Pages

Saturday, November 27, 2010

Kena tipu RM26,000 mentol ajaib



SEORANG pegawai polis melakukan demonstrasi menunjukkan
sebiji mentol bercahaya selepas direndam di dalam air di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.
Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan ‘batu’ tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.
‘Batu’ tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.

4 comments:

  1. Bapak aku ada beli batu delima. kalau masuk kat dalam air bercahaya. beriban bapak aku beli. harap yang asli.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ayah saya baru terkena hari selasa lepas. dorang guna ilmu pukau.... hmmm sasaran lelaki berusia atau senang cerita org2 pencen

    ReplyDelete
  4. takziah, apa2 pun kene lebih berhati2.

    ReplyDelete