seks dan seksualiti.

Termasuk di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan seumpamanya. Bagi mereka yang menyokong idea agar pendidikan seks diajar di sekolah, selain merasakan ilmu tersebut perlu, mereka juga merasakan jika tidak diajarpun, anak-anak itu akan memperolehnya dari sumber-sumber yang lain seperti internet dan rakan sebaya. Maklumat yang mereka perolehi dari sumber-sumber ini tidak semestinya betul. Ini ditambah dengan hakikat bahawa “nasihat-nasihat” yang datang bersama maklumat tadi, tidak semestinya berguna kepada anak-anak kita. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika anak-anak memperolehi maklumat berkaitan perkara ini dari mereka yang lebih dewasa dan bertanggungjawab.

Ada yang berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu ini. Ini kerana selain menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan seks, mereka juga menjadi “contoh hidup” (living example) untuk anak-anak tadi. Misalnya, ikatan perkahwinan menghalalkan hubungan seks antara ibu dan bapa; hubungan seks itu pula wujud diiringi dengan nilai-nilai cinta, kasih sayang dan rasa tanggungjawab; hubungan intim itu menghasilkan anak-anak yang bukan sahaja menguatkan kasih sayang antara keduanya tetapi juga yang hadir bersama tanggungjawab-tanggungjawab tertentu; dan sebagainya.

Sehubungan dengan isu pendidikan seks ini, Islam melihat orang yang lebih sesuai untuk melakukannya ialah ibubapa sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab kedua ibubapa untuk memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka. Pendidikan seks ini adalah hendaklah mengajar anak secara berterus-terang sejak ia mula berakal dengan faktor-faktor yang berkait rapat dengan seks. Pendidikan seks ini perlu diberi secara bertahap mengikut perkembangan umur anak-anak. Misalnya, pada usia 7 – 10 tahun anak-anak perlu diajar tentang adab meminta izin dan adab-adab penglihatan. Pada usia 10 – 14 tahun pula, mereka perlu dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu berahi. Pada usia 14 – 16 tahun, mereka perlu didedahkan kepada adab-adab perhubungan seks. Pada usia baligh/dewasa mereka perlu diajar untuk memelihara diri (terutamanya bagi anak-anak yang belum mampu untuk berkahwin).

Di samping itu, Islam juga secara tidak langsung mahu kita mendidik anak-anak dengan pendidikan seks ini melalui syariat-syariatnya yang lain. Misalnya untuk bersembahyang dan berpuasa, kita perlulah suci dari haid dan nifas juga tidak dalam keadaan berjunub. Jadi, mahu tidak mahu, kita perlu menerangkan kepada anak-anak tentang makna perkataan berjunub itu. Sekalipun kita menukarkan bahasa itu ke Bahasa Malaysia iaitu “mengadakan hubungan kelamin”, kita masih perlu menerangkan apa yang dimaksudkan dengan hubungan kelamin itu. Jadi, kita dapati dalam Islam pendidikan seks itu bukan bertumpu kepada cara-cara melakukan hubungan seks semata-mata tetapi juga banyak perkara lain lagi seperti pemeliharaan diri dari melihat perkara-perkara yang boleh meransang nafsu, juga cara untuk memelihara diri dari melakukan seks di luar perkahwinan, kesucian diri dan sebagainya.

Bagi ibubapa yang merasa tidak selesa untuk membincangkan hal ini dengan anak-anak, belikan mereka buku yang bersesuaian untuk mereka baca dan kemudian bincangkan bersama. Ini kerana ada banyak perkara yang perlu diketahui oleh mereka berkaitan seks dan seksualiti selain dari cara-cara melakukan hubungan seks. Misalnya, mereka perlu tahu tentang risiko penyakit kelamin yang berjangkit akibat dari hubungan seks yang kasual. Mereka juga perlu tahu tentang penderaan seksual dan rogol serta apa yang perlu dilakukan jika perkara ini berlaku kepada mereka. Ramai kanak-kanak yang masih mentah yang tidak tahu mereka dianiaya secara seksual atau dirogol kerana pengetahuan tentang seks ini tidak pernah didedahkan kepada mereka.

