Want to know more, please click

Followers

Pages

Friday, October 26, 2012

PENGENALAN KERJA-KERJA BATA p1


Penggunaan batu bata bermula sejak dari zaman dahulu lagi. Namun ia masih lagi kekal hingga sekarang dengan perubahan dari segi bahan-bahan mengikut tempat atau negeri.
            Apabila kita menyebut tentang bata, ia selalunya brmaksud kepada penggunaan bata dari tanah liat. Selain itu, terdapat juga batu bata yang dihasilkan darim pasir beserta campuran simen dan ada juga dengan campuran batu baur.

1.0          MENGENALI BATA YANG BAIK

Setiap bata yang dihasilkan mempunyai mutu yang baik apabila ia memenuhi ciri-ciri seperti di bawah :-

a)      bunyi yang nyaring apabila diketuk dengan sudip bata atau keluli
b)      mempunyai ukuran yang tepat seperti yang dikehendali
c)      ia juga akan menampakkan warna yang sekata
d)     mempunyai juring atau bahagian segi yang sama
e)      dapat menebat bunyi dengan baik apabila digunakan
f)       tahan api jika dibuat pembakaran yang betul
g)      dapat menahan bebanan yang dikenakan ke atasnya
h)      berupaya memegang sambungan mortar
i)        mempunyai  berat lebih kurang 4 kg bagi bata muka.


2.0       ISTILAH DALAM KERJA-KERJA BATA

Bata- bata yang dihasilkan untuk kegunaan di tapak pembinaan mempunyai istilah-istilah yang tersendiri seperti sisi bata, kepala bata, lopak, sambungan tegak dan sambungan memanjang.

3.0       PERALATAN KERJA BATA

Dalam kerja mengikat atau menerap bata, penggunaan peralatan yang betul adalah penting untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja yang akan dilaksanakan. Alat-alat di bawah adalah merupakan peralatan asas. Tanpa peralatan ini, sudah pasti pekerjaan tidak akan sempurna dan dengan sendirinya akan melbatkan masa yang banyak terbuang. Antara peralatannya ialah :-

3.1  Alat aras spirit

Dalam kerja bata, penggunaan alat aras merupakan perkara yang penting untuk memastikan kedudukan bata yang diterap dalam keadaan yang etul dan rata serta dapat digunakan sebagai alat bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan dinding.

3.2  Sesiku bangunan

Diperbuat daripada keluli dan digunakan untuk mendapatkan segi sesuatu tembok bata dalam bentuk bersudut tepat.

3.3  Sudip bata

Alat ini menjadi alat utama dalam kerja menerap bata dan juga dalam kerja-kerja bata yang lain. Ia juga boleh digunakan untuk memotong bata secara kasar dan menerap bata.


3.4  Penukul dan bantalan

Alat ini digunakan untuk memotong bata dan memecahkan dinding bata secara manual.

3.5  Paku dan benang
Digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok bata yang akan diikat atau diterap. Ia mengelakkan tukang batu bata dari mengikat bata-bata dalam keadaan bengkok. Selain itu, penggunaannya dapat mempercepatkan proses kerja.


4.0              BEKERJA DENGAN BATA

Apabila bekerja dengan bata, seseorang itu mestilah mematuhi beberapa perkara pokok seperti di bawah :

a)      bata yang diikat atau diterap mestilah tidak berlaku sambungan terus-menerus
b)      letak mortar menggunakan sebelah tangan sahaja
c)      pegang bata menggunakan tangan yang sebelah lagi
d)     pilih permukaan pada bata yang baik
e)      ikat atau terap bata dengan betul mengikut jenis ikatan
f)       menggunakan peralatan yang betul

4.1              Penggunaan  mortar

Bata- bata yang akan digunakan tidak akan kukuh sekiranya tidak menggunakan mortar semasa kerja menerap dilakukan. Mortar merupakan bahan yang dihasilkan dari campuran pasir dan simen serta kehadiran air yang secukupnya. Mortar menyebabkan bahan dapat diikat dengan kuat dan kemas mengikut nisbah bancuhan mortarnya.

