"When shooting travel, you can’t go back to the scene and expect it to be the same. Things will change, the light or whatever. So seize the moment, stop and make the effort to get the shot. In other words, don’t procrastinate!" - Eric Meola
Pages
▼
Thursday, March 17, 2011
penyalaian
Ikan salai seperti keli, tilapia dan dan sosej ikan diproses menggunakan  teknologi penyalaian. Penyalaian masih lagi merupakan teknik pengawetan  ikan yang popular di seluruh dunia terutamanya di Negara Eropah,  Scandinavian and Afrika. Berbagai peralatan moden digunakan untuk  menghasilkan produk yang menarik dan selamat di makan. Penyalaian  digunakan untuk untuk mendapatkan rasa salai yang sedap, bukan lagi  untuk mengawet makanan. Oleh itu, produk salai perlu disimpan pada suhu  rendah atau disejukbekukan untuk menjamin ketahanannya. Proses  penyalaian dilakukan menggunakan alat penyalai eletrik yang dilengkapi  dengan alat pelaras suhu dan humiditi. Abuk gergaji, serpihan kayu  gergaji dan blok abuk kayu digunakan sebagai bahan untuk mengeluarkan  asap. Abuk gergaji daripada kayu meranti boleh digunakan. Penyalaian  perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu bermula dengan suhu  sekitar 40 oC. Pada peringkat ini bahan yang masih mengandungi air yang  tinggi akan menyerap asap sebelum proses pengeringan dilakukan pada suhu  sekitar 60 oC . Proses memasak untuk pemejalan protein dan membunuh  bakteria perosak.dilakukan pada suhu 90 oC ke atas.
No comments:
Post a Comment