Pages

Wednesday, March 16, 2011

DEFINISI FUNDAMENTALISME


Penghargaan
اسلام علايكم ورحمة الله وبركتهِ
Bismillahirrahmanirrahim


           
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah kami menyiapkan Kerja Khusus Islam dan Isu-Isu semasa yang bertajuk “Fundamentalisme dan Ekstremisme” ini. kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  pensyarah iatu Ustaz Sulaiman Shakib Bin Mohd. Noor yang banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami semasa dalam proses menyediakan folio ini. Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa, Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), rakan-rakan dan semua yang telah banyak memberi bimbingan dan juga sokongan semasa proses menyiapkan folio ini.

             Folio Islam Dan Isu-Isu semasa ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan  juga sedikit sebanyak sebagai panduan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus ini. Ia juga diharapkan dapat digunakan sebagai panduan semasa para palajar terutama yang bakal mengambil alih dan mewarisi masa depan Negara. Folio ini pada amnya adalah merupakan kesinambungan daripada hasil pembelajaran dalam bilik kuliah. Ia banyak membincangkan tentang hal-ehwal semasa dan juga isu-isu pada masa ini yang berkaitan dengan “Fundamentalisme dan Ekstremisme”. Semoga dengan terbitnya folio ini, ia sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai rujukan kepada semua. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang silap dan salah pada folio ini. Kita sendiri sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kecuali Dia, Allah yang maha esa.

                 Wassalam, sekian terima kasih. 

1.FUNDAMENTALISME

1.1-DEFINISI FUNDAMENTALISME

J.J. Tamaya Acosta telah mendefinisikan fundamentalisme sebagai sikap yang memaksa agama dan kepercayaan terhadap seluruh umat manusia. Manakala Martin E. Marty dan Scott Appleby menganggap fundamentalisme sebagai kecenderungan berpisah dari teman seagama dan membina sempadan yang ketat antara orang luar dan orang dalam.

 Antara ciri-ciri fundamentalisme menurut beliau adalah sentiasa mendefinisikan sistem politik Islam sebagai sebuah sistem, politik yang ditegakkan atas perlaksanaan syariat Islam. Selain itu, bersikap anti demokrasi dan keputusan-keputusan hanya ditentukan oleh sekelompok elite iaitu para ulamak. Ciri-ciri lain menurut beliau ialah cenderung dengan formalistic ritual yang biasanya bercirikan pakaian Arab, Berpandangan yang sempit dan egoistic. Menurut beliau lagi, fundamentalisme melihat dunia moden tidak memberikan apa-apa menfaat untuk manusia dan juga bersedia menggunakan keganasan untuk mencapai visi. (Dr Ibrahim Yaakob, 2003: halaman 2-3)

Webster Dictionary mendefinikan fundamentalisme sebagai “Movement or attitude stressing strict and literal adherence to a set of basic principles”(Dr Tamar Jaya dan Dr Habibah, 2000: hal 66). Fundamentalist adalah bentuk kata namanya dan fundamentalistic adalah bentuk kata sifatnya. Muhammad Heikal, seorang wartawan Mesir mendefinisikan Fundamentalisme sebagai, “ A movement which aims at a return to the basic ideas and practices which characterized Islam in its earliest day”

Sebenarnya di kalangan sarjana Islam dalam menanggapi konsep Fundamentalisme  terdapat beberapa pendapat yang berbeza . A.S Sidahmed dalam bukunya “ Islamic Fundamentalims” tidak dapat menerima penggunaan istilah fundamentalisme untuk mana-mana aliran atau gerakan Islam kontempori. Jika melihat asal mulanya istilah fundamentalisme di Barat, ia tidak mungkin dapat digunakan dalam masyarakat Islam yang rata-rata semua aliran masih komited dan berpegang teguh pada prinsip-prinsip asas ajaran Islam. Jadi setiap muslim adalah fundamentalisme. Beliau menegaskan;“Thus the word “fundamentalisme” with its original Christian implications, should not be brought into an Islamic context for reasons associated both with the particularity of Islam itself and with the discouse of the contemporary Islamist movements.”

Fazlur Rahman pula menggangap fundamentalisme sebagai gerakan menentang westernisasi dan sekularisasi di dunia Islam. Fundamentalisme adalah merupakan gerakan yang menampilkan Islam sebagai sistem alternatif, sebagai pergerakan yang membebaskan pemikiran umat dari tradisi lama dari intelektual dan spritual Barat.

Dr Yusuf Al-Qardawi (1984) pula berusaha memahami realiti gerakan-gerakan komtemporari umat Islam dan mencuba mengaitkan dengan istilah fundamentalisme. Hakikat fundamentalisme merujuk kepada semua upaya, aktiviti dan gerakan yang berhasrat membawa menusia kepada tuntutan agama Islam. Fenomena ini dianggap positif kerana itu Qardawi menyebutnya dengan istilah “al- Sahwah al-Islamiyyah” atau keabngkitan Islam.

Fundamentalisme dalam Islam harus dirujuk kepada 3 asas sumber agama Islam yang telah menjadi pegangan umat Islam sejak empat belas abad yang lalu. Asas pertama ialah Al –Quran, kedua ialah Al-Sunnah dan ketiga Ijtihad. Makna kepada 3 asas ini berkaitan dengan prinsip-prinsip fundamentalisme iaitu rukun Iman yang enam, rukun Islam yang lima. Selain itu, ketetapan-ketetapan syariat yang sudah putus dan pasti yang merangkumi perkara-perkara halal-haram dalam hubungan antara manusia, keluarga, masyarakat dan negara yang berkaitan dengan jenayah, keadilan, keamanan, kemaslahatan dan fitrah Dan ynag terakhir sekali ialah asas-asas akhlak yang mengandungi nilai-nilai kebenaran, kebaikan, keindahan dan kemakmuran. Fundamentalisme hakikatnya adalah komited terhadap semua prinsip aqidah, syariat dan akhlak dalam pemahaman, keyakinan, pengamalan, dakwah dan perjuangan. Tegasnya umat Islam yang mempunyai komitmen yang kukuh terhadap prinsip-prinsip ini wajar dinamakan sebagai golongan fundamentalis.

1.2-PANDANGAN-PANDANGAN SEKITAR FUNDAMENTALISME

            Bagi Barat, khusus media-medianya sering menggunakan istilah fundamentalisme dengan konotasi negatif untuk menyebut gerakan-gerakan Islam berhaluan keras seperti Lybia, Algeria, Lubnan dan lain-lain negara di timur tengah. Dalam konteks Barat, Fundamentalisme Islam tidak bererti islam yang kejam, Islam yang terkebelakang, dan sejajar dengannya. Sebahagian besar sarjana muslim enggan menggunakan istilah fundamentalisme kerana istilah itu bernada negatif jauh dari maksud sebagai gerakan sosial dan keagamaan yang mengajak umat Islam kembali kepada prinip Islam yang fundamental, kembali kepada kemurnian etika dengan cara mengintergerasikan secara positif (dengan doktrin agama), kembali kepada keseimbangan hubungan antara manusia dan masyarakat dan manusia dengan keperibadiannya.

            Golongan fundamentalisme yang dikemukakan oleh sarjana barat dan muslim seperti Patrick Bannerman, Allan Taylor, Bassam Tibi dan Fazlur Rahman. Bagi Taylor dalam bukunya The Islamic Question In Middle East (1988), adalah kelompok yang melakukan pendekatan konservetif dalam melakukan reformasi keagamaan, bercorak literalis dan menekankan kepada permurnian doktrin. Bagi Patrick Bannerman pula, Politics and Law (1988), kaum fundamentalisme ialah kelompok ortodoks yang benar-benar bercorak rigid dan taksub yang bercita-cita untuk menegakkan konsep-konsep keagamaan dari abad ketujuh Masihi, iaitu Doktrin Islam dari zaman klasik.

            Bagi Fazlur Rahman pula, dalam Islam dan Mordenity (1985), kelompok fundamentalis amat suka kepada slogan-slogan yang bercorak diskintif (penentu) tetapi pada hakikatnya mereka adalah kelompok yang anti – intelektual. Menurutnya lagi, pemikiran fundamentalisme tidaklah berakar dari Al-Quran dan budaya intelektual tradisional islam.