4.1              Meletakkan mortar

Untuk menerap sebiji bata, anda mestilah meletakkab mortar dibahagian permukaan lantai atau pada permukaan lapisan pertama bata mengikut teknik yang betul seperti dalam rajah-rajah yang ditunjukkan di bawah .
 
5.0 IKATAN SISI BATA (STRETCHER BOND)
5.1       Pengenalan
a)                  Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti atau buntu.
b)                  Ia digunakan khas bagi tembok ½ bata atau 112.5 mm dan lekapnya ½ bata.
c)                  Tembok yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang lebih.
d)                 Kebiasaanya ikatan sisi bata digunakan bagi tembok sekat, tembok tandas, tembok dalam struktur berangka.
 
6.0     GERBANG

6.1       Pengenalan

Gerbang merupakan satu bentuk bukaan yang asli bagi bangunan. Pembinaan gerbang telah lama menjadi sati rekabentuk yang terdiri dalam sejarah senibina terutamanya di negeri-negeri eropah. Pada dasarnya, gerbnag dibuat dengan mengikatkan butir-butir bata atau batu di atas sesuatu bukaan (tingkap atau pintu) supaya pembinaan di atasnya dapat dilanjutkan dan bebannya ditanggung oleh gerbang. Butir-butir bata yang terikat ini berupaya merentangi bukaan melalui tekanan dengan satu lapis ( ½ bata tebal) ataupun beberapa lapis. Lapisan gerbang dinamankan gelang. Tebalnya tiap-tipa gelang ialah ½ bata. Gerbang kerap dibina pada pintu dan tingkap, kadangkala ia juga didapati pada jambatan dan kerja-kerja kejuruteraan awam yang lain.
Gerbang boleh dibina dengan menggunakan bata biasa, dinamakan gerbnag kasar ataupun menggunakan bata yang khas dibuat/ dipotong, dinamakan gerbnag tolok. Gerbnag kasar mempunyai sambungan berbentuk segitiga dan tebal berbanding dengan sambungan nipis dan selari yang terdapat pada gerbang tolok. ( Rajah 15.1 ).
 
6.2       Jenis – Jenis Gerbang

Gerbang ialah rekabentuk yang khusus dalam seni bina dan kegunaannya hendaklah memberi pemandangan yang seimbang dengan keadaan sekitarnya. Jenis-jenis gerbang adalah mengikut bentuk geometrinya. Gerbang-gerbang yang lazim didapati dalam pembinaan tempatan ialah gerbnag separuh bulat. Didapati juga gerbang-gerbang lain seperti gerbang tembereng, rata, Gothe, Tudor, separuh elips dan sebagainya. Pembinaan gerbang-gerbang ini boleh dilakukan secara kasar ataupun tolok.

a)                  Gerbang separuh bulat
b)                  Gerbang rata
c)                  Gerbang tembereng
d)                 Gerbang Gothe
e)                  Gerbang separuh elips.
f)                   Gerbang ladam kuda
g)                  Gerbang Florentine
h)                  Gerbang bulat

6.3       Pembinaan Gerbang Bata
Pembinaan gerbang memerlukan cara yang tersendiri. Cara pembinaannya adalah berbeza-beza mengikut bentuk, jarak rentang, tebalnya dan beban yang akan ditanggung. Semua gerbang memerlukan pemusat untuk memberi sokongan sementara dalam pembinaannya.

Pemusat
Pemusat biasanya di perbuat daripada kayu atau papan lapis. Ia digunakan khas untuk menyokong butir-butir bata dalam proses membina gerbang. Bentuk dan saiznya adalah dibuat mengikut rekabentuk gerbang yang akan dibina. Rusuk pemusat dibuat dengan papan dan permukaannya dibuat dengan beroti secara jarang ataupun rapat. Beroti ini digantikan dengan papan lapis kerana lebih menjimatkan masa membuatnya. Pemusat mestilah dibuat dengan kukuh dan dialas dengan baji semasa didirikan pada tempat bukaan tempat gerbang akan dibina. Pemusat disokong oleh tiang kayu ataupun susunan bata secara sementara dab dikukuhkan dengan rembat atau topang. Alas baji hendaklah dibuat untuk mendatarkan kedudukan pemusat. Rajah 15.10 menunjukkan contoh-contoh pemusat yang digunakan untuk membina gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.

Click ads for your tq or like.

Wednesday, October 17, 2012

KEMASKINI STATUS PENGAJIAN


No. 50 a,
Kg Geduhom, Dangi,
73100 Johol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
_________________________________________________________________________________________

Pengarah,
Yayasan Negeri Sembilan,
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
Jalan Yam Tuan,
72000 Seremban,
Negeri Sembilan.                                                                                                                    10 Julai 2012

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

KEMASKINI STATUS PENGAJIAN

Merujuk perkara diatas, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

2.         Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya ingin mengemaskini.status pengajian. Berikut merupakan butiran yang dikehendaki :-

Keputusan peperiksaan akhir              : lampiran A
            Gred dan kategori yang diperolehi     : 3.59 dengan Kepujian Kelas Kedua (Tinggi).
Pekerjaan sekarang                              : Kerja kampong (sedang menunggu penempatan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia).
            Tempat bekerja & nombor telefon      : -
            Alamat terbaru & nombor telefon       : No. 50 a,
Kg Geduhom, Dangi,
73100 Johol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
                                                                       

3.         Saya berharap maklumat-maklumat tersebut dapat memuaskan hati pihak tuan.

Sekian, terima kasih.




Yang benar.


…………………………………………
(MOHD KARIM BIN ABD RAHMAN)
Click ads for your tq or like.

Friday, October 12, 2012

SEJAUH MANAKAH PRODUK KELUARAN SYARIKAT D’ACHEE MENGGUNAKAN STRATEGI EMPAT P DAN MANAKAH DIANTARA STRATEGI PEMASARAN TERSEBUT DIBERI KEUTAMAAN DALAM MELARISKAN PRODUK KELUARAN MEREKA


1.0       ABSTRAK
           
            Pemasaran merupakan proses mencipta dan membekalkan pengguna dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan, menghubungkan manfaat produk kepada pengguna, memastikan barangan dan perkhidmatan mudah untuk diperolehi, dan memastikan ia berada pada harga yang mana pengguna bersedia untuk membelinya.  Bagi memasarkan sesuatu produk, strategi yang berkesan diperlukan untuk melariskan jualan dan untuk itu, strategi 4P(product, promotion, price, place) atau campuran pemasaran digunakan.  Tugasan ini adalah fokus kepada kajian sejauh manakah sesuatu produk di pasarkan menggunakan strategi 4P dan manakah diantara strategi pemasaran tersebut yang diberi keutamaan didalam melariskan produk keluaran.  Perspektif kajian adalah melibatkan produk keluaran D’Achee Beauty (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian produk keluaran yang pelbagai.  Kajian difokuskan dari segi ciri-ciri dan beberapa contoh yang digunakan oleh pihak pemasaran tersebut dalam melariskan jualan produk mereka.  Data diperolehi daripada keratan akhbar Harian Metro bertarikh 30 Ogos 2006.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi produk, promosi, dan harga merupakan diantara aspek yang diberi keutamaan oleh syarikat ini didalam melariskan produk keluaran syarikat mereka.  Ini menunjukkan bahawa, sesebuah syarikat yang ingin memasarkan produk mereka boleh menggunakan produk, promosi, dan harga sebagai strategi utama didalam usaha untuk menarik pelanggan membeli barangan mereka. 

2.0       PENGENALAN

            D’Achee Beauty (M) Sdn. Bhd.  merupakan sebuah syarikat yang memasarkan rangkaian produk D’Achee.  Syarikat ini memasarkan pelbagai produk seperti produk penjagaan wajah, makanan kesihatan, dan penjagaan dalaman wanita.  Ia mempunyai pejabat urusan di Selangor dan beberapa buah cawangan seperti di negeri Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, negara Brunei dan sebagainya.

