Pages

Thursday, March 17, 2011

Idealism


Idealism ialah sistem yang menegaskan pentingnya fikiran, jiwa dan kerohanian. Seseorang boleh menjadi baik melalui pendidikan pengetahuan tulen tidak berbentuk material tetapi intelektual yang abadi. Kanak-kanak akan dipaksa untuk membentuk kesabaran dan keberanian. Setiap kanak-kanak mempunyai bakat yang melayakkan mereka menjadi pelbagai jenis pekerja.. asas reality adalah akal. Sebarang benda wujud pada dasarnya adalah mental dan akal sahaja bukan fizikal. Reality mental adalah personal. Epistemology adalah keluarkan idea semulajadi yang sudah ada dalam akal. Cabaran pengajaran pembelajaran adalah untuk mengeluarkan pengetahuan ini. Pengetahuan sebenar adalah basil taakulan sahaja kerana taakulan dapat memperlihatkan kerohanian sebenar.
 Pengetahuan lebih baik dikeluarkan daripada dicurahkan iaitu untuk merangsang pelajar mengeluarkan idea sendiri. Aksiologi pula ialah nilai adalah mutlak,tidak berubah  kita perlu beri pujian kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik dan tegur jika salah. Guru sebagai model moral dan budaya.  Guru berperanan sebagai pembimbing dan pelajar digalakkan mencari kebenaran sendiri.dan perlu memberi peluang kepada murid menyelidik sendiri.
Realism dikenali sebagai materialism/naturalism. Ia hanya melihat alam kebendaan iaitu fizikal sebagai reality   Oleh itu apa sahaja yang diluar alam fizikal dianggap bukan reality. Aristotle mengganggap reality hanya kebendaan sahaja yang nyata dan reality adalah kebendaan dan kerohanian. Semua benda termasuk fikiran dan kerohanian adalah reality. Pendidikan merupakan proses membangunkan seseorang bagi membolehkannya mengenali kebenaran.matlamat pendidikan adalah memperolehi pengetahuan mengenai alam dan bagaimana dunia bekerja. Menurut pandangan realis,kurikulum perlu mengandungi kemahiran membaca dan mengira bagi membantu pelajar mengetahui budaya dalam bentuk bertulis.prinsip asas sains bagi memperkenalkan pelajar aturan alam semulajadi. Secara umumnya realis melihat pendidikan sebagai berpusatkan disiplin dan berpusatkan guru. Guru sebagai orang yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran. Guru perlu patuh terhadap disiplinnya dan perlu membawa kebenaran sebaik mungkin. Pada pandangan saya,pendidikan digambarkan sebagai tradisi iaitu berpusatkan disiplin dan berorientasikan guru. Tujuan pendidikan adalah untuk membina dalaman pelajar agar mempunyai tabiat belajar sendiri.

Aliran pragmatism dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat. Falsafah ini dikenali sebagai eksperimentalism, empirisisme, instrumentalism dan fungsionalisme. Mereka percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan reality. Pragmatism berpegang kepada pengalaman dan pengalaman manusia berdasarkan reality. Falsafah ini memberi tumpuan yang lebih kepada aspek epistemology dan aksiologi. Ia sentiasa berubah dan boleh diperturunkan satu benda ke satu benda. Dari segi metafizik, idea manusia adalah neutral  Reality adalah interaksi antara manusia dan alam sekeliling. Aspek aksiologi pula percaya bahawa nilai adalah relative dan tidak berubah apabila amsyarakat berubah.
Dalam pendidikan, sesuatu disiplin mestilah tidak bertentangan dengan minat pelajar. Kanak-kanak belajar dari sifat ingin tahu dan tidak semestinya mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan. Kita belajar membuat keputusan terhadap tindakan moral supaya dapat diterima orang lain. Mengikut perspektif pragmatisme, guru menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam proses pengajaran iaitu belajar yang ingin kita tahu. Guru mestilah wujudkan situasi pengajaran yang berkaitan dengan masalah tertentu pada pandanagn saya, pelajar akan dianggap sebagai organisme aktif yang berusaha secara berterusan untuk membentuk pengalaman. Selain itu,pelajar akan lebih memahami tentang alam social dan fizikal sekeliling mereka apabila cuba menyelesaikan masalah dan pelajar akan belajar mengenai alam ini apabila ia terjadi pada dirinya. Kesimpulannya semua pelajaran akan menjadi mudah jika palajar berminat dan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi dalam diri. Saya berpendapat aliran ini lebih sesuai digunakan di sekolah dan kita menggunakan dalam system pendidikan.
Menurut pandangan ahli falsafah barat.eksistensialism ini terlalu individualistic dan terlalu bergantung atas factor yang terlalu sujektif. Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas daripada norma-norma masyarakat. Pada pandangan saya, falsafah ini bertentangan dengan idealisme dan realisme  kerana ia lebih mengutamakan pengalaman yang diperolehi daripada deria. Hal ini kerana kita tidak tahu sama ada pengalaman itu betul atau salah. Kebanyakan idea beasal daripada laissez-faire. Aliran ini lebih kepada kehendak inidividu itu sendiri. Ia terpulang kepada diri sendiri tidak tertakluk pada orang lain tertakluk kepada penilaian tafsiran sendiri. Maksudnya manusia bebas membuat pilihan sendiri dan buat pilihan hala tuju diri sendiri. Ia tidak bergantung pada masa lampau. Aspek epistemology pula berpendapat pengetahuan seseorang berpunca daripada pengalamannya. Apa yang dilihat akan beri makna kepada pemahaman sendiri  Saya berpendapat aliran ini tidak sesuai dengan system dinegara kita kerana kita tidak tahu samaada tindakan itu betul atau salah. Kebanaran mutlak tidak wujud.contohnya kita kata manusia adalah manusia tetapi eksistensialisme mempersoalkan bagaimana manusia berada dan tujuan apa. Aksiologi pula menyatakan kebenaran  bergantung kepada individu iaitu kebebasan berfikir mengikut apa yang dirasakan betul. Contohnya kita dipenuhi produk zaman saintifik seperti televisyen tetapi sumbangan teknologi tidak semestinya positif bagi individu tertentu.
            System pendidikan, tiada falsafah di sekolah. Oleh itu,ada individu yang menentang kuasa-kuasa yang menafikan kebebasannya.Pelajar mesti didorong untuk megenali dan memahami kebebasan mereka sebagai manusia. Guru mesti menghormati kebebasan pelajar. Guru tidak boleh mengenakan tindakan disiplin tetapi guru meminta setiap pelajar menerima disiplin yang dianggap berfaedah baginya. Pada pendapat saya sisitem pendidikan ini tidak sesuai dalam Negara kita kerana ia lebih kepada kewujudan individu. Pelajar bebas belajar dan hanya diperhatikan oleh guru dan guru perlu menghormati kebebasan pelajar.
click ads for your tq





No comments:

Post a Comment