Fouad Ajami yang mengatakan kelompok fundamentalis memandang persoalan masyarakat secara simplistic dan mempunyai kecenderungan menafikan pluralisme. Bagi kelompok fundamentalisme, misalnya Sayyid qutb (pemimpun gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir), di dunia ini hanya ada dua jenis masyarakat iaitu masyarakat Islam dan Jahiliah. Antara kedua-dua jenis masyarakat ini tidak mungkin ada titik temu kerana yang satu adalah haqq (benar), sedang yang lain adalah yang batil (sesat) dan bersifat thaught (berhala)

            Sarjana Turki, Hrair Dekmejan dalam buku Islam and Revolution: Fundamentalist
In the Arab World (1981) menyatakan jihad dan menegakkan hokum Allah adalah satu slogan yang utama untuk kelompok-kelompok fundamentalis. Mereka cenderung membakar emosi dengan slogan-slogan yang mempertahankan dan syahid pembela Islam, dibandingkan dengan penggunaan cara-cara pemikiran yang rasional dan intelektual. Ringkasnya, menurut Dekmejian, kelompok fundamentalis lebih cenderung bersikap doktriner dalam menyingkapi persoalan-persoalan yang dihadapi, namun kurang berusaha di dalam memikirkan segi-segi praktikalnya yang secara implementatif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakatnya.

Menurut Bassam Tibi dalam Ancaman Fundamentalisme: Rajutan Islam Politik dan Kekacauan Dunia Bam (2000), terjemahan daripada buku The Challenge of Fundamentalisme: Political islam and The New World Disirder, fundamentalisme Islam yang wujud dalam konteks zaman kontemporari bukan lagi eujud sebagai kepercayaan spiritual, tetapi sebagai ideology politik yang didasarkan kepada politisasi agama untuk tujuan-tujuan sosiopolitik dalam rangka menegakkan hokum Tuhan.

Kelompok-kelompok fundamentalis berpendapat bahawa orang yang hidup pada zaman awal lebih memahami maksud-maksud doktrin agama yang selalu disinonimkan dengan zaman Nabi dan para sahabat. Kelompok fundamentalis berpandapat bahawa orang yang cenderung melihat masyarakat secara ‘hitam putih’ iaitu antara masyarakt Islamik yang meyakini dan mengamalkan doktrin secara menyeluruh dengan masyarakat jahiliahyang tidak meyakininya. Ini adalah kerana golongan fundamentalis cenderung bersifat tertutup daripada diadaptasi dengan prestasi-prestasi baik peradaban yang telah dikembangkan oleh masyarakat lain. Bagi para fundamentalis, manusia di dunia ini dihadapkan kepada dua pilihan iaitu menjadi mukmin ataupun menjadi kafir. Lebih daripadas itu, para fundamentalis agama ialah para aktivis ideologis dan politik terutama yang berkaitan dengan kekuatan politik yang akan mewarnai politik global.

Berbeza dari pandangan di atas, seorang sarjana Barat, Karen Amstrong, di dalam bukunya Berperang Demi Tuhan: Fundamentalisme dalam Islam, Kristian dan Yahudi (2001), karya terjemahan daripada The Battle for God, mengungkapan secara positif tentang bagaimana dan mengapa kelompok-kelompok fundamentalisme muncul, dan apa tujuan mereka sesungguhnya. Amstrong secara positif melihat kelompok-kelompok fundamentalis sebagai gerakan yang kompleks, inovatif dan moden berbanding sekadar sebuah fenomena keagamaan yang ingin kembali ke zaman silam. Menurut amstrong lagi, gejalamodenisme dan sekularisme telah bnayak merosakkan ajaran agama. Oleh itu, lahirnya kelompok fundamentalis adalah untuk mempertahankan ajaran ‘pemunian agama’. Namun begitu, menurutnya lagi tidak semua kelompok fundamentalis bercorak radikal dalam mencapai cita-cita mereka. Ada yang sudah akomodatif dan realistic dengan perubahan –perubahan zaman yang berlaku, samada politik, sosial mahupun ekonomi. Masalahnya timbul apabila kedua-dua pihak yang bertentangan tidak cuba memahami antara satu sama lain kerana kepantinan kelompok mengatasi sagala sesuatu yang bersifat sacral dan pemurnian.

Amstrong yakin bahawa ajaran-ajaran fundamental dalam semua agama termasuk Islam amat menghargai toleran, terbuka dan plural. Namun apabila fundamentalisme difahamkan sebagai milik eksklusif (hanya agama atau yang benar), ketika itulah fundamentalisme berwajah negatif. Akhirnya terorisme, radikalisme dan militanisme menjadi sinonim dengan agama. Pandangan-pandangan yang dikemukan di atas sebenarnnya mesti perlu diperhalusi dan diklasifikasikan dengan lebih lanjut agar masing-masing dapat ditempatkan sesuai dengan cirri-ciri yang ada. Secara umumnya golongan fundamentalis dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok mengikut perbezaan pendekatan yang diambil.

Tetapi Yusuf al-Qardawi berbeza dari yang lain, beliau malah lebih memahami reality gerakan-gerakan kontemperori umat Islam dan cuba mengaitkannya dengan istilah fundamentalisme yang dipakai dan mengetepikan apa yang ada pada nama dan label tetapi yang harus menjadi pertimbangan adalah substansi yang ada di balik nama tersebut. Pengertian haruslah jelas tanpa mengandungi kesamaran, agar yang benar tidak bercampur dengan yang batil. Demikianlah halnya, fundamentalisme. Menurut beliau lagi istilah Islam yang paling tepat untuk menamakan semua upaya gerakan islam masa kini adalah apa yang disebutnya ‘Al-Sahwah Al-Islamiyyah’ atau kebangkitan Islam.

Pada dasarnya penggunaan istilah fundamentalisme dalam dunia Islam harus dirujuk kepada tiga fundasi atau asas sumber agama Islam iaitu yang menjadi pegangan umat Islam sejak empat belas abad yang lalu. Fundimasi yang pertama ialah al-Quran, kedua ialah Al-Sunnah dan yang ketiga ialah Ijma’ atau kepaksaan umat. Tetapi apabila kita melihat fundasi dari segi asas, dasar dan prinsip-prinsip Islam, kita akan mendapatkan empat hal yang fundamental iaitu rukun iman yang enam, rukun islam yang lima, ketetapan-ketetapan syariat yang sudah putus dan pasti yang merangkumi perkara-perkara halal haram dalam hubungan antara manusia, keluarga, masyarakat dan negara yang yang berkaitan dengan jenayah, keadilan, keamanan, kemasalahan dan fitrah. Dan yang terakhir sekali iaitu asas akhlak yang mengandungi nilai-nilai kebenaran, kebaikan, keindahan dan kemakmuran.
Fundamentalis yang murni adalah yang komited terhadap semua fundasi ini. Baik dalam pemahaman, keyakinan, pengalaman dan dakwah kepadanya. Jadi, sesiapa pun antara umat Islam yang mempunyai komitment yang kukuh terhadap prinsip-prinsip itu adalah fundamentalis.

1.3-KELOMPOK FUDAMENTALIS DAN CIRI-CIRINYA

            Yusuf Al-Qaradawi telah mengklasifikasikan golongan Fundamentalisme kepada empat kelompok iaitu:

1.3.1-Kelompok Takfir        

            Kelompok ini lahir pertama kali di Mesir. Mereka mempersepsikan masyarakat atau individu sebagai kafir kecuali orang-orang percaya kepada prinsip-prinsip mereka dan bergabung ke dalam jamaah mereka. Hanya mereka sahaja yang layak dipanggil Jama’ah Muslimin. Kelompok ini mempunyai pandangan yang sangat berbahaya kerana hal itu dapat menheret mereka menghalalkan darah dan harta orang lain.

            Penasihat kedua al-ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Hudaibi menyanggah pandangan  mereka dalam bukunya, Du’at Qudhat. Bagaimanapun terdapat pendapat-pendapat yang menyalahkan pihak tentera Mesir ketika itu, yang melahirkan kelompok tersebut untuk melibatkan jamaah-jamaah Islam yang lain.

