Pages

Sunday, April 3, 2011

BAIKPULIH KOMPUTER

12.1 MENANGANI MASALAH PERKAKASAN KOMPUTER

    Menangani  masalah yang melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar.  Bagi yang sudah berpengalaman, ia mungkin menyeronakkan, namun mungkin agak mengecewakan bagi pengguna baru.  Umumnya masalah gangguan pada perkakasan komputer boleh berlaku pada bila-baila masa dan ia boleh dianggap serius jika melibatkan proses ‘startup’.  Antara petunjuk berguna bagi masalah kerosakkan ialah dengan terhasilnya bunyi ganjil dari komputer tersebut apabila ianya dihidupkan.  Bunyi itu boleh jadi berpunca daripada kipas pendingin haba yang hamper rosak atau pemacu cakera kerasnya yang bakal lumpuh pada bila-bila masa sahaja.  Oleh yang demikian, yakni sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk, anda disarankan supaya segera membuat simpanan  (backup) bagi semua fail-fail penting.  Rasionalnya mudah, memiliki salinan lain merupakan satu langkah bijak untuk memastikan data tersebut terselamat sekiranya berlaku kerosakan pada perisian dan perkakasan yang digunakan.  Sekiranya komputer anda lumpuh (crash) dan bunyi cakera kerasnya kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna komputer tersebut berpotensi untuk mengalami kerosakan yang tidak diduga.  Jadi simpanlah (save) maklumat di dalam program yang sedang dibuka dan mulakan pengenalpastian punca masalahnya dari peringkat paling asas.


12.2   CONTOH MASALAH PERKAKASAN KOMPUTER DAN CARA MENANGANINYA.

BEKALAN KUASA : Apabila skrin monitor anda secara tiba-tiba gelap (blank) dan tiada sebarang paparan antaramuka aplikasi yang sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa bekalan kuasa untuk kesemua perkakasan sistem komputer.  Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa monitor dipalamkan pada bahagian belakang komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC.  Jadi, palam (palam) bekalan kuasa itu boleh jadi longgar dan perlu memastikan semua palam dipalamkan dengan baik.  Sekiranya kabel bekalan kuasa komputer dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan kuasa, maka pastikan setiap soketnya mempunyai suis.  Lihat juga pada lampu yang menandakan suis kuasa untuk semua peralatan telah dibuka, di mana suisnya perlu berada pada kedudukan ‘on’ (buka).  Jika ia masih tidak berfungsi, maka soket kuasa itu mungkin bermasalah – misalnya fius terbakar.  Bagi menguji sesebuah palam kabel kuasa yang dirasakan rosak, anda boleh memalamkannya kepada soket lain yang boleh berfungsi.

HALANGAN BOOT : Halangan semasa menghidupkan komputer boleh jadi berpunca daripada disket kerana komputer boleh diboot mengikut arahan yang terdapat pada disket
( yang disisipkan pada pemacunya semasa proses boot/menghidupkan komputer dilakukan ) atau cakera keras komputer.  Kebanyakan komputer telah ditetapkan untuk membaca arahan pada disket yang disispkan dan  jika proses boot gagal dilakukan, maka komputer akan beralih kepada cakera keras.  Proses ini biasanya berlaku apabila komputer dibootkan  semula atau dihidupkan buat pertama kali.  Andaiya sekeping disket tertinggal di dalam pemacunya, maka biasanya komputer anda akan menggunakan prosedur yang berbeza.  Jika kandungan disket itu tiada arahan startup, komputer tersebut akan memaparkan mesej ralat pada skrin yang memberitahu anda supaya menggantikan atau mengeluarkan disket tersebut.
click for your Tq











SAMBUNGAN : Satu lagi masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya yang dipasanag dengan tidak kemas.  Semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer dan perlu memastikan penyambungannya tidak longgar.  Kadangkala ada pengguna yang cuba memasangkan  jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja.  Sekiranya mendapati kabel tersebut tidak secocok, maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan.  Sementara itu wayar telefon yang dihubungkan kepada modem mungkin menghadapi masalah.  Sebuah modem biasanya mempunyai saluran penghubung (connection) yang dilabelkan sebagai Line In, Line Out atau Phone.  Jadi, anda perlu menghubungkan wayar berkenaan pada soket yang betul (rujuk labelnya) dan satu lagi penghubung perlu disambungkan kepada wayar telefon.

