Pages

Monday, March 28, 2011

Sifat Utama Kayu


3.4.   Sifat Utama Kayu
Sifat-sifat kayu pada tiap-tiap jenis itu bergantung kepada susunan dan jenis sel berserta dengan banyaknya bahan kimia seperti kanji, gula, getah, damar, minyak, malar, bahan-bahan warna dan sebagainya yang terkandung.

3.4.1.      Tahan Lama
·         Bergantung kepada jenis bahan kimia di dalam sel-sel dan dinding sel yang boleh membunuh serangga dan menahan kulat daripada tumbuh.

3.4.2.      Kekuatan
·         Bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu, kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu.
·         Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari ketumpatan rendah.
·         Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat.
·         Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam dan resin.
·         Ketahanan lasakkan kayu bergantung pada kandungan lembapan.
·         Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menarik minat serangga perosak.


3.4.3.      Kekuatan Tegangan
·         Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini.
·         Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
·         Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering udara.

3.4.4.       Kekuatan Mampatan
·         Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira.
·         Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
·         Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang1/2 hingga 1/3 kekuatan tegangan selari dengan iranya.
·         Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu itu.


3.4.5.      Kekuatan Ricih
·         sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain.
·         Daya ini dinamakan daya ricih.
·         4 jenis ricihan iaitu ricihan selari dengan ira, ricihan tegak dengan ira, ricihan serong, ricihan gelek.
·         Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan.
·         Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu. Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat daripada papan lapis.

3.4.6.      Kekuatan Lenturan Statik
·         Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan melalui lenturan static.
·         Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur.
·         Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh  kayu, ketika ia gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah berlaku.
·         Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu.


3.4.7.       Kekerasan Kayu
·         Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya.
·         Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya.
·         Bergantung kepada saiz sel-sel dan tebal dindingnya. Biasanya kayu keras mempunyai sel-sel kecil berdinding tebal yang tersusun rapat, dan dipenuhi oleh dammar.
·         Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan, bergantung kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu.

3.4.8.      Rintangan Terhadap Hentaman Dan Rekahan
·         Rintangan terhadap hentaman adalah keupayaan bahan kayu menyerap tenaga daripada hentaman dan kejutan tanpa mengalami kerosakan.
·         Ia bergantung kepada kekerasan, keanjalan dan keplastikannya.
·         Rekahan adalah gerak balas kopakan kayu yang berlaku jika sesuatu tindakan baji dikenakan kepadanya. Apabila paku diketuk masuk ke dalam kayu, suatu tindakan baji diwujudkan terhadap iranya, akibatnya sebahagian daripada seratnya terpisah menyebabkan sentuhan antara kayu dan paku.

3.4.9.      Berat Dan Berat Jenis
·         Berat suatu kayu bergantung dari jumlah zat kayu, rongga sel, kadar air dan zat ekstraktif didalamnya.  Berat suatu jenis kayu berbanding lurus dengan BJ-nya.  Kayu mempunyai berat jenis yang berbeza-beza, berkisar antara BJ minimum 0,2 (kayu balsa) sampai BJ 1,28 (kayu nani).  Umumnya makin tinggi BJ kayu, kayu semakin berat dan semakin kuat pula.


3.4.10.  Keawetan
·         Keawetan adalah ketahanan kayu terhadap serangan dari unsur-unsur perosak kayu dari luar seperti jamur, rayap, bubuk dan lain-lain. Keawetan kayu disebabkan adanya zat ekstraktif didalam kayu yang merupakan unsur racun bagi perosak kayu. Zat ekstraktif tersebut terbentuk pada saat kayu gubal berubah menjadi kayu teras sehingga pada umumnya kayu teras lebih awet dari kayu gubal.

3.4.11.  Warna
·         Kayu yang beraneka warna macamnya disebabkan oleh zat pengisi warna dalam kayu yang berbeza-beza.


3.5.   Strukrur Kayu
         Struktur kayu boleh dibahagikan kepada sel-sel kayu, gelang tumbesaran (growing ring), ira , teras muda (sap wood) dan kayu keras (heartwood).

·         Terbahagi kepada 2 jenis iaitu sel kayu lampung dan sel kayu keras.
·         Sel kayu lampung terdiri daripada sel-sel panjang seperti jarum yang di kenali sebagai tracheid. Pada kayu awal dinding selnya nipis manakala untuk kayu akhir dinding selnya tebal. Pada setengah kayu terdapat sejenis sel kecil atau ruji empulur (medullary ray) yang berfungsi untuk menyalurkan makanan dalam arah serong.
·         Sel kayu keras juga terdiri daripada sel-sel panjang seperti jarum dan dikenali sebagai serat (fibre) manakala sel-sel besar dikenali sebagai salur (vessel). Serat berfungsi untuk memberikan kekuatan struktur manakala salur berfungsi untuk menghantarkan makanan. Kayu keras juga mempunyai empulur yang melalui celah-celah sel ini.


3.4.1.      Gelang Tumbesaran
·         Gelang tumbesaran juga dikenali sebagai gelang tahunan dan ianya menunjukkan usia pokok secara kasar.
·         Gelang tumbesaran ini jelas kelihatan untuk pokok di kawasan iklim sederhana.
·         Terdapat perbezaan di dalam gelang tumbesaran kerana pertumbuhan yang berlaku dalam musim berbeza.
·         Ciri gelang tumbesaran (keratan rentas kayu balak) bukan sahaja dapat menganggarkan usia pokok, usia, sifat kekuatan pokok, dan menentukan mutu pokok berkenaan.
click ads for your tq





No comments:

Post a Comment