            Menurut (A.R.Morden,1987) strategi pemasaran atau campuran pemasaran merupakan “kombinasi strategi, taktik, polisi operasi, program, teknik dan aktiviti dimana sumber diagihkan bagi mencapai objektif pemasaran sesebuah syarikat”.  Ia lebih memberi perhatian kepada bagaimana objektif pemasaran dapat diaplikasikan didalam rancangan dan aktiviti pemasaran.  “Peranan campuran pemasaran adalah untuk menjadikan rancangan dan objektif  pemasaran menjadi realiti melalui perlaksanaan dan pencapaiannya”(A.R.Morden,1987).  Bagi tujuan tersebut, campuran pemasaran mestilah mempunyai elemen strategi, elemen rancangan, elemen taktikal, elemen pengoperasian dan perlaksanaan, serta komitmen.  Semua elemen ini perlulah diuruskan dengan jayanya supaya produk yang sempurna terdapat pada harga yang berpatutan di tempat yang strategik pada masa yang sesuai bagi memenuhi keprluan pengguna. 

            Campuran pemasaran pada asasnya mempunyai strategi empat P iaitu product, price, place, dan promotion atau produk, harga, tempat atau agihan, dan promosi.  Keempat-empat strategi ini mempunyai sifat saling kebergantungan.  Sebagai contoh, sesuatu produk yang dipasarkan pada jenama yang terkenal akan mempunyai jangka hayat pasaran yang lebih panjang berbanding produk yang sama tetapi menggunakan jenama yang kurang dikenali.  Oleh yang demikian, perancangan produk dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan mestilah tertumpu kepada sumber dan jenama produk bagi menguatkan penempatan produk di pasaran.

3.0       ISI PERBINCANGAN
           
            Berdasarkan kepada keratan akhbar tersebut, pihak pemasaran telah menggunakan keempat-empat strategi pemasaran atau campuran pemasaran bagi melariskan penjualan produk mereka.  Dari segi produk, syarikat ini menekankan aspek pembungkusan dan kandungan bahan.  Sebagai contoh, satu produk baru iaitu set penjagaan wajah Nafeeqa diperkenalkan dan mempunyai tujuh jenis produk yang dibezakan berdasarkan fungsinya.  Antara produk tersebut adalah seperti Beauty Night Cream, Beauty Bar, Acne Bar, Acne Cream, dan UV Foundation. 

            Apa yang dapat diperhatikan bahawa, pembungkusan produk ini menggunakan bekas lutsinar dan kotak kecil.  Pembungkusan ini berbeza mengikut ciri dan kuantiti bahan tersebut sebagai contoh, krim disimpan didalam bekas manakala sabun disimpan didalam kotak kecil.  Fungsi pembungkusan sebegini adalah untuk memberi daya tarikan kepada produk tersebut supaya nampak daripada luar.  Ia juga bertujuan untuk memudahkan penyimpanan produk setelah digunakan.  Dalam pada itu, penerangan ringkas tentang kandungan dan fungsi bahan tersebut juga terdapat didalam iklan ini sebagai contoh, produk Acne Bar ‛rumusan daripada ekstrak aromaterapi terpilih menjadikan Acne Bar amat sesuai untuk kulit yang sensitif dan berminyak.  Ia mampu menghilangkan minyak yang berlebihan pada wajah dan bertindak cepat untuk membantu merawat kulit yang berjerawat tanpa meninggalkan bahan-bahan yang boleh menutup liang roma kulit’. 

            D’Achee juga mengeluarkan produk makanan kesihatan seperti D’An, Senorita, La Indah Cafe, Faisal, dan Aiedil.  Cara pembungkusannya juga berbeza mengikut ciri bahan makanan tersebut.  Sebagai contoh produk La Indah Cafe adalah dalam bentuk serbuk dan dibungkus didalam paket plastik kecil yang disimpan didalam kotak.  Pembungkusan sebegini dilakukan untuk memudahkan pengguna dimana, mereka hanya perlu membuka satu paket kecil sahaja sekiranya ingin membancuh minuman tersebut berbanding satu paket yang besar dan perlu disimpan didalam balang setelah dibuka.  Selain itu, ia mudah disimpan dan dibawa kemana-mana samaada ditempat kerja, semasa bersukan, berkelah, dan sebagainya.  Contoh yang lain adalah seperti produk Senorita dimana ia adalah dalam bentuk cecair dan disimpan didalam botol kecil.  Bagi menarik perhatian pelanggan, kandungan produk juga diiklankan sebagai sebahagian daripada strategi produk.  Salah satu produk tersebut ialah produk Aiedil.  Ia mengandungi 96 jenis zat makanan termasuk 18 jenis asid amino, 18 enzim, 16 garam galian, 28 jenis zat makanan tambahan, pelbagai jenis vitamin A, B kompleks, C, dan E.  Penerangan ini memberi makna bahawa, minuman kesihatan ini mempunyai nutrien lengkap yang dapat menjaga kesihatan serta menjaga kecantikan kepada sesiapa yang mmeminumnya.  Dalam pada itu, syarikat ini turut memasarkan satu lagi produk baru iaitu Secret Powder yang digunakan untuk penjagaan dalaman wanita.  Ia merupakan salah satu strategi dengan mempelbagaikan keluaran produk dalam satu pakej jualan.  Dengan cara ini, pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli produk berdasarkan kehendak dan keperluan mereka.