Selain itu remaja juga perlu tahu apa yang terkandung dalam undang-undang berkaitan seks. Misalnya membuat hubungan seks dengan mereka yang di bawah umur adalah dianggap sebagai jenayah rogol. Ramai remaja bawah umur yang melakukan hubungan seks tanpa mengetahui perkara ini. Begitu juga kalau mengikut Undang-undang Jenayah Syariah, ia dianggap sebagai zina dan boleh dikenakan hukuman. Pada peringkat usia remaja juga, berbagai desakan yang mereka terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita mereka sendiri. Misalnya, ramai yang didesak untuk membuktikan cinta dengan mengadakan hubungan seks. Tanpa tempat rujukan yang wajar seperti ibubapa, remaja mungkin terdorong untuk melakukannya kerana takut kehilangan orang yang mereka cintai. Jika tidak didesak oleh teman lelaki atau teman wanita, remaja mungkin didesak oleh rakan sebaya. Rakan-rakan memang selalu mencabar atau memberi maklumat yang salah seperti mengatakan “Semua orang dah melakukannya, kamu bila lagi?”. Maklumat-maklumat seperti ini perlu diperbetulkan oleh orang yang lebih dewasa.

Dalam menghadapi desakan-desakan ini, para remaja perlu diajar untuk berkata “Tidak mahu”. Dalam banyak keadaan, apabila remaja mula membuka mulut untuk memperkatakan tentang seks, ibubapa terus memarahi mereka. Ini bukanlah jalan yang bijak. Tentu saja rasa marah itu wujud tetapi dengan memarahi tanpa membuka minda mereka tentang mengapa perbuatan itu tidak patut berlaku hanya akan membuatkan remaja menjauhkan diri dan mungkin mengambil keputusan untuk melakukannya.

Jadi ternyata pendidikan seks merangkumi banyak perkara dan bukannya teknik dalam hubungan kelamin semata-mata. Jadi, kita perlu melihat isu ini secara lebih meluas dan terbuka. Bagi ibubapa yang menghalang pendidikan seks dari diajar di sekolah, kita boleh faham kebimbangan mereka. Namun, untuk merasakan pendidikan seks tidak perlu diajarkan kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukanlah satu tindakan yang bijak. Bagi saya, ibubapa ini tidak ada pilihan lain. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya. Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya dari sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu. Lagipula, telah terbukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan. Misalnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku.

Jika dilihat dari aspek timbulnya tentangan dari pihak ibubapa, mereka menentang adalah kerana para ibubapa tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan subjek yang dinamakan pendidikan seks ini. Sekiranya mereka tahu, tentulah mereka lebih terbuka untuk menerimanya. Walaupun demikian ia bukanlah satu sebab untuk kita melatah. Sebagai masyarakat yang berilmu, apabila kita ingin menerima atau menolak sesuatu idea, kita perlu fakta yang lengkap. Adalah tidak bijak untuk kita menerima atau menolak sesuatu berdasarkan kepada agakan atau syak wasangka semata-mata. Di pihak Kementerian Pendidikan pula, penyebaran maklumat tentang perkara ini perlulah meluas.

Dalam isu yang sesensitif ini, para ibubapa mahu tahu apakah sebenarnya kandungan pendidikan seks itu – tidak kiralah di mana sahaja ia diselitkan sebagai satu matapelajaran atau diselitkan dalam mata pelajaran yang lain. Dengan mengetahui kandungan keseluruhan subjek ini, maka barulah ibubapa dapat membuat penilaian yang lebih bijak berkaitan isu ini. Ini juga dapat mengelakkan mereka dari melatah setiap kali anak menceritakan bahawa guru mengajar mereka cara untuk melakukan hubungan seks.


7.0              CADANGAN RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN SEKS


Cadangan Rancangan Mengajar Tahunan Pendidikan Seks untuk pelajar-pelajar tingkatan  3 dapat kita lihat sebagaimana yang telah disediakan oleh Portal Pendidikan Utusan 2001-2004. Walau bagaimanapun Rancangan Mengajar ini adalah sebagai  satu cadangan dan ianya masih memerlukan lagi penokok tambahan dan pengubahsuaian mengikut keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru yang akan mengajar pendidikan seks ini. Cadangan Rancangan Mengajar Pendidikan Seks ini adalah seperti berikut;

Rancangan Mengajar Portal Pendidikan Utusan 2001-2004
Rancangan mengajar pendidikan seks
Rancangan Mengajar Tahunan 2003 > Tingkatan 3 > Sains >


Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


Bab 1: Pembiakan dan Pertumbuhan

1.1   Pengertian pembiakan seks & aseks

Tajuk / Bidang


Pembiakan Seks Dan Aseks


Contoh haiwan dan tumbuhan yang melakukan seks dan aseks.

PengetahuanAktiviti








Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran







Nilai
Murni


Bab 2. Sistem Pembiakan Manusia


2.1 Organ seks lelaki termasuk, testis, skrotum, zakar, duktus, vesikel semen dan uretra serta fungsinya.

2.2. Organ seks wanita termasuk ovari, oviduktus, tiub fallopio, uterus, serviks dan faraj serta fungsinya

2.3. Sperma dan ovum sebagai sel pembiakan atau gamet.






Membuat pemerhatian terhadap beberapa contoh haiwan dan tumbuhan yang menjalankan pembiakan aseks.

Mengumpul maklumat tentang pelbagai haiwan untuk menentukan jenis yang berlaku

Menyedari bahawa pembiakan adalah proses untuk menyambung zuriat bagi mengekalkan keturunan.

Menyedari kepentingan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan segera apabila menghadapi masalah sistem pembiakan







Membuat pemerhatian

Mengelas

Mengumpul matlumat

Mentafsir
Maklumat

Membanding beza

Buku Teks SPBT


Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


2.4. Kitar Haid


Penerangan ringkas tentang tempoh hari dan waktu subur sahaja.

Membuat pemerhatian terhadap model/rajah system pembiakan lelaki dan wanita dan menentukan bahagian-bahagian yang terlibat dalam pembiakan.


Membuat pemerhatian terhadap graf kitar haid

Mengamalkan kebersihan diri  

Membuat pemerhatian

Peta minda
(Bahagian dan fungsi bahagian)




2.5. Persenyawaan sebagai proses percantuman ovum dan sperma untuk membentuk zigot di dalam tiub fallopio dan zigot yang akan menempel ke dinding uterus.


Membuat pemerhatian terhadap rupa bentuk sperma dan ovum untuk memahami peranannya. 

Menyedari bahawa setiap makhluk yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup walaupun dalam kandungan  


Membuat pemerhatian

Membanding beza

Gambar (sperma dan ovum)



Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni

2.6. Perkembangan embrio kepada fetus selama tempoh kehamilan sehingga kelahiran.

2.7. Pengambilan nutrisi yang baik oleh ibu yang mengandung untuk menjamin fetus yang sihat

Gambar perkembangan embrio

Transparensi (Nutrisi ibu mengandung

Cuti
Pertengahan
Penggal


Bab 3. Pembiakan Tumbuhan

3.1  Bunga merupakan bahagian pembiakan bagi tumbuhan berbunga. Struktur bunga meliputi ranggi, sepal, anter, filamen, stamen, stigma, stil, pistil, ovari, ovul dan butir debunga.





Membuat pemerhatian terhadap beberapa contoh bunga yang berlainan jenis dan menamakan bahagian-bahagiannya.

Menyedari bahawa bunga merupakan bahagian yang penting penerusan hidup tumbuhan dan kita harus mengelakkan daripada merosakkan bunga dengan sewenang-wenangnya




Membuat pemerhatian

Mencirikan

Membanding dan membeza

Peta minda

Bunga raya

Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


3.2  Sel-sel pembiakan tumbuhan berbunga terdapat di dalam butir debunga dan ovul.
Ovul yang telah disenyawakan membentuk biji benih yang tumbuh di dalam buah yang berkembang daripada ovari.

3.3  Pengertian pendebungaan.
Pendebungaan sendiri dan kacuk. Kebaikan pendebungaan kacuk dan aplikasinya dalam bidang pertanian.

3.4  Agen-agen pendebungaan dan sifat-sifat yang terdapat pada tumbuhan yang membolehkan pendebungaan oleh agen-agen berlainan.


Menyedari bahawa manusia mampu meningkatkan hasil tanaman untuk kesejahteraan hidup.







Menyedari kepentingan agen-agen pendebungaan dalam proses pembiakan tumbuhan.














Bunga semarak api

Transparensi (agen pendebungaan)

Memerhati

Menciri

Membanding dan membeza Halia, lengkuas, keladi, ubi kentang, keledek, pegaga, paku pakis lumut, paku pakis.

Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


3.5   Pembiakan vegatatif pada tumbuhan berbunga. (penerangan terperinci setiap satu tidak perlu).

3.6       Pembiakan pada tumbuhan tidak berbunga pada spora.  
Membuat pemerhatian terhadap beberapa contoh tumbuhan dan mengenalpasti jenis
pembiakan vegatatif


Membuat pemerhatian beberapa contoh tumbuhan tak berbunga yang membiak melalui spora.  