1.3.2-Kelompok Garis Keras (Hard Liner)

            Kelompok ini lebih memperlihatkan penggunaan kekerasan dan senjata untuk menghadapi kebatilan yang mereka yakini dan merubah kemungkaran yang mereka lihat, sekalipun tidak sekeras Kelompok Takfir. Mereka akan mengisytiharkan jihad terhadap sesiapa saja yang menghalangi kewajiban-kewajiban Islam dan syariat-syariat yang nyata dan baku, meskipun akan membawa akibat-akibat lain yang lebih parah.
            Menurut Yusuf Al-Qardawi, lahirnya kelompok garis keras ini lebih merupakan reaksi terhadap setengah pemimpin Islam yang tidak acuh kepada meningkatkan kemungkaran dalam kehidupan masyarakat, lebih suka menggunakan undang-undang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, memperbolehkan riba, khamr dan zina serta meniadakan hukuman berdasarkan syariat. Faktor lainnya adalah suburnya sistem sekularisme dan secara terang-terangan memusuhi Islam. Satu-satunya Islam yang diterima Islam khurafat, yang berlandaskan berbagai-bagai corak syirik, Islam di perkuburan, acara-acara perayaan yang menolak kemajuan keduniaan dan mengabaikan di atas sebab-sebab dan sunnatullah serta lain-lain lagi yang tidak ada kaitannya dengan inti ajaran Islam yang sebenar.
           
1.3.3-Kelompok Literalis (Berpegang Pada Zahir-Teks)

            Kelompok ini dikenali dengan kelompok jumud dalam pemikiran, literal dalam fikah, suka kepada fatwa yang sulit dan keras dan kaku dalam dakwah. Antara ciri-ciri kelompok ini adalah : mereka menolak usaha pembaharuan dalam agama dan ijtihad dalam fikih. Mereka lebih zahiriah dari Ahli Zahir yang terdahulu sedangkan mereka tidak mempunyai keluasan ilmu seperti Ahli Zahir. Mereka lebih memerhati kepada soal-soal furu’iyyah dalam agama dan mengabaikan hal-hal yang sudah disepakati. Meskipun kelompok ini literal dan jumud tetapi mereka tidak menggunakan kekerasan yang membawa kepada pertumpahan darah.

1.3.4-Kelompok Al-Wasatiyyah (Sederhana)

            Kelompok ini merupakan majoriti golongan fundamentalisme Islam. Ciri-ciri kelompok ini antaranya: mereka lebih mengutamakan hal-hal yang memudahkan dalam agama dan menghindari jalan-jalan yang menyulitkan. Dalam masalah ijtihadiah, mereka membebaskan diri daripada fanatisme mazhab dan fleksibel terhadap perubahan zaman, tempat, tradisi dan keadaan. Mereka sering membawa pembaharuan dalam pemikiran agama kerana bagi mereka pintu ijtihad sentiasa terbuka luas hingga hari kiamat. Bentuk-bentuk pemikiran kelompok al-Wasatiyyah sentiasa berdasarkan kepada kesederhanaan, kemoderatan, dan sikap mengambil jalan tegah dalam masalah-masalah umat. Mereka berada di tengah-tengah antara penggunaan nas dan akal, antara mazhabiyyah dan ia mazhabiyyah, antara furu’ dan usul dan antara berlebihan dalam mengharamkan dan terlalu bebas dalam menghalalkan.   

1.4-FAKTOR FUNDAMENTALISME

Fundamentalisme merupakan fenomena yang muncul, dari ideology protes atau ideology kaum oposisi. Ia bangkit sebagai sentaja melawan kezaliman pihak berkuasa yang menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya pemerintahan Sekular dan Liberalisme yang memporakperandakan nilai-nilai umat. Dari sini lahir, segolongan masyarakat yang ingin melihat kembali kesucian  dan kemurnian ajaran Islam. Modersnisme, Amerikanisasi atau Pembaratan yang merusuk sendi-sendi budaya masyarakat ikut andil meyebabkan lahirnya fundamentalisme Islam baik melalui program-program pemerintah lokal mahupun yang berupa tekanan-tekanan negara luar yang ingin memaksa perubahan-perubahan yang negatif di kalangan masyarakat Islam untuk kepentingan mereka.

            Persepsi yang keliru terhadap Islam kerana kedangkala pengetahuan keagamaan tetapi tidak mampu atau tidak cukup alat untuk memahami teks-teks agama yang sebena, di tambah lagi dengan arus kuat kemajuan sains dan teknologi yang bebas nilai serta timbulmya kecemburuan  terhadap suburnya nilai-nilai seperti materialistik, sekularisme, dan liberalisme adalah faktor yang menyumbang wujudnya fundamentalisme yang agak radikal dalam tindakan mereka. Nilai-nilai agama yang selama ini menjadi pegangan umat secraa gradual mengalami kemerosotan. Issam akhirnya menjadi asing di negara sendiri. Sikap masyarakat yang terlalu jauh agama dan tidak acuh terhadap ajaran-ajaran Nabi s.a.w apalagi terdapat di kalangan mereka yang anti dan meendahkan ajaran agama, sehingga melahirkan tindak balas yang sangat simpatik dan antusias terhadap Islam dalam cara berpakaian, makan minum, tidur dan cara bergaul yang ingin mencontohi apa saja yang dilakukan oleh Rasul dan para sahabat
            Faktor modernisme yang dilakukan di negara-negara Islam dengan beroreintasikan ke Barat, telah menimbulkan berbagai-bagai impak psikologi apabila muncul krisis identiti di kalangan generasi muda Islam terutama di kawasan-kawasan bandar utama. Kesenjangan sosial antara yang kaya dengan yang miskin begitu jelas dan sering dengan itu munculnya pula berbagi masalah sosial seperti pengangguran, kadar jenayah yang tinggi, pola kehidupan konsumerisme yang tidak terjangkau oleh majoriti rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Faktor-faktor ini seringkali disertai dengan sikap opressif pihak penguasa, sehingga melahirkan dimensi politik fundmentalisme yang semakin menonjol.

            Kemudian di tengah arus modenisasi yang cenderung merelatifkan nilai-nilai dapat diertikan jika terdapat segolongan masyarakat Islam mula merasakan kehilangan terhadap-terhadap pegangan rohani yang selama ini menjadi sumber inspirasi dan ketenteraan jiwa terutamanya dalam kehidupan dunia yang semakin secular. Mereka mula jemu dengan linkungan yang serba bebas nilai ini. Oleh itu, kembali kepada Islam menjadi satu-satunya cara alternatif untuk mempertegaskan jati diri yang semakin terancam oleh perubahan- peruabahan.   

1.5-PENYELESAIAN

Fundamentalisme bukanlah satu masalah sosial ataupun ekonomi, tidak juga masalah agama yang kritikal, kerana ianya hanyalah satu gejala yang sementara yang terjadi dalam dinamika kehidupan sosial. Atau boleh dikatakan sebahagian daripada sumber sunnatullah yang terjadi kerana factor-faktor tertentu. Apalagi di kalangan fundamentalis terdapat mereka yang ikhlas memperjuangkan ‘agama Allah yang dirasakan hampir terancam eksistensinya di tengah-tengah masyarakat Islam sendiri. Kepada mereka Yusuf al-Qardawi maksudkan dengan istilah ‘al-sahwah al-Islmaiyyah’.

Namun haruslah diakui sebahagian fundamentalisme memang tidak mempunyai sesuatu kerangka intelektual yang canggih kerana ridgitinya dan sulit untuk mengenalpasti perubahan –perubahan kerana dikotismenya. Tetapi substansi persoalan agama yang sebenarnya terletak pada pengabaian terhadap ajaran-ajaran fundamental Islam dalam kehidupan umat di samping terdapatnya cukup banyak ‘agama-agama’, aliran-aliran ideology yang diseludupakan, bahkan sampai kepada amalan-amalan syirik seperti tahayyul, bid’ah, khurafat, sihir dan lain-lain lagi yang jauh dari semangat intelektual, bahkan anti intelektual masih bebas bergentayangan di hadapan mata dan sangat mengecam eksistensi Islam keseluruhannya. Semua elemen-elemen negetif di atas adalah termasuk antara faktor-faktor internal yang paling dominan mempengaruhi munculnya fundamentalisme.