            Dari segi promosi, pihak pemasaran telah menggunakan sepenuhnya strategi ini.  Salah satunya ialah dengan menjual produk percubaan tiga dalam satu atau 3 in 1 dan dua dalam satu atau 2 in 1.  Ia merupakan set penjagaan wajah Nafeeqa dimana konsep tiga dalam satu terdapat pada produk A Unique Aromatherapy Whitening Series.  Satu set produk ini mengandungi tiga produk yang berbeza iaitu Beauty bar, UV Foundation, dan Beauty Night Cream.  Bagi set produk A Unique Aromatherapy Acne Series, ia menggunakan konsep dua dalam satu iaitu gabungan produk Acne Bar dan Acne Cream.  Jika dilihat dari satu sudut, pengguna akan mendapat satu keistemewaan.  Ini kerana, mereka hanya perlu membeli salah satu set produk tersebut samada untuk mendapat kecerahan pada kulit atau menghilangkan jerawat atau membeli kedua-dua set produk tersebut.  Dengan hanya membeli satu set penjagaan wajah, mereka boleh mendapat tiga jenis produk yang lain ataupun dua jenis produk yang lain.  Selain daripada itu, set penjagaan kecantikan Nafeeqa juga mengiklankan penerangan ringkas tentang fungsi dan kelebihan produk tersebut sebagai daya tarikan kepada pengguna. 

            Bagi rangkaian produk yang lain iaitu produk kesihatan seperti D’An, Senorita, La Indah Cafe, Faisal, dan Aiedil, daya tarikan kepada pengguna ialah dengan memaparkan pengakuan daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk tersebut.  Sebagai contoh produk D’An yang diakui oleh seorang pengguna iaitu Sunita Ali mengatakan bahawa ‛selama 2 bulan saya mengamalkan D’An, kini kulit wajah saya menjadi semakin lembut dan licin tanpa memakai alat solek.  Ramai rakan memuji tentang kulit wajah saya sekarang’.  Berpandukan kepada pengakuan yang telah dibuat oleh salah seorang daripada pengguna produk tersebut, ia akan lebih memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli produk tersebut.  Promosi yang turut diadakan oleh pihak pemasaran syarikat ini ialah dengan mengadakan Malam Jalinan Budi yang diadakan pada 6 September 2006 dan bertempat di Grand Ballroom, Kuala lumpur.  Bagi menjayakan program ini, beberapa orang artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yusof Chong, dan Paper Dolls dijemput untuk mengadakan persembahan.  Selain itu, program ini menyediakan cabutan hadiah dan pemberian Door Gift kepada tetamu yang hadir pada malam tersebut. 

            Berdasarkan kepada strategi harga, pihak pemasaran meletakkan harga yang rendah pada produk percubaan mereka.  Sebagai contoh, harga yang diletakkan di Semenanjung Malaysia untuk produk A Unique Aromatherapy Whitening Series ialah RM 48.50 manakala harga untuk produk A Unique Aromatherapy Acne Series ialah RM 49.50.  Strategi ini memperlihatkan bahawa, pengguna akan mendapat ketiga-tiga produk pencerahan wajah apabila membeli set A Unique Aromatherapy Whitