Pages

Tuesday, November 30, 2010

Mandi wajib

Untuk menjadikan mandi wajib itu diterima, kita 
mestilah melakukan 3 perkara utama dan perkara
ini juga dikenali sebagai rukun mandi wajib.

Pertama mestilah berniat. Niat mandi wajib adalah
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah SWT"

Kedua adalah dengan menghilangkan najis daripada 
seluruh anggota badan. 

Ketiga adalah dengan meratakan air keseluruh anggota badan.

Niat mestilah dimulakan ketika air mula mengena pada anggota 
badan kita. 

Dalam usaha meratakan air ke anggota badan, kita mestilah duduk
bercangkung disertai juga dengan berdiri dan pastikan 
seluruh anggota badan diratai air termasuk dibahagian berlapik.


Tetapi ada juga perkara sunat ketika mandi wajib dilakukan 
seperti membaca bismillah, berwuduk dan menggosok seluruh 
anggota badan.



No comments:

Post a Comment