Maka, jalan penyelesaian adalah dengan menggembeleng seluruh tenaga baik melalui reformasi  pendidikan dan toleransi akidah, dakwah yang menyeluruh dan kegiatan-kegiatan-kegiatan sosial yang merata berlandaskan syariah dengan menyelesaikan dulu factor-faktor yang menjadi penyebab lahirnya gerakan fundamentalisme, seperti akidah yang rapuh, pemimpin yang korup, masyarakat yang jahil lagi murakkab, pendidikan yang tidak seimbang, pengetahuan dan penghayatan Islam yang setengah-setengah dan dangkal.
2.EKSTERIMISME
2.1-DEFINISI EKSTREMISME
Ekstremisme diambil dari bahasan Latin iaitu ekstremus, dari kata ekster, exterus yang bererti di luar; pada tingkat atau kadar yang paling maksimum; terletak di tempat yang paling jauh dari sentral; melampaui kadar biasa ; dan keadaan yang berlebih-lebihan. Dalam bahasa Arab, perkataan ekstremisme sinonim dengan kata-kata ‘tatarruf’, ‘tasyaddud’, ‘tanattu’,  dan ‘ghuluw’ yang juga bererti berada di tepi yang jauh dari tenganh, berlebih-lebihan, keterlaluan dan melampaui kadar biasa. Pada asalnya kata tataruf dipakai untuk hal-hal abstrak seperti dalam agama, pemikiran, dan kelakuan. Orang yang melakukannya dinamakan ‘al-Mutatarrifun’. Lawan kata ekstrem adalah wajar, biasa moderat, normal, sedarhana, sedang dan pertengahan. Secara termologis, ekstremisme dapat diertikan sebagai suatu sikap  fikiran atau tindakan yang berlebih-lebihan dan melampaui had wajar yang terkeluar dari kebenaran agama dan akal yang yang sihat.

Di samping itu, terdapat bentuk ektremisme yang agresif iaitu sikap atau kehendak yang berlebih-lebihan itu dipaksakan kepada orang lain. Sikap ekstrem sebagaimana yang terdapat dalam nas-nas lebih sering digambarkan dengan istilah al-ghuluw secara negatif, iaitu dikaitkan kepada suatu perbuatan yang dilakukan secara berlebih-lebihan sehingga melampaui apa yang diajarkan oleh syariah. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:   "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."  (Surah al-Ahzab : 58)    Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:   "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil."  (Surah al-Baqarah : 143)   Apabila kita memikirkan makna ayat ini kita akan dapati bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menyukai sikap ekstrem (melampau) dalam agama. Bahkan Allah S.W.t. mengingatkan kita agar bersederhana dan menjauhi sikap ekstrem ini. Apakan tidak, sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri telah bersabda yang mafhumnya: "Hendaklah kamu menjauhi sikap ekstrem kerana sesungguhnya ia telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu".

2.2-SEJARAH KEMUNCULAN

Sesungguhnya telah masuk ke dalam Islam satu kaum yang bersih hati-hati mereka daripada kekotoran taklid jahiliah yang penuh dengan kebencian dan kebusukan Asabiyah dan suci hati mereka menerima apa yang diseru oleh Rasulullah s.a.w. dan mereka merupakan orang-orang yang adil serta sederhana dan ahli tauhid dan mereka merupakan golongan yang selamat.   Terdapat pula golongan yang masuk ke dalam Islam demi untuk menimbulkan kacau-bilau dan mengucar-ngacirkan umat. Mereka itu adalah orang yang tidak terbuka dada mereka untuk Islam dan tidak bersih hati mereka daripada mazhab-mazhab yang menghancurkan dan pemikiran yang sakit. Mereka ini berselindung di sebalik nama Islam dan amal Islami. lalu mereka ini menyebarkan keburukan dan memecah-belahkan barisan. Di antara mereka ini ada yang menyeru kepada apa yang diseru oleh orang Majusi dan ada pula yang menyeru kepada apa yang dilakukan oleh para penyembah berhala sebelumnya. Pada masa yang sama mereka mendakwa bahawa mereka ini Islam dan menyeru kepada Islam. Bilangan mereka ini menjangkau sehingga tujuh puluh golongan.  

Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, orang Islam berada di atas satu landasan agama, dalam perkara-perkara pokok (usul) dan cabang-cabangnya melainkan mereka yang menzahirkan persetujuan mereka dan menyembunyikan sifat nifaq mereka. Kemudian muncul pula fitnah orang murtad, Musailamah al-Kazzab, orang yang aniaya yang keluar daripada kepimpinan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (r.a). Sebagaimana yang kita ketahui bahawa adalah tidak harus seseorang itu keluar daripada kepimpinan seorang hakim melainkan apabila zahir padanya kekufuran yang nyata sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud,   “Barangsiapa yang membenci satu perkara pada pemimpinnya, maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya barangsiapa yang keluar dari kepimpinan seorang pemimpin lalu dia meninggal dunia, maka matinya itu, mati seorang yang jahil”.   Dalam hadis sahih yang mahsyur yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,   “Dan janganlah kita membantah arahan seorang pemimpin melainkan sekiranya terlihat padanya kekufuran yang nyata”.   Kemudian dari itu muncul pula fitnah Khawarij yang mengkafirkan Ali dan Muawiyah dan dua orang hakim iaitu Abu Musa al-Asyari dan Amru bin al-' Aas berpunca dari al-tahkim dan mereka ini mengkafirkan tentera-tentera perang Jamal, Talhah, Zubair, Aisyah dan semua yang reda dengan tahkim dua orang hakim tersebut.

  Mereka juga mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa dari kalangan orang muslim tanpa mengira sarna ada dosa itu kecil atau besar. Ini bercanggahan dengan apa yang telah disepakati oleh ahli sunnah wal jamaah bahawa tidak menjadi kafir seorang Islam itu dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya. Kemudian muncul pula fitnah al--Mu'tazilah al-Qadariyah yang mengatakan bahawa semua perbuatan adalah dari hamba tanpa campur tangan Pencipta.   Kemudian bilangan mereka semakin berkurangan. Perkembangan ilmu telah menjadi satu jaminan untuk memahamkan para muslimin bahawa apa yang dilakukan oleh para pemimpin bukanlah untuk memerangi Islam tetapi untuk menguburkan fitnah dan mengalahkan orang yang telah melakukan kerosakan. Kita dapati bahawa golongan ekstremis ini telah berkurangan sehingga tidak lagi mampu memberikan kesan terhadap golongan majoriti daripada kalangan pengikut akidah yang benar.   Apabila ilmu menjadi semakin berkurangan di kalangan manusia dan para ulama pula meninggalkan tugas mereka, dan para pemerintah berlengah-lengah dalam membanteras anasir-anasir asing yang wujud dengan pelbagai nama dan bermacam-macam cara itu, maka fitnah pun menjadi semakin besar lalu manusia pun berpecah-belah menjadi berpuak-puak dan saling bermusuhan maka lemahlah umat di hadapan pukulan yang bersilih ganti daripada bantahan yang muncul akibat berkembangnya pemikiran ekstrem ini. Kejatuhan ini adalah satu kejatuhan yang besar.

Oleh sebab ekstremisme ini adalah punca penyelewengan pemikiran di kalangan majoriti yang terdiri daripada kalangan pengikut akidah yang benar sepanjang zaman dan para penyeleweng ini mendapati bahawa mereka adalah golongan minoriti, maka mereka telah mengadakan perkumpulan rahsia untuk memastikan kesinambungan mereka dan beginilah caranya penyelewengan yang dahulu beralih ke zaman ini. AI-Musyabbahah al-Mujassamah, al--Muktazilah al-Qadariyah, al-Hululiyah dan al-Khawarij masih lagi mempunyai para pengikut walaupun dengan nama yang berbeza. Sebagaimana orang yang terdahulu daripada mereka telah terbiasa dengan pemikiran orang-orang yang tidak sejalan dengan mereka, dan menggunakannya untuk menyerang apabila berpeluang berbuat demikian seperti yang berlaku di kalangan pengikut Khawarij yang telah membunuh sebahagian anak-anak para sahabat dan puak al-Mujassamah yang telah membuat fitnah di Baghdad dan membunuh sesiapa yang menentang mereka, namun cucu-cucu mereka telah melakukan pengkafiran dan pembunuhan ini dengan cara yang lebih luas lagi daripada apa yang dilakukan oleh datuk nenek mereka kerana biasanya tiada sesiapa yang menghalang mereka.   Pemikiran ekstrem yang banyak memberi kesan dalam medan kerja sekarang ini selaras dengan meluasnya negara-negara Islam dapat digariskan seperti yang berikut iaitu, yang pertama Pemikiran yang menyeru kepada kejumudan (kebekuan) dengan mengkafirkan sesiapa sahaja yang melakukan pekerjaan yang baru, yang tidak ada pada zaman Rasulallah s.a.w. dan yang kedua  Pemikiran yang mendakwa bahawa mereka memelihara Islam yang ingin membangunkan masyarakat muslim dan mereka mengkafirkan semua pemerintah negara Islam dengan mengatakan bahawa mereka memerintah dengan undang-undang buatan manusia serta turut mengkafirkan rakyat yang tidak bangkit menentang mereka itu.