Menyedari hukum alam yang dicipta oleh Tuhan membolehkan kemandirian tumbuh-tumbuhan



Bab 4. Pencaran (Penyebaran) dan Percambahan

4.1. Pengertian pencaran.










Pencaran buah dan bji benih oleh agen-agen seperti angin, angin, haiwan dan mekanisme letupan.
Sifat-sifat buah dan biji benih yang membolehkan pencaran oleh agen-agen berlainan.






Transparensi (Percambahan biji benih


Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


4.2. Percambahan biji benih dan syarat-syarat bagi percambahan.


Mengumpul maklumat tentang sifat-sifat pelbagai jenis buah dan biji benih serta cara-cara ia dipencarkan.

Menjalankan eksperimen untuk menentukan syarat-syarat bagi percambahan berlaku. buah sena, buah meranti. buah lalang, buah teratai, buah kelapa, nipah, mangga,




Bab 5. Pertumbuhan

5.1  Pertumbuhan sebagai perubahan dari segi saiz, bentuk, dan fungsi.











Kesan nutrisi terhadap pertumbuhan kanak-kanak.

Mengkaji dan menganalisis data tentang perbezaan dalam kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan perempuan.







Menganalisis data

Membuat inferens

Mengumpul
maklumat

Membuat hipotesis




Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


5.2  Pertumbuhan manusia dan perbezaan kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan perempuan.


Mengumpul maklumat tentang kesan nutrisi terhadap pertumbuhan kanak-kanak, mentafsir dan membuat kesimpulan tentang nutrisi yang baik untuk kanak-kanak membesar.


Mengeksperimen

Mengawal pemboleh ubah



5.3. Pertumbuhan dalam tumbuhan dan unsur-unsur utama garam mineral seperti nitrogen, kalium, kalsium,, fosforus, magnesium dan sulfur yang penting bagi pertumbuhan yang sihat

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan bahawa unsur-unsur utama garam mineral adalah penting bagi pertumbuhan yang sihat.

Menyedari bahawa pertumbuhan bukan sahaja sekadar perubahan fizikal tetapi juga perubahan dari segi rohani 


Membuat inferens
Kertas graf

Transparensi (Pertumbuhan lelaki dan wanita)

Transparensi nutrisi kanak-kanak

Transparensi (Pertumbuhan tumbuhan)





Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni


Bab 6. Perbandingan Kitar Hidup

6.1       Pengertian kitar hidup

6.2       Kitar hidup haiwan yang mengalami metamorfosis lengkap dan tak lengkap, contohnya lipas dan kupu-kupu




Pengertian persenyawaan dalam dan luar.

(Memadai satu contoh setiap jenis metamorfosis).




Membanding dan membeza

Peta minda

Rajah

Model

Slaid


Bab 7. Kemajuan Dalam Penyelidikan Tentang Pembiakan Manusia.

7.1. Penyelidikan terkini tentang pembiakan manusia untuk mengatasi kemandulan dan pencegahan kehamilan

(Butir-butir tentang cara mengatasi kemandulan dan mencegah kehamilan tidak diperlukan).

Membuat perbandingan kitar hidup haiwan-haiwan berlainan.
Mengumpul maklumat dan berbincang tentang hasil penyelidikan yang dijalankan bagi mengatasi kemandulan dan mencegah kehamilan.

Membuat pemerhatian

Membanding dan membeza

Menirikan

Meramal


Tajuk / Bidang
PengetahuanAktiviti
Kemahiran Sains/KBKKMedia Pengajaran
Nilai
Murni




Mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekeliling untuk mengelakkan berlakunya pembiakan haiwan-haiwan yang membawa penyakit.

Menyedari bahawa penyelidikan tentang pembiakan manusia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Transparensi (Metamorfosisi lengkap dan tak lengkap)

Transparensi (Organ pembiakan lelaki dan perempuan)





8.0              PENUTUP  



Pendidikan seks sebenarnya telah diamalkan dalam kehidupan atau budaya kita,  khususnya di kalangan orang Melayu. Contohnya, apabila meningkat remaja, anak  diasuh mengikut peranan dan memainkan watak yang bersesuaian dengan jantinanya.  Anak perempuan sejak dahulu disosialisasikan dengan permainan "perempuan" dan anak lelaki dengan permainan yang menggambarkan ciri "kelelakian" yang agak ganas dan lasak. Hasil sosialisasi awal ini memperlihatkan bentuk pengasingan dalam pergaulan anak, iaitu mereka biasanya bermain dalam kumpulan sejantina.