TETIKUS : Sebuah tertikus (mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi kekotoran pada bahagian dalamnya sehingga sensitivity bebola dan ‘roller’nya kadangkala terganggu.  Selain itu petunjuk anak panah (pointer) pada skrin mungkin tidak berganjak, walaupun tetikus itu digerakkan berulang kali.  Satu-satunya cara berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola tersebut.


PAPAN KEKUNCI : Selain tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah ketika menaip seperti gangguan pada kekuncinya.  Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci itu sehingga menyebabkan ia diaktifkan.  Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian ialah kekunci yang berlabel CAPS LOCK dan NUM LOCK.  Selain kekunci, kabel papan kekunci yang longgar mungkin perlu diketatkan dan proses boot semula mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi.

BUNYI : Jika masalah yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), anda mungkin perlu memeriksa pembesar suara (speaker) yang digunakan untuk memastikan kabel bekalan kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada soketnya yang betul.  Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka (on) atau tertutup (off).  Sistem operasi (OS) popular seperti Win95 dan Win98 ada menyediakan kawalan volume pada bahagian taskbar desktop.  Jadi, pastikan wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket lain.

CD-ROM : Fungsi pemacu CD-ROM akan terganggu sekiranya memasukan cakera padat (CD) secara terbalik, permukaanya bercalar atau dilekati dengan kekotoran di atas permukaanya.  Kadangkala perlu memasangkan program untuk memainkan kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak dua kali pada ikonya sebelum ia boleh berfungsi.  Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk dimainkan, sila buka pada bahagian My Computer dan klik dua kali pada ikon berlabel D (untuk pemacu CD-ROM).

PAPARAN : Apabila monitor anda gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan kabel kuasa dan kabel data disambungkan dengan betul dan kemas, selain itu cuba ubahsuai bebutang kawalan pada monitor tersebut.  Biasanya monitor dilengkapi dengan tombol (knop) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-ciri komputer tersebut seperti kontras, kecerahan dan beberapa ketetapan lain.  Kadangkala paparan monitor terjejas kerana gangguan pada kad video yang digunakan – misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video itu longgar.  Jadi, cuba jauhkan monitor tersebut dari punca gangguan atau kad video yang longgar diketatkan.

CETAKAN : Disebabkan pencetak merupakan sebuah peranti mekanikal – terdiri daripada beberapa komponen lain yang boleh ditanggalkan – maka ia kadangkala boleh menghadapi masalah atau gangguan.  Katakan kabel bekalan kuasa telah dibuka dan dipalamkan dengan betul, namun masalah lain tetap boleh berlaku seperti kertas tersekat (jam) di dalamnya atau dakwat/toner kehabisan.  Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ketetapan (setting) pada kekotak dialog pencetak untuk mempastikan arahan cetakan boleh dilaksanakan.













12.3 LANGKAH –LANGKAH KESELAMATAN

PENGENALAN
    Langkah keselamatan amat penting untuk memastikan juruteknik atau pengguna komputer tidak mendapat sebarang kecederaan semasa membaikpulih komputer.  Disamping itu, ia juga dapat mengelakkan berlakunya kerosakan kepada perkakasan serta memastikan sistem komputer berfungsi dengan sempurna.  Sepanjang menjalani latihan industri di Megamate Komputer Holdings(M) Sdn. Bhd. , keutamaan yang diambil kira oleh pihak pengurusan antaranya ialah keselamatan semasa berkerja.  Langkah keselamatan ini pula boleh diambil kira dari segi pelbagai aspek, iaitu :


a)     Penjagaan Perkakasan.
b)    Sebelum Membaikpulih.
c)     Semasa Membaikpulih.
d)    Selepas Membaikpulih.

a)             Penjagaan Perkakasan :

Ia juga perlu dititikberatkan untuk memastikan segala perkakasan komputer ( hardware )
tidak mengalami kerosakan yang disebabkan oleh juruteknik semasa memasang sesebuah komputer.  Sesetengah komponen atau perkakasan komputer biasanya sangat sensitif kepada sesuatu factor, oleh itu ia perlu diselenggara atau dipasang dengan teliti, antaranya ialah :

                  i.        Pemproses :

Ia amat sensitive kepada cas static, gegaran dan factor sekeliling.  Oleh itu elakkan daripada melakukan kesilapan seperti yang telah dinyatakan.  Pemasangan pemproses ke dalam papan liar utama perlu juga diambil perhatian untuk memastikan pin atau kakinya berada pada kedudukan yang betul.  Gunakan kipas penyejuk ( CPU fan ) yang bersesuaian untuk mengelakkan suhu yang terlalu panas kerana boleh merosakkan pemproses.  Pastikan pemproses sentiasa disimpan di tempat yang selamat jika ia tidak atau masih belum digunakan memastikan fungsinya tidak jejas.