2.2.1-Ektremisme Alaf Baru

            Istilah Extremisme atau terorisme yang diwar-warkan oleh Barat sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan penduduk dunia terpedaya dan terpengaruh bahawa Islam merupakan agama yang ganas, berkembang dengan mata pedang, tidak berperi kemanusiaan dan lain-lain lagi. Mereka sudah lama melaung-laungkan slogan ini tetapi selepas peristiwa 11 September 2001, penduduk dunia menganggap  slogan ini menjadi relevan untuk umat Islam walaupun tidak ada bukti yang sahih penglibatan umat Islam dalam peristiwa tersebut. Kemudian menyusul pula pengeboman di Bali, Plaza Atrium dan Hotel Marriotte di Jakarta dan yang terbaru beberapa siri pengeboman di kota London.
            Hal ini terjadi lantaran daripada kemarahan golongan yang telah lama menderita lama tertekan oleh sikap double standard AS dan tindakan sekutunya rejim Israel Yahudi yang tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin. Bagi golongan-golongan ini seolah-olah tidak ada cara lain lagi bagi mempertahankan hak mereka melainkan dengan apa yang telah mereka lakukan itu, iaitu terorisme. 

2.3-CIRI-CIRI EKSTERIMISME
Agama adalah umpama pedang yang bermata dua, kedua-dua belah sama tajam. Apabila seseorang itu melaksanakan ajaran-ajaran agama dengan baik maka ia boleh menolongnya menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan. Jikalau agama itu digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka orang itu akan dibinasakan oleh pedangnya sendiri. Sebagai contoh di awal perkembangan agama Islam, golongan Khawarij (kaum pembelot) membenarkan penggunaan senjata atas nama agama untuk mengubah status-quo. Kelompok inilah yang bertanggungjawab atas pembunuhan khalifah ketiga dan keempat Uthman dan Ali r.a. Mereka berpendapat bahawa adalah kewajipan umat Islam untuk berjihad (mengangkat senjata) untuk menegakkan keadilan sesuai dengan perintah Tuhan. Mereka secara bijaksana memberi tekanan kepada aspek tertentu daripada ajaran Islam tanpa mempedulikan akibat sampingan daripada tekanan tersebut. Sikap sebenarnya kaum Khawarij telah terkeluar daripada landasan agama yang betul dan sunnah yang biasa diamalkan.
Sikap melampau dalam agama sebenarnya berpunca daripada kefahaman yang salah terhadap doktrin Islam dan hukum-hakamnya serta tidak memahami suasana yang mendorong serta menyumbang ke arah pembinaan doktrin serta hukum tersebut. Yang anehnya situasi begini kadang-kadang mendorong sesetengah pergerakan Islam hari ini cuba menampilkan keperibadian seorang insan daripada kalangan orang yang warak. Tetapi hakikatnya mereka melampau daripada batas keadilan dan kasih sayang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada seseorang, tetapi Dia akan mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama, apabila tidak ada lagi ulama, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang jahil. Ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, lalu mereka memberi fatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka menjadi sesat lagi menyesatkan.Islam menentang keras terhadap pemikiran yang ekstrem. Rasulullah s.a.w berjaya meletakkan prinsip-prinsip yang bijaksana dalam menunjukkan sikap kesederhanaannya. Demikian juga para ulama salaf yang mengamalkan dasar kesederhanaan dalam melaksanakan syariat.
Golongan pelampau agama merupakan orang yang melanggar batas kesederhanaan dalam amalan agama sama ada dari sudut pemikiran dan amalan. Ia merupakan satu tindakan yang terkeluar dari jalan yang ditempuh oleh ulama salaf dalam memahami Islam.Hadis Ibnu Abbas menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau. Maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama. (Riwayat Ahmad, Nasai, Ibn Majah dan Al-Hakim).
Biasanya golongan pelampau agama dikaitkan dengan sikap ketaksubannya berhubung dengan pandangannya tanpa mengiktiraf pandangan orang lain. Mereka menafikan pandangan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Apa yang menghairankan golongan ini membolehkan dirinya berijtihad dalam masalah yang kompleks dan isu yang kabur, lalu mengeluarkan fatwa mengikut pemikirannya, sama ada bertepatan atau bersalahan dengan agama. Namun golongan ini tidak menemui pandangan ulama semasa yang pakar dalam sesuatu bidang, secara individu atau kolektif berijtihad pada pendapat yang bertentangan dengan pendapatnya.


Maka inilah taksub yang dibenci di mana ia merasakan dirinya sahaja yang betul, menolak pendapat yang selain daripadanya. Inilah yang dikatakan ciri-ciri pelampau agama yang sebenar. Misalnya dari segi berpakaian yang kononnya menutup aurat iaitu menutup keseluruhan anggota badan dengan kain putih atau hitam (purdah). Sedangkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar, menutup aurat bagi wanita bermaksud menutup anggota tubuh kecuali muka dan tangan kerana kedua-duanya bukan aurat kecuali kerana mengelak daripada fitnah semata-mata.
Golongan pelampau agama lebih ganas sifatnya dalam pergaulan dan tindakan. Bahkan terlalu radikal dalam menyampaikan seruan dakwah. Allah s.w.t memerintahkan agar kita menyeru manusia dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik bukan dengan kekasaran. Al-Quran tidak pernah menyebut perihal perlakuan yang kasar dan keras kecuali dalam dua keadaan iaitu ketika di medan perang dan berhadapan dengan musuh, dan sewaktu melaksanakan hukuman yang disyariatkan ke atas orang yang berhak menerima hukuman dan tidak boleh merasa belas kasihan dalam menjalankan hukuman hudud. Umpamanya berzina, apabila cukup empat orang saksi yang beriman yang dapat membuktikan secara sahih, barulah pelaksanaan hukuman hudud harus dilaksanakan.
Sudah menjadi tabiat golongan pelampau agama di mana menjadi kebiasaannya bersangka buruk terhadap orang lain serta memandang mereka dengan pandangan yang negatif. Berburuk sangka dengan menyembunyikan kebaikan orang lain dan pada masa yang sama membesar-besarkan keburukan orang.Kemuncak kepada ciri-ciri melampau dalam agama ialah mereka menggugurkan hak Muslim yang lain sehingga ke tahap menghalalkan darah sepertimana golongan Khawarij yang mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengannya pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib. Mereka ini adalah golongan yang paling taat menyembah Allah, berpuasa, mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran. Tetapi mereka telah rosak dari segi ideologi dan bukannya jasmani. 

2.4-FAKTOR-FAKTOR EKSTERIMISME

            Penyebab terjadinya sikap ekstremisme dalam agama bukan hanya satu, akan tetapi banyak dan bervariasi tergangtung pada sudut pandang atau world view lihat pelakunya. Para peneliti ilmu jiwa mengembalikan semua tingkahlaku dan perbuatan manusia kepada sebab-sebab yang terpendam di bawah sedar. Para pengkaji ilmu social mengembalikan persoalan ekstremisme kepada keadaan masyarakat, kondisi dan tradisi-tradisi social. Para pendukung meterialisme-historis sesuia dengan world view mereka tidak menghiraukan pertimnbanagn apapun kecuali yang bersifat meterialistik dan histories, demikian juga fehaman-fahamkan lain seperti nasionalisme, socialisme dan kapitalisme. Dimana fahaman-fahaman ini mempunyai ukuran dan sudut pandangan tersendiri terhadap ekstremisme.

            Walaubagaimanapun fenomena atau gejala-gejala ekstremenisme agama yanag terjadi di9hadapan mata kita adlah sesuatu yang amat kompleks sebagaiman hakikatnya manusia itu sendiri. Oleh kerana itu adalah sulit diterima pada satu sebab sahaja tampa mengambil kira sebab-sebab yang lain. Tetapi tidak mungkin pula terjadi sesuatu tampa factor penyebabnya, kerana Allah s.w.t sesuai dengan sunnahNya dalam alam sentiasa mengiringi stiap kejadian dengan sebab.