Pendidikan seks juga dikupas dalam agama Islam. Pendidikan seks merupakan  sesuatu yang mengawal cara hidup dan peradaban seseorang Muslim. Pengalaman pertama baligh di kalangan anak lelaki dan perempuan merupakan pendidikan seks terawal yang wajib diketahui. Ketika ini, mereka diajarkan cara bersuci daripada hadas besar, iaitu apabila berhadapan dengan kedatangan haid dan "mimpi basah".Kesedaran terhadap potensi seks anak remaja dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang antara lain bermaksud ibu bapa perlulah memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sampai peringkat usia tertentu.

Secara peribadi, kami merasakan tentangan hebat yang timbul adalah kerana para ibubapa tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan subjek yang dinamakan pendidikan seks ini. Sekiranya mereka tahu, tentulah mereka lebih terbuka untuk menerimanya. Walaupun demikian ia bukanlah satu sebab untuk kita melatah. Sebagai masyarakat yang berilmu, apabila kita ingin menerima atau menolak sesuatu idea, kita perlu fakta yang lengkap. Adalah tidak bijak untuk kita menerima atau menolak sesuatu berdasarkan kepada agakan
atau syak wasangka semata-mata. Di pihak Kementerian Pendidikan pula, penyebaran
maklumat tentang perkara ini perlulah meluas.

Dalam isu yang sesensitif ini, para ibubapa mahu tahu apakah sebenarnya kandungan pendidikan seks itu – tidak kiralah di mana sahaja ia diselitkan sebagai satu matapelajaran atau diselitkan dalam mata pelajaran yang lain. Dengan mengetahui kandungan keseluruhan subjek ini, maka barulah ibubapa dapat membuat penilaian yang lebih bijak berkaitan isu ini. Ini juga dapat mengelakkan mereka dari melatah setiap kali anak menceritakan bahawa guru mengajar mereka cara untuk melakukan hubungan seks.

Ketiadaan maklumat ini mungkin sahaja menimbulkan kebimbangan yang tidak wajar. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada isu sekolah wawasan yang hanya ditentang bila media menyentuh tentangnya sedangkan sekolah wawasan telahpun dilaksanakan di beberapa kawasan dengan jayanya tanpa keluhan mana-mana pihak. Dengan maklumat yang terang dan jelas serta tersebar meluas, saya merasakan pendidikan seks di sekolah akan lebih diterima dan tidak perlulah kita mengubah istilahnya semata-mata ingin agar pendidikan seks diterima ramai.

Dengan demikian, peranan sekolah dalam memberikan pendidikan seks merupakan  suatu tanggung jawab moral bagi perkembangan anak didik. Peranan sekolah haruslah  diberikan satu sokongan bahawa sekolah merupakan suatu institusi yang bersifat komplementeri  dan membantu para ibubapa dalam melancarkan  tugas dan peranan para ibubapa  terutama  dalam menanamkan sikap dan perilaku seksual anak terhadap hakikat seksualiti  manusia.


BIBLIOGRAFI

 

Chatarina Wahyurini (1990)” Memangnya Kita Perlu Pendidikan Seks” Dalam Yahya     Ma’shum   "Buku Tanya Jawab Seksualitas" PKBI Pusat Sumber
Md Hashim Hj Yahya (1989). “Tanggungjawap Ibubapa Dan Anak Menurut Islam.“Cetakan
Kelima.Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar


Umar Hashim (1983 ). “Anak Yang Salih.“ Singapura: Pustaka Nasional


Siti Hajar Haji Ibrahim (2002). “Bimbingan Pendidikan seksual Untuk Remaja Islam.”
Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd


Zaiton Abdul Rahman (1983). “Konsep Silaturrahim Dalam keluarga Menurut Pandangan
Islam.” Bangi: U.K.M


Zaid H Alhamid (1981). “Rumahtangga Muslim.“ Semarang: Pustaka Mujahiddin. 10-20.


1 comment:

  1. salam tuan/puan mohon keizinan untuk salin tentang pendidikan seks sebagai rujukan karangan saya

    ReplyDelete