Pages

Thursday, March 24, 2011

JIHAD



PENGETIAN DAN KONSEP.

Pendahuluan
            Jihat merupakan satu konsep dan tuntutan dalam islam yang agak polemik dan kontroversi. Pelbagai salahfaham tengtang pengertian jihad serta konsep jihad yang sebenarnya di dalam islam telah menjadi suatu isu yang berbakti dan sensetif da kalangan masyarakat dunia dewasa ini. Semenjak perlancaran kempen memerangi keganasan oleh kuasa-kuasu beasr dunia di alaf baru ini, jihad seakan-akan sinonim dengan terorris dan menjadi satu istilah yang menggerunkan mereka.
           
            Walaupun perkataan jihad terdapat didalam al-qur’an dan banyak disebut didalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w., konsep jihat tetap menjadi pertikaian di kalangan orang bukan islam dan bahkan sebahagian orang islam. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untyuk menelusuri pengertian dan konsep jihad dalam tradisi islam serta mengupas beberapa isu dan pesoalan yang timbul berkaitan jihad. Bagi tujuan tersebut, kajian yang objektif amat diperlukan untuk melihat perkara ini dengan jelas dan amanah. Pensyari’atan ijad dalam islam tidak perlu dilihat sebagai sesuatu yang negatif walaupun dunia hari ini cenderung kearah itu. Sebagai seorang muslim yang percaya dan yakin dengan kesempurnaan ajaran islam, pensyari’atan jihad sudah pasti megaadungi hikmah dan kebaikan bagi umat islam yang bijak memahami dan melaksanakannya pada tempat dan masa yang sepatutnya.
   
PENGERTIAN JIHAD

Jihad dari segi bahasa.
Menurut kamus-kamus bahasa arab, perkataan jihad berasal dari katakerja (fiil sulsi) jahada yajhuda dan katakerja (fiil ruba’i) jaahada yujahudi. Didalam kamus lisan al-arab perkataan al-jahd bermakna kesukaran dan al-juhd pula bermakna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-jihad bermakna”mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.

Justeru perkataan jihad dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai “mengerahkan dan mengeluarkan segala kekuatan dan kemampuan untuk membuat perlawanan diantara dua pihak, walaupun dala bentuk ma’nawi”. Menerusi definisi jihad ini, dapat disimpulkan bahawa jihad merupakan satu istilah yang meliputi pelbagai aspek. Ia bukan melibatkan perlawanan dan perperangan secara fizikal yang melibatkan senjata, bahkan ia juga merangkumi perlawanan bkan fizikal termasuklah secara mental serta spiritual. Perlawanan dalam bentuk ma’nawi dapat dijelaskan lagi sebagai perlawanan diantara manusia dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh, seorang individu seringkali menhadapi konflik diantara dua keinginan hati murni untuk melakukan perkara yang bersesuaian dengan ajaran agama atau keinginan untuk melakukan perkara menurut hawa nafsu.


JIHAD DARI SEGI SYARA’

Definisi jihad dari segi Syara’ (syariah) sebagaimana yang dimaksudkan didalam al-Quran dan Sunnah adalah lebih khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah samada secara langsung (bertempur dimedang perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya”. (Muhammad Khayr Haikal: 1996 jilid.1, 40) sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman didalam surah al-Nisa’ ayat 95 yang bermaksud:

“tidaklah sama kedaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman- selain daripada orang-orang
yang ada keuzuan- dengan orang-orang yang berjihad (beerjuang) pada
lajan Allah (untuk membela islam) dengan harta dan nyawanya.
Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak berperangdisebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat.”

Allah juga berfirman di dalam surah al-taubat ayat 4 yang bermaksud:

“pergilsh ksmu beramai-ramai untuk berperang pada jalan
Allah, samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak)
 ataupun dengan keadaan berat (disebabkab berbagai-bagai
 tanggangjawab); dan berjihadlah dengan hrta benda dan jiwa
 kamu pada jalan Allah (untuk menbela islam). Yang demikian
 amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Menerusi ayat ini, Allah memerintahkan oaring-orang islam keluar beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah walau dalam apa situasi sekalipun dsan walau bagaimana sekalipun keadaan kita, samada dengan nyawa dan juga harta benda. Jika diteliti, kita akan dapati dalam kebanyakkan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala berkenaan jihad, istilah jihad sering digandingkan atua dikaitkan dengan frasa “berjihad dengan harta dan nyawa ataupun jiwa”. Ini tidak membuktikan bahawa jihad dengan harta adalah lebih baik atau lebih diutamakan daripad bejihad dengan nyawa. Akan tetapi, ia menjelaskan hakikat berjihad pada jalan Allah yang pada kebiasaannya meliputi dua komponen utama, iaitu harta dan nyawa. Harta adalah perlu untuk mempersiapkan peralatan dan kelengkapan peperangan, manakala nyawa atua jiwa raga adalah penting sebagai bala tentera. Selain itu, adalah menjadi fitrah manusia lebih menyayangi nyawa berbanding dengan harta. Justeru, ketika membingcangkan tengtang jihad dan menyeru orang-orang islam untuk keluar berjihad, Allah Taala sering mendahulukan frasa “jihad dengan harta”, dengan tujuan untuk memberi semangat dan mendorong mereka berjihad, krana jihad dengan harta adalah lebih mudah dilakukan.