            Adakala penyebab utama fenomena ektremenisme tersembunyi dalam diri orang yang bersikap ekstrem iaitu sendiri atau dari lingkungan keluarga. Kadang-kadang, jika dianalisis secara lebih mendalam, ia berpunca dari masyarakat iaitu ketika terjadinya kontradiksi yang amat tajam penghayatan akidah, yang mencetuslkan isu-isu takfir, tafsiq dan lain-lain; dalam penerapan Syariah ayng menimbulkan isu-isu bidaah dan khilafiah atau wajib an sunnah, agama dan politik, atau antara syariat Allah dan undang-undang
manusia. Malahan kebarangkalian terjadinya agama menjadi taruhan oleh pihak berkuasa yang terlalu ambisi mempertahankan status QUO, sehingga hilang pertimbanga budi dan iman.

            Dangkalnya pengetahuan agama baik individu ataupun golongannya, penguasaan yang setengah-setengah atau pemahaman  yang tidak sempurna dalam prinsip dan selok-belok agama, khususnya Islam dalam membawa kepada ekstremisme. Jika kerana factor factor kejahilan atau kebodohan hanya akan terjadi sebatas kecuaian atau tidak acuh. Tetapi komprehensif membuat pemiliknya menyangka bahawa ia telah menguasai semua ajaran Islam sepenuhnya, dan termasuk golongan yang alim dan yang arif dalam agama, meskipun pada kenyataannya masih banyak yang belum yang diketahuinya. Pengetahuannya sebenar melambang “kelangit tidak kebumi bumi pun tidak”, kehadirannya tidak menahbah dan pemergiannya tidak mengurangi. Orang seperti itu tidak akan mampu menbuta keputusan yang tepat yang mengambilkira seluruh asper ajaran agamanya dan motif yang menjadi latar belakang sesuatu masalah. Akibatnya segala keputusan dan tindakan hanya berdasarkan anggapan itu sering bersifat ekstrem, baik yang berkaitan ddengan Akidah, Syariah ataupu Tasauf. Jika ia seorang pemimpin ia akan menjadikan anggapannya itu sebagai pendapat yang wajib diikuti. Contohnya, masalah yang bersangkut paut mengenai ibadah tidak dapat disamakan dengan masalah adat kebiasaan dan muamalat. Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan bahawa imfaq dikalangan fakir miskan lebih penting daripada menunaikan haji untuk kali pertama. Mendermakan wang ternak yang wajib disembelih kerana Haji Tamattuk lebih utama daripada menyembelih ternak sebagai ibadah demi meninggikan syi’ar agama Allah. Tidak boleh dikatakan cukai penghasilan sudah cukup sebagai pengganti zakat yang merupakan rukun islam ketiga, atau mengubah bulan Ramadan dengan bulan lain dalam hal wajib puasa. Tetapi dalam hal-hal yang berkaitan selain ibadah seperti adab kebiasaan dan muamalah antara sesama manusia, sebab-sebab masalah, tujuan-tujuan hukum dan masalah-masalah kemaslahatan umat akan dijadikan asa pertimbangan sebelum menetapkan sesuatu hukum.

Selain itu, memahami nas-nas agama secara literal, harfiah dan makna zahir.  Umumnya sikap ekstrem lahir dari kecenderungan berpegang pad zahir nas  secara paltial. Tanpa menperhatikan latarbelkang, motivasi, konteks dan kaitannya dengan nas-nas yang lain dalam suatu masalah. Persoalan agama itu sendiri agama Islam kerana agama Islam ini satu tetapi penafsiran orang terhadap agamanya bermacam-macam. Di dalam sejarah Islam juga sudah banyak Islam yang antara satu dan lain berbeda dan antara satu sama lain tidak boleh meng-claim bahawa pemahamannya terhadap Islam paling benar kerana itu apa yang disebut syariah Islam juga difahami secara berbeda-beda. Semua orang Islam percaya bahawa mereka harus menjalankan syariah tetapi apa yang disebut syariah Islam itu berbeda antara orang Islam yang satu dan orang Islam yang lain. Inilah yang menyebabkan kesulitan untuk ke merumuskan syariah Islam. Clim atau kafir mengkafir seseorang bahwa ia lebih Islamik sedangkan yang berbeza pandangan dengannya dilebal telah kaluar dari islam adalah p[uncak kefenetikkan dan ekstreminisme yang terjadi dikalangan umat islam iaitu apabila seorang muslim menggugurkan hak kehormatan saudara seagamanya, menghalalkan jiwa dan darahnya serta tidak lagi melihat hak untuk tidak diganggu dan hak untuk diperlakukan secara adil. Demikianlah yang terjadinya pada golongan Khawarij, pada permulaan islam. Meskipun merek termasuk orang-orang yang angat tekun melakukan bermacam-macam ibadat seperti puasa,solat dan tilawah al-quran, sikap ekstremenisme yang ada pada mereka telah menyebabkan mereka mengkafirkan saidina Ali iaitu sahabat Nabi yang termasuk 10 sahabat yang telah dijanjikan syurga untuk mereka. Rasulullah s.a.w melukiskan bhubungan mereka dengan al-quran dalam sabdanya “Mereka membaca al-quran tetapi bacaannya tidak melampaui kerongkong mereka sendiri”. Menurut yusuf al-Qarardawi, sikap ekstrem, yang sama juga kelihatan pada ‘Jama’at al-takfir wa al-hijrah’. Mereka mengkafirkan setiap orang yang berbuat maksiat dan tidak segerta bertaubat. Mereka mengkafirkan semua penguasa negeri kerana tidak menghukum berdasarkan hukum yang diturunkan Allah. Mereka juga mengkafirkan rakyat kerana mereka telah menerima dan menyokong penguasa seperti itu dan secara sukarela mentaati ketetapan hukum yang tidak diturunkan Allah. Mereka mengkafirkan para ulama kerana tidak ikut mengkafirkan para penguasa dan rakyat yang dikuasai. Mereka juga mengkafirkan orang yang tidak mahu jemaah dan berbaiat kepada pemimpin mereka. Bagi mereka setiap orang yang berpegang pada pendapat para imam mahab atau berpegang pada sumber-sumber hukum seperti ijma, qias, al-masalih istihsan dan sebagainya adalh musyrik kafir. Rasullulah s.a.w melarang menggunakan atau melebel sesama umat dengan perkataan seumpama kafir sebagai mana hadisnya” barang sesiapa berkata kepada keluaragamnya:hai, kafir majka berlakulah perkataan itu kepada salah saorang daripada kedua-duanya”. Apabila orang yang dilabel itu tidak kafir, maka akan berbaliklah perkataan itu kepada yang mengucapkannya, Dalam hadis sahih usamah bin Zaid, diberitakan: barang sesiapa mengucappkan kalimah “la ilaha illallah”, maka ia telah masuk dalam Islam , serta terpelihara jiwa dan hartanya. Walaupun ia mengucapkan kalimah itu kerana takut atau hendak berlindung dari serangan, maka kedudukannya adalah ditangan Allah. Sedang bagi kita cukuplah dengannya berzahir. Oleh kerana itu siapa yang telah masuk islam tidak boleh orang lain merngeluarkan kecuali dengan bukti yang menyakinkan, Demikian pula kejahatan tidak mengeluarkan muslim dari Islamnya, walau dosa-dosa besar sekalipun, membunuh, berzina dan minum arak selama itu dilakukan bukan kerana meremehkan hukum Allah atau menolaknya.