                ii.        Monitor :

Monitor seharusnya dielakkan daripada terjatuh ataupun terhentak untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Ia mestilah dijauhkan daripada pembesar suara terutamanya yang mempunyai bekalan kuasa atau kawalan suara ( volume control ) apabila komputer dihidupkan.



               iii.        Papan Litar Utama :

Litar utama yang baru biasanya disimpan atau diletakkan dalam bekas anti statik
( plastik berwarna perak ) dan disertakan bersama span.  Oleh itu elakkan daripada mengeluarkannya daripada bekas tersebut dan simpan di tempat yang selamat.  Apabila seseorang juruteknik hendak mengeluarkan papan litar utama daripada bekasnya yang asal, bumikan cas-statik  pada badan anda sebelum menyentuhnya.  Pastikan span diletakkan di bawah papan litar utama apabila hendak memasukkannya ke dalam casing.  Setelah itu, ia perlu diikat dengan kemas ( diskru ) pada tapak yang disediakan.

               iv.        Pemacu Cakera Keras :

Cakera keras juga seperti papan litar utama, iaitu disertakan dengan plastic anti ststik.  Semasa mengendalikan cakera keras, elakkan dari terhentak kerana ia amat sensetif kepada gegaran dan cas static.  Selain itu, ia mesti disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada sekeliling, contohnya suhu yang tinggi dan cas ststik.  Apabila cakera keras hendak di masukkan ke dalam casing komputer, pastikan ia di skru dengan kemas dalam kedudukan yang betul.  Pastikan juga kabel IDE ( kabel antaramuka ) supaya ia di pasang dengan betul pada belakan cakera keras.

                 v.        RAM ( Random Access Memory ) :

RAM juga adalah komponen atau perkakasan yang sensitif kepada cas ststik.  Ia perlu disimpan di tempat yang boleh dielakkan daripada sebarang cas ststik.  Semasa hendak memasukkan atau memalam RAM ke atas papan litar utama, juruteknik terlebih dahulu mesti membumikan dari daripada cas tersebut.
vi.Perkakasan lain :

Komponen komputer yang lain seperti kad-kad pilihan, modem dan sebagainya juga perlu di jaga dan disimpan di tempat yang selamat untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan sempurna.

b)            Sebelum Membaikpulih :

i.              Gunakan kawasan yang luas, selesa dan kemas.
ii.             Suhu yang bersesuaian untuk alat-alat elektronik.
iii.            Tempat kerja yang terang.
iv.            Punca bekalan yang mencukupi.
v.             Penebat lantai yang baik seperti getah.
vi.            Peralatan membaikpulih tersusun dengan rapi dan mudah dicapai.
vii.           Jauh dari gegaran.
viii.          Mempunyai peralatan yang sesuai serta mencukupi.
ix.            Mempunyai manual dan data komponen.

c)             Semasa Membaikpulih :

i.              Matikan bekalan kuasa sebelum membuka casing komputer.
ii.             Partikan tiada cas ststik semasa mengeluarkan perkakasan dan komponen komputer.
iii.            Mem\nggunakan peralatan yang sesuai untuk membuka perkakasan.
iv.            Pastikan tangan kering sebelum memegang komponen komputer.
v.             Letakkan perkakasan yang sensitif seperti cakera keras, RAM, pemproses dan sebagainya dengan berhati-hari serta di tempat yang betul.
vi.            Gunakan kasut yang mempunyai tapak getah.



d)            Selepas Membaikpulih : 

i.              Pastikan juga tiada skru yang terjatuh atau terselit di celah perkakasan terutamanya papan litar utama kerana boleh menyebabkan komputer tidak berfungsi.
ii.             Pasang casingyang sesuai dengan betul supaya tidak berlaku litar pintas semasa pengujian.


4 comments:

  1. salam...cik taufik, bolehkah sy ingin bertanya. jika berlaku masalah pada paparan fokus terkeluar. bagaimanakah keadaan itu berlaku? sy ingin keteranagan yg jelas.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..sy nur izatie bt malayanulilmi. berasal dari petaling jaya, selangor.student kolej komuniti sabak bernam. sy suka dengan keterangan dlm blog ini. di harap agar blog ini akan terus mamberikan pelbagai informasi di masa yg akan datang.

    ReplyDelete
  3. hanya Tuhan mengerti, terima kasih atas pandangan anda.

    ReplyDelete