JIHAD DARI SEGI ADAT.

Dari segi adat dan kebiasaan masyarakat arab dizaman awal kedatangan islam, istilah jihad juga membawa maksud “berperang dan bertempur”. Semasa kedatangan agama islam di makkah, masyarakat Arab Quraisy telah mengguna pakai istilah jihad bagi menggambarkan peperangan, sehinggakan apabila disebut istilah jihad, terlintas di fikiran mereka peperengan dan pertempuran. Dari itu, boloeh disimpulkan bahawa terdapat kesepakatan dan persamaan antara makna jihad dari segi syara’ dan juga adapt masyarakat Arab. (Muhammad Khayr haikal: 1996 jil.1, 45)        

JIHAD DARI SEGI FIQH
Sacara keseluruhannya, definisi jihad yang diberikan oleh ulama’- ulama’ figh islam menjurus kepada maksud yang sama, iaitu berjihad merupakan keluar untuk berperang pada jalan Allah Taala. Berikut adalah beberapa definisi jihad  di kalangan beberapa mazhab utama didalam fiqh islam.
  • Mazhab Syafiie: “jihad adalah memerangi orang-orang kafir unuk menegakkan islam”. (wahbah al-zuhayli: 1997, jil.6 448)
  • Mazhab hanafi: “jihad adalah mengerahkan seluruh tenaga dan keupayaan untuk berperang pada jalan Allah, dengan nyawa, harta, lidah (kata-kata) dan lain-lain lagi…”(wahbah al-zuhayli: 1997 , jil.6, 448)
  • Mazhad Maliki: “jiha adalah pertempuran yang dilakukan oleh kaum muslimin terhadap orang kafir yang tidak mempunyai perjanjian, demi menegakkan kalimah Allah Taala, ataupun memasuki kawasan orang untuk memerangi mereka.”(Muhammad Khayr Haikal: 1996 jil.1, 44)

 HUKUM JIHAD
Hukum Jihad itu terbagi dua : Fardu A'in dan Fardu Kifayah. Menurut Ibnul Musayyab hukum Jihad adalah Fardu A'in sedangkan menurut Jumhur Ulama hukumnya Fardy Kifayah yang dalam keadaan tertentu akan berubah menjadi Fardu A'in.  
Fardu Kifayah :  
Yang dimaksud hukum Jihad fardu kifayah menurut jumhur ulama yaitu memerangi orang-orang kafir yang berada di negeri-negeri mereka.
Makna hukum Jihad fardu kifayah ialah, jika sebagian kaum muslimin dalam kadar dan persediaan yang memadai, telah mengambil tanggung-jawab melaksanakannya, maka kewajiban itu terbebas dari seluruh kaum muslimin. Tetapi sebaliknya jika tidak ada yang melaksanakannya, maka kewajiban itu tetap dan tidak gugur, dan kaum muslimin semuanya berdosa. 
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang karena uzur) dengan kelebihan satu derajat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada uzur) dengan pahala yang amat besar." (QS An-Nisa 95) 
Ayat diatas menunjukan bahwa Jihad adalah fardu kifayah, maka orang yang duduk tidak berjihad tidak berdosa sementara yang lain sedang berjihad. ketetapan ini demikian adanya jika orang yang melaksanakan jihad sudah memadai(cukup) sedangkan jika yang melaksanakan jihad belum memadai (cukup) maka orang-orang yang tidak turut berjihad itu berdosa. 
Dan jihad ini diwajibkan kepada laki-laki yang baligh, berakal, sehat badannya dan mampu melaksanakan jihad. Dan ia tidak diwajibkan atas: anak-anak, hamba sahaya, perempuan, orang pincang, orang lumpuh, orang buta, orang kudung, dan orang sakit. 
Imam Syafi'i mengatakan : "Jika tidak dalam keadaan darurat dan tidak ada uzur, perang tidak boleh diakhirkan hingga satu tahun." 