            Sibuk mempersoalkan hal-hal sekunder tetapi melupakan persoalan prinsip yang lebih utama juga merupakan salah satu daripada faktor yang menyebabkan eksterimisme. Kebanyakkan sebahagian dari tindakan mereka mempermanjangkan konflik dalam masalah kecil(furu iyyah) yang kurang penting seperti mencukur jangut mengulurkan kain ke bawh buku lali, menggerakkan jari dalam tasyahhud. Mereka membangkitkan persoalan-persoalan furu iyyah tatkala Negara isalam sedang berhadapan dengan pelbagai bahaya dari musuh dekadensi moral ini. Adalah lebih baiknaya jika mereka menumpukan sepenuh tenaga dan usaha  bagi menghindari diri dari berbuat dosa-dosa dan memelihara akidah dan menunaikan ibadah yang wajib.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan eksterimisme ialah sikap berlebihan-lebihan dalam mengharamkan sesuatu. Kecetakkan  pengetahuan agama , boleh menyebabkan seseorang indivudu itu menjerumus  ke dalam ektremisme dengan sikap berlebih- lebih atau mengada-adakan sesuatu yang bukan haram hukumnya menjadi haram seperti minum sambil berdiri, memanjangkan kain melebihi buku lali dan lain-lain. Kewajiban  memendekkan kain keatas buku lali.memang terdapat larangan keras dalam hadis yang memperingkatkan dosa memanjangkan hujung kain. Walaubagaimanapun terdapat hadis yang lebih lengkap yang menyatakan sebab larangan tersebut iaitu melakukannya dengan rasa sombong dan angkuh. Dengan adanya penjelasan tambahan itu dari hadis Nabi yang lain, Imam Nawawi hanya menghukumkan sebagai hukum makruh sahaj. Hanya mereka yang ekstrem dan kurang pengetahuan hadis akan menghukumkannya dengan hukum haram.

Tidak merujuk kepada sejarah dan jahil terhadap sunnahtullah dan hukum-hukumalam dalam kehidupan manusia juga merupakan faktor kepada kewujudan eksterimisme . Kurangnya pengetahuan tentang hakikat agama Islam boleh menyebabkan  individu  bersifat ektrem itu kurang memperhatiakan tentang sejarah lampau dan sunnahtullah atau hukum-hukum Tuhan.  Dengan berlandaskan perkiraan semata-mata, mereka mencita-citakan sesuatu yang hampir pasti mustahil akan tercapai atau terlaksana. Mereka ini mahu mengubah secara keseluruhan tentang fikiran, norma-norma kehidupan, tradisi-tradisi, baik sosial, politik mahupun ekonomi dengan cara tidak menghirau kesan atau impak buruk yang akan berlaku kelak. Sejarah masa lampau ada  memberi pengajaran dan iktibar untuk menyuruh berfikir supaya agar kesilapan lalu tidak berulang lagi dan segal perancangan dapat dilakukan dengan lebih terancang lagi Bagi umat Islam, beberapa tindak tanduk Barat sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai langkah bagi memulakan agenda penjajahan semula atau neo-kolonialisme, secara lebih menyeluruh terhadap masyarakat dunia dengan dunia Islam menjadi sasaran awalnya. Tindak tanduk ini dapat dikesan melalui beberapa kempen intelektual dan propaganda psikologi serta memorandum persepakatan bersama dunia barat bagi membendung dan membanteras `ancaman’ baru kepada peradaban Barat, setelah berakhirnya perang dingin. `Islam’ sebagai agama dan peradaban kini seolah sedang dirujuk sebagai `sumber’ terhadap ancaman tersebut. Terdapat 2 sunnatullah yang penting iaitu Sunnah Tadarruj. Ia mengenai kejadian alam dan penetapan hukum syariat.  Dari segi syariat , agama dimulai dengan mengajak kepada mentauhidkan Allah dan kemudian baru di ikuti  dengan perintah-perintah yang lain secara berperingkat. Kedua ialah Sunnah Ajal Musamma iaitu hukum alam mengikut kesesuaian masa. Sunnah ini berlaku untuk segala spiritual ataupun material. Sikap ekstrem golongan  Musyrikin pernah mempersendakan azab yang dijanjikan Tuhan. Mereka meminta seksa yang diancamkan kepada mereka itu dipercepatkan. Mereka tidak mengetahui segala  kejadian ditentukan waktunya. Dalam ayat 29:53, Allah berfirman,”Mereka meminta kepadamu supaya menyegerakan azab, padahal Allah tiad memungkiri janjiNya. Dan sesungguhnya sehari  pada sisi Tuhanmu seperti 1000 tahun yang kamu hitung”.

Selain itu, reaksi terhadap pengaruh ekternal juga menyumbangkan kepada eksterimisme. Menurut Haji Abdul Rahman Hj. Abdullah, aliran redikel atau eksterm ini sering mempunyai pendekatan dikotomi hitam-putih(black and white approach). Mereka  tidak mungki berkropomi langsung dengan  aliran modernasi barat seperti Sekularisme, Nasionalisme, Kapitalisme dan sebagainya. Penyandingan kekerasan dengan radikalisme disebabkan karena gejala dalam realitas sosial yang sering nampak. Kelompok radikal sering menggunakan cara-cara kekerasan dalam memenuhi keinginan atau kepentingan mereka. Tapi, kelompok radikal tidak identik dengan kekerasan. Dalam tulisan ini, yang dimaksud dengan radikalisme agama adalah “sikap keagamaan yang kaku dan juga sekaligus mengandung kekerasan dalam tindakan”. Penyebutan ini dimaksudkan untuk mempermudah kategorisasi.

2.5-JALAN PENYELESAIAN

Ada beberapa cara untuk menangani isu ektreminisme ini iaitu dengan menghentikan segala bentuk penindasan, menegakkan hak asasi tanpa pandang bulu, memberikan kekebasan kepada bangsa-bangsa terjajah, menumbuhkan sikap saling menghargai dan saling menghormati berdasarkan prinsip saling menghargai dan saling menghormati dalam pergaulan antarabangsa dalam suasana yang penuh persamaan dan persaudaraan.

 Bila hal tersebut dilaksanakan secara konisten, maka kekerasan agama tidak akan muncul, tidak akan menjadi sesuatu yang jauh lebih berbahaya seperti dikatakan Basam Tibi (Islamic fundamentalism are more dangorous) atau dianggap lebih berbahaya dari narkoba seperti dikatakan Nurcholish Madjid, sehingga perlu untuk melawannya seperti juga dikatakan oleh H.A.R. Gibb.

Ajaran agama mengajarkan perkarayang paling baik dalam mencegah terjadinya kerosakan, iaitu dengan cara-cara yang arif, bijaksana dan damai, kecuali dengan sangat terpaksa harus menggunakan cara kekerasan, itupun tidak diperbolehkan melampaui batas (la ta’tadu).Perkara yang ditawarkan adalah berdasarkan kaedah fiqih (qowa’id al-fiqhiyah) yang menyatakan al-dhororu la yuzalu bi al-dhororo “kerosakan itu tidak dihilangkan dengan kerosakan yang lain”.

Harus disedari pula agar masyarakat atau siapapun tidak memula dan meletakkan kerosakan serta tindakan-tindakan moral yang dapat mendorong bangkitnya radikalisme agama. Hal ini berlaku apabila tempat-tempat kemaksiatan merajalela, maka akan mendorong munculnya tindakan(main hakim sendiri)denganmemakai label agama. Tindakan(main hakim)dengan memakai label agama sangat sulit dikontrol, dan apakah itu betul-betul demi menghilangkan maksiat atau ada tujuan yang bersifat kepntingan peribadi atau kepentingan semata-mata.

Selain itu, ada diantara golongan-golongan ekstremisme hari ini yang berselindung di sebalik nama Islam. Mereka sentiasa mengemukakan idea yang jauh tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.   Dari sinilah langkah utama untuk menghadapi golongan ini adalah dengan menyingkap penyamaran dan mendedahkan identiti sebenar mereka, serta membuktikan bahawa fahaman yang mereka dokongi adalah batil dan sesat.   Memerangai golongan pelampau ini adalah satu peperangan yang berbentuk ilmiyah, dan harus disertakan dengan langkah berjaga-jaga, iaitu menghalang mereka daripada menerajui jawatan yang membolehkan mereka bergerak bebas dan bercakap kononnya atas nama Islam. Mereka ini perlu dihalang daripada menaiki mimbar-mimbar yang disediakan untuk menyebar kebenaran Islam dan ajarannya yang jauh daripada unsur-unsur ekstremis.   Oleh yang demikian, maka jelaslah peranan yang perlu dimainkan oleh para ulama dan pendakwah. Mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dan benteng pertahanan. Sekiranya mereka tumbang, maka jalan untuk golongan pelampau terbuka luas untuk mencapai matlamat mereka. Oleh itu, penguasaan ilmu pengetahuan sebagai persediaan pendakwah amat ditekankan di sini. Pendakwah harus dilengkapi dengan hujah-hujah yang bernas dan dokumen yang lengkap untuk menyatakan hakikat golongan pelampau kepada masyarakat umum.

