Pages

Friday, March 4, 2011

Shoot Ketibaan Pengantin Dibawah Cahaya Matahari Terik.

Untuk wedding event, part yang agak tricky memang masa ketibaan pengantin, sebab kebiasaannya ia berlangsung pada waktu tengahari sekitar jam 12pm ke 2pm. Masa ni matahari memang terik tepacak atas kepala & kalau tak kena gaya setting, memang bleh terjadinya masalah overxposed, terutamanya pada background jika metering di ukur pada muka pengantin, ini kerana sensor cuba "menerangkan" muka pengantin yang terlindung dari sinaran matahari yang ketika itu berada di atas mengakibatkan kawasan lain akan "terlebih' terang. Tambahan plak pengantin sedang berarak dan kita perlu pantas untuk focus & snap.

Teknik gunakan aperture kecil (F number BESAR) dengan kunci metering dulu pada langit/awan & fill-in direct flash seperti tuan Gemuk tu bleh dipraktikkan, cuma agak sukar dalam keadaan pengantin berarak, bleh dilakukan, tapi anda mesti pantas. (Sila lihat butang fungsi AE/L (auto exposure lock) pada kamera (NIKON USER))

Salah satu lagi cara yang selalu dipraktiskan & memang bekesan adalah dengan menggunakan Rules SUNNY 16, bleh digunakan untuk menyelamatkan gambar dari berlakunya masalah overxposed. Cuma perlu ingat settingnya, insyaAllah gambar anda akan OK.

MESTI DALAM "MANUAL MODE'
Setkan Aperture kamera anda pada F16
Gunakan lowest ISO contohnya ISO100
Setkan shutter speed pada angka paling hampir dengan nilai ISO, jadi dalam kes ni shutter speed 1/125" disyorkan. Kalau camera kita hanya bleh set minimun ISO pada 200, gunakan setting shutter antara 1/200" - 1/125"
Setkan flash pada mode TTL & secara direct (bukan bouce). Sebaiknya guna diffuser. Underkan EV (xposure value) ke -1 stop adalah digalakkan, kalau sedikit under, bleh ejas balik dalam software, kalau dah over ni nak repair pun tak berapa nk ok.

Sebelum majlis berlangsung, cuba dulu setting ni untuk pastikan ianya berkesan kalau agak ragu2. Yang pasti kena pantas lah tukar setting tu, bila dah abih berarak, dah naik pelamin, jangan lupa ejas balik setting ikut yang kita biasa shoot. Kalau dah selalu buat insyaAllah bleh ingat, kalau baru2 tak dinafikan bleh terlupa, adatlah tu. Sibbaik zaman digital, bila shoot bleh review kat skrin.. selamattttt.

Gunakan A-mode (aperture priotiry) pun bleh, set aperture kecil antara f8-11. Lock metering pada langit/awan, recompose & focus lock pada pengantin & snap dengan fill-in flash.Guna A-mode kamera yang akan pikirkan shutter speed untuk seimbangkan exposure, cuma kepantasan kita untuk lock metering-recompose-lock focus-snap. Kalau takut kelam kabut mintak je diorang stop berarak kejap..baru ejas & snap. Cara ni pun bleh gak, tapi kena cargas la gak ejas setting tu, mau kena tiaw pengantin panas cameraman dok ejas setting camera lambat sangat...

klu pakai nikon, pakai mode A dan setkan kat flash Sb8 or sb9 jadi AA (auto aperture) or TTl BL kat sb6 

click ads for yout tq




No comments:

Post a Comment