Fardu A'in 
Hukum Jihad menjadi Fardu A'in dalam beberapa keadaan: 
Jika Imam memberikan perintah mobilisasi umum. 
Jika Imam kaum muslimin telah mengumumkan mobilisasi umum maka hukum jihad menjadi fardu a'in bagi kaum muslimin yang memiliki kemampuan untuk melaksanakan jihad dengan segenap kamampuan yang dimilikinya. Dan jika Imam memerintahkan kepada kelompok atau orang tertentu maka jihad menjadi fardu ain bagi siapa yang ditentukan oleh imam. 
Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahwa nabi Muhammad saw bersabda pada hari Futuh Mekkah: 
"Tidak ada hijrah selepas Fathu Mekkah, tetapi yang ada jihad dan niat, Jika kalian diminta berangkat berperang, maka berangkatlah." (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Darimi dan Ahmad)
  Makna Hadist ini : "Jika kalian diminta oleh Imam untuk pergi berjihad maka pergilah" 
Jika bertemu dua pasukan, pasukan kaum Muslimin dan pasukan kuffar. 
Jika barisan kaum muslimin dan barisan musuh sudah berhadapan, maka jihad menjadi fardu ain bagi setiap orang Islam yang menyaksikan keadaan tersebut. Haram berpaling meninggalkan barisan kaum Muslimin. Allah berfirman : 
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur)". (QS Al-Anfal 15) 
"Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya." (QS Al-Anfal 16) 
Rasulullah saw bersabda : "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan, "Beliau saw ditanya: "Ya Rasulullah, apa tujuh perkara yang membinasakan itu?" Beliau saw menjawab : (1) Mempersekutukan Allah, (2) Sihir, (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali karena alasan yang dibenarkan Allah, (4)Memakan harta anak yatim, (5) Memakan riba, (6) lari dari medan pertempuran; dan (7) Menuduh wanita mu'minah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina)." (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, Thahawi, Baihaqi, Baghawi). 

Jika musuh menyerang wilayah kaum Muslimin. 
Jika musuh menyerang kaum muslimin maka jihad menjadi fardu ain bagi penghuni wilayah tst. Sekiranya penghuni wilayah tsb tidak memadai untuk menghadapi musuh, maka kewajiban meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan wilayah tst, dan seterusnya demikian jika belum memadai juga, jihad menjadi fardu ain bagi yang berdekatan berikutnya hingga tercapai kekuatan yang memadai. Dan sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin diseluruh belahan bumi. 
Ad Dasuki (dari Mazhab Hanafi) berkata : "Didalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba sahaya dan anak- anak mesikipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berpiutang.
 
Didalam kitab Bulghatul Masalik li Aqrabil Masalik li Mazhabil Imam Malik dikatakan : "...Dan jihad ini hukumnya fardu ain jika Imam memerintahkanya, sehingga hukumnya sama dengan sholat, puasa dan lain sebagainya. Kewajiban jihad sebagai fardu ain ini juga disebabkan adanya serangan musuh terhadap salah satu wilayah Islam. Maka bagi siapa yang tinggal diwilayah tersebut, berkewajiban melaksanakan jihad, dan sekiranya orang-orang yang berada disana dalam keadaan lemah maka barangsiapa yang tinggal berdekatan dengan wilayah tersebut berkewajiban untuk berjihad. 
Dalam keadaan seperti ini, kewajiban jihad berlaku juga bagi wanita dan hamba sahaya walaupun mereka dihalang oleh wali, suami, atau tuannya, atau jika ia berhutang dihalangi oleh orang yagn berpiutang. Dan juga hukum jihad menjadi fardu ain disebabkan nazar dari seseorang yang ingin melakukannya. 
Dan kedua ibu-bapa hanya berhak melarang anaknya pergi berjihad manakala jihad masih dalam keadaan fardu kifayah. Dan juga fardu kifayah membebaskan tawanan perang jika ia tidak punya harta untuk menebusnya, walaupun dengan menggunakan serluruh harta kaum muslimin. 
Ar Ramli (Dari Mazhab Syafi'i) mengatakan : "Maka jika musuh telah masuk kedalam suatu negeri kita dan jarak antara kita dengan musuh kurang daripada jarak qashar sholat, maka penduduk negeri tersebut wajib mempertahankannya, hatta (walaupun) orang-orang yang tidak dibebani kewajiban jihad seperti orang-orang fakir, anak-anak, hamba sahaya dan perempuan. 
Ibnu Qudamah (dari Mazhab Hambali) mengatakan :"Jihad menjadi fardu 'ain didalam 3 keadaan:
a. Apabila kedua pasukan telah bertemu dan saling berhadapan.
b. Apabila orang kafir telah masuk (menyerang) suatu negeri (diantara negeri negeri Islam), Jihad menjadi fardu ain atas penduduknya untuk memerangi orang kafir tsb dan menolak mereka.
c. Apabila Imam telah memerintahkan perang kepada suatu kaum, maka kaum tsb wajib berangkat. 

Bibiografi dan rujukan;

 Pusat pengakuan islam dan pembangunan social Universiti Teknologi Malaysia
http//www.daawah.com
 Dr. Ali Jrisyah, 1985. Pendakwah bukan pelampau, penterjemah Drs. Hj. Abdul Rahman Ahmad.
click ads for your tq @ like

No comments:

Post a Comment