Justeru, peranan pihak berkuasa tempatan adalah penting untuk menangani masalah ini. Antara peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membanteras gejala ekstrem ini hanya tertumpu kepada pembanterasan kelakuan jahat yang lahir daripada fahaman melampau ini tanpa menghapuskan punca-puncanya. Langkah yang diambil ini hanya memerangi tindak balas fizikal daripada pemikiran melampau yang membahayakan masyarakat, dan bukannya membanteras aliran pemikiran itu sendiri.   Ini berlaku kerana tanggungjawab memerangi golongan ekstremis ini hanya dipikul oleh pihak berkuasa tempatan, dan kadangkala ia mendorong puak pelampau untuk mengapi-apikan lagi pertelingkahan yang berlaku dengan menggunakan taktik tindak balas, serta memindahkan pertelingkahan ini kepada generasi akan datang.

Rasionalnya ialah apabila sesuatu pihak menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa, mereka akan bangkit dan bersedia untuk mengharungi perjuangan mereka untuk jangka masa panjang. Perjuangan mereka ini bertujuan melemahkan negara dengan sokongan pihak-pihak yang akan mendapat manfaat daripada kesan pertelingkahan ini. Mereka akan berjuang habis-habisan, rnemberontak dan rnembalas dendam. Oleh itu mana-mana pertelingkahan yang berlaku di mana-mana negara dengan golongan pelampau ini tidak harus dihapuskan dengan kuasa senjata semata-mata. Oleh yang demikian, kita harus menyebarkan fahaman sebenar tentang islam di kalangan orang awam dengan menggunakan semua saluran yang ada, termasuklah melalui televisyen, radio, masjid-masjid, forum, ceramah dan sebagainya, supaya masyarakat dapat melengkapkan diri dengan ilmu agama yang betul, seterusnya dapat membezakan antara kesederhanaan dengan ekstremisme.

Di dalam masyarakat islam terdapat pluralisme aliran dan tahap pengetahuan dan pemahaman agama yang berbagai-bagai sesuai dengan latar belakang pendidikan, sosial dan ekonomi yang berbeza. Ada golongan yang mengaku sebagai orang islam, tetapi menolak hukum islam,dan berpaling dari al-Quran dan sunnah Nabi saw. Ada pula golongan yang mengaku islam tetapi sikapnya terhadap ajaran-ajaran sngat selektif. Ia hanya menginginkan dari islam sesuatu yang disukainya, sedang yang tidak disukainyaditolak. Di antara mereka ada pula yang lebih suka mengimport ideology dan undang-undang asing, namun dihatinya masih membuka sedikit ruang untuk islam seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah-kahwin,ceramah-ceramah agama di radio dan tv, penulisan-penulisan agama di majalah,suratkhabar dan seterusnya. Mungkin golongan ini hanya mengetahui islam sebatas pengertian ‘agama’ yang sempit seperti yang difahami masyarakat barat bahawa agama tidak ada urusannya dengan politik atau persoalan masyarakat.

Golongan-golongan yang disebutkan di atas tidak syak lagi akan menanggapi sebarang upaya untuk menegakkan islam secara menyeluruh baik politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sebagai suatu yang sangat asing dan bertentangan dengan apa yang mereka amalkan dan wariskan selama ini. Mereka tidak akan teragak-agak untuk melabelkan siapa sahaja yang berpendapat dan bersungguh-sungguh berusaha untuk melaksanakan ajaran islam sebagai ‘ekstrem’ sesuai dengan tingkat pemahaman dan ‘akidah’ mereka terhadap ajaran islam. Sedangkan tanggungjawab masyarakat islam sebenarnya, mereka harus komited dengan ajaran dan hukum Allah dan rasul-Nya dalam kedua dimensinya material dan spiritual, dunia dan akhirat dan semua aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, sosial, ataupun pemikiran sesuai keimanan Tauhid-Nya.

Oleh kerana itu, masalah kesenjangan ilmu agama khususnya yang terjadi pada majoririti masyarakat islam atau malah dunia islam keseluruhannya dan penyerapannya secara diskriminatif, disedari atau tidak, harus dapat diselesaikan dengan segera melalui pendidikan formal dan non formal, baik oleh masyarakat, negara ataupun keluarga. Materi dan matod pendidikan yang ada harus lebih luas dan mendalam serta lebih focus kepada yang bersifat komparatif,analitik dan sintetik. Masyarakat awam dari semua lapisan secara gradual dan merata hendaklah didedahkan kepada ajaran islam sebenarnya agar tidak timbul kesenjanagan yang menjolok dalam cara hidup sehari-hari mereka. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh kepada pemikiran-pemikiran atau hasutan-hasutan yang mengarah atau menjerumus kepada ekstremisme.
Kesimpulan
            Daripada  tajuk fundamentalisme dan eksterimisme, dapat kita membuat kesimpulan bahawa kedua-dua fahaman ini merupakan ideologi yang masih diterapkan dalam kehidupan masyarakat pada masa ini. Ia merupakan ideologi yang jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sepatutnya. Suasana ini memberikan impak yang negatif terhadap dunia islam rentetan daripada penganutnya yang berideologi sedemikian. Jika tidak dibendung daripada awalnya, ia mungkin akan bertambah parah dan menjadikan dunia islam berada dalam keadaan huru-hara dan memungkinkan keruntuhan dalam agama Islam sendiri. Perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat kerana ia merupakan ideologi yang masih digunakan pada masa ini dan telah banyak mendatangkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar seperti siri pengeboman di Negara-negara yang bermusuhan seperti Amerika Syarikat dan Negara-negara Teluk. Perkara ini adalah kesinambungan daripada ideologi fundamentalisme dan eksterimisme yang tidak  dihapuskan dalam jiwa mereka.

            Seharusnya perkara ini haruslah dibanteras bagi melahirkan warga islam yang disegani, berakhlak tinggi, komited terhadap ajaran agama dan mampu mengamalkan ajaran agama. Hal ini sangat penting kerana dengan itu, Islam dapat  dilihat sebagai sebuah agama yang banyak melahirkan umat yang mampu menjadi teladan dan contoh kepada agama lain dan disenangi oleh semua pihak. Oleh itu, semua umat haruslah kemnbali kepada ajaran Islam bagi menghapuskan ideologi yang telah banyak menyumbang kepada kehancuran dan keruntuhan jiwa yang akibatnya menyebabkan keganasan yang lebih dasyat berlaku. 

Rujukan

KERJA KHUSUS INI ADALAH HASIL DARIPADA PENULISAN YANG TERDAPAT DALAM  BUKU RUJUKAN TERSEBUT:


1.                  NAMA PENGARANG : DR. IBRAHIM MUHAMMAD BIN 
                                                                  ABDULLAH AL-BURNIKAN
TAJUK PENULISAN : PENGANTAR PENGAJIAN AQIDAH ISLAM
TERBITAN : PUSTAKA DINI, SHAH ALAM
TAHUN : 2001

2.         NAMA PENGARANG : DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR
TAJUK PENULISAN : FUNDAMENTALISME DAN EKSTREMISME 
                            (ISLAM DAN ISU SEMASA)
TERBITAN : PUSAT PENGAJIAN ISLAM DANPEMBANGUNAN
                        SOSIAL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
TAHUN : MAC 2005

3.            NAMA PENGARANG : ABDUL LATIF BIN MUDA & ROSMAWATI 
                                                                  ALI @ MAT ZIN
            TAJUK PENULISAN : PENGANTAR ILMU TAUHID
            TERBITAN : PUSTAKA SALAM SDN. BHD. KUALA LUMPUR
            TAHUN : 1998

4.                  NAMA PENGARANG : ABDUL RAHMAN HAJI ABDULLAH
TAJUK PENULISAN : PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA,  
                                       JAKARTA
                        TERBITAN : GEMA INSANI PRESS
                        TAHUN : 1997

5.                  NAMA PENGARANG : SHAHROM TM SULAIMAN
TAJUK PENULISAN : TERORISME GLOBAL DAN PENGGANAS          
                                       AGAMA
            TERBITAN : UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTOR SDN. BHD.
                        TAHUN : 2002

SELAIN ITU, KAMI JUGA MENDAPATKAN BAHAN RUJUKAN DARIPADA SUMBER INTERNET BERIKUT:

1.                  WWW.YAHOO.COM
2.                  WWW.GOGGLE.COM



No comments:

Post a Comment