Pages

Thursday, March 3, 2011

TANAMAN SAYUR HIJAU: SAWI


PENGENALAN

NAMA TEMPATAN: Sawi Hijau/ Sawi Bunga, Sawi Putih
NAMA SAINSTIFIK: Brassica sp

Ciri – Ciri Sayuran

Batang

Kurus kecil atau besar dan padat. Berwarni hijau atau hijau muda


Daun

Berbentuk bulat.
Berwarna hijau atau hijau muda.


Bunga

Bunga berwarna kuning


Benih

Berwarna keperangan, berbentuk bulat dan kecil.
Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 2g








JENIS SAWI


JENIS


CIRI – CIRI

Sawi Hijau/ Sawi Bunga
(Choy Sam)

Berdaun tegak, berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20 – 25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau


Sawi Putih (Pak Choy)

Daun hijau tua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15 – 20 cm. Daun tebal, batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun


Sawi Jepun (Siow Pak Choy)

Saiz berukuan 12 – 15 cm. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya compact di bahagian pangkal an tirus di bhagian daun. Urat daun tidak berapa prominent dan hujung daun bulat


Sawi Pahit

Tumbuh cepat dan mempunyai daun lebat yang melebihi 30 cm. Daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya di prosesuntuk dijadikan jeruk


KEPERLUAN ASAS TANAMAN


Suhu

23 °C – 35 °C


Jenis Tanah


Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong


pH Tanah


5.5 – 6.0

AMALAN KULTUR
Penyediaan kawasan
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2m lebar dan tinggi 20 cm – 30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam. Pengapuran dilakukan semasa pembajakan pada kadar 3 – 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam di tabur di batas pada kadar 3 – 5 tan/ha

Penyediaan anak benih


Jenis bahan Tanaman


Biji Benih

Keperluan Biji Benih/ha


1.5 kg

Rawatan Biji Benih


Guna racun Thiram pada kadar 3g/1000g benih





Penanaman Di Ladang


Cara Menanam

Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur rata ke dalam jalur – jalur batas


Penjarangan


Boleh dilakukan selepas 10 hari bercambah

Jarak Tanaman


20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok



Pengurusan Air

Sawi memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman haruslah dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas


PENGURUSAN PEROSAK


JENIS  PENYAKIT


SIMPTOM

Ulat Ratus
(Spodoptera litura)


Daun dan pucuk berlubang

Ulat Pangkas
(Agrotis ypsilon)


Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam

Kumbang Kutu

Daun berlubang halus dan diserang di semua peringkat


Ulat Plutella

Daun yang diserang menunjukkan lubang – lubang lutsinar


Kutu Daun


Daun berkedut dan kecut, gugur dan pokok terbantut


Ulat Lombong


Terdapat lingkaran pada permukaan daun. Batang yang diserang kecut dan layu


Reput Daun

Daun reput dan busuk


Reput Lembut

Terdapat reput yang berair dibahagian tang diserang. Bahagian ini akan berlendir dan berbau busuk



PEGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL


Masa Kutipan Hasil


27 – 30 hari selepas menyemai

Hasil (kg/ha)

14000 – 16000 (Sawi Hijau dan Sawi Putih)
12000 – 14000 (Sawi Jepun)
22000 – 30000 (Sawi Pahit)


Cara Mengutip


Pokok dicabut dengan dengan memotong pada paras tanah

Masa Mengutip


Pagi atau lewat petang

Pengendalian Hasil


Pemilihan, pembasuhan, penggredan dan proses pembungkusan

Penyimpanan


Suhu 1 °C – 3 °C dan kelembapan relatif 90 % – 95 % boleh tahan selama 1  - 1.5 minggu


TANAMAN SAYUR HIJAU: BAYAM

PENGENALAN

NAMA TEMPATAN: Bayam Hijau, Bayam Merah
NAMA SAINSTIFIK: Amaranthus sp

Ciri – Ciri Sayuran

Batang

Lincin, banyak cabang, batang berwarna hijau atau kemerahan


Daun

Berbentuk bulat atau bujur.
Berwarna hijau atau kemerahan.


Bunga

Hermafrodit, berwarna putih kekuningan, berbentuk spike


Benih

Berwarna hitam berkilat, berbentuk bulat dan kecil.
Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 0.3g






JENIS BAYAM

JENIS

CIRI - CIRI

Bayam Hijau

Daun berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur.


Bayam Merah

Daun berbentuk bulat dab berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun.


KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu

23 °C – 35 °C


Jenis Tanah


Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong


pH Tanah


5.5 – 6.5

AMALAN KULTUR
Penyediaan kawasan
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2m lebar dan tinggi 20 cm – 30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam. Pengapuran dilakukan semasa pembajakan pada kadar 3 – 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam di tabur di batas pada kadar 3 – 5 tan/ha
Penanaman Di Ladang

Jenis Bahan Tanaman


Biji Benih

Keperluan Biji Benih


6 – 7 kg

Rawatan Biji Benih


Guna racun Thiram pada kadar 3g/1000g biji benih


Teknik Menanam

Biji benih dicampur dengan pasir halus dan di tabur terus ke atas batas


Penjarangan

Penjarangan boleh dilakukan elepas 14 hari menabur


Jarak Tanaman

20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok


Pembajaan
Pembajaan menggunakan tahi ayam seminggu sebelum menabur biji benih
PK15:15:15
Cara: tahi ayam digaul kedalam tanah sekeliling pokok.



Pengurusan Air
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman haruslah dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas.

Pengurusan Perosak

Jenis Serangga/Penyakit
Simptom
Cara Kawalan
Ulat Pangkas
(Agrotis ypsilon)
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam
Guna umpan tricholorfon dan dedak dengan kadar 1:20 atau sembur dengan cholorfluazon atau frenvalerate
Ulat Ratus
(Spodoptera litura)
Makan daun dan pucuk dan menyerang secara berkelompok
Guna racun tricholorfon, permethrin ataufenvalerate. Musnahkan serangga dan daun yang di serang.
Hawar Melecuh
(cystopus bliti)
Tompok – tompok putih pada bahagian bawah daun
Guna racun kulat benomyl dan amalkan tanaman giliran.
Lecuh Anak Benih
(Pythium butlen)
Menyerang anak benih
Rawat biji benih dengan captan, elakan menanam di kawasan lmbap. Guna racun benomyl jika perlu

PEGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL


Masa Kutipan Hasil

28 – 30 hari selepas menyemai

Hasil (kg/ha)

1500

Cara Mengutip

Pokok dicabut dengan akarnya sekali

Masa Mengutip

Pagi atau lewat petang

Pengendalian Hasil

Pemilihan, pembasuhan, penggredan dan proses pembungkusan


Penyimpanan

Suhu 1 °C – 3 °C dan kelembapan relatif 90 % – 95 % boleh tahan selama 1 minggu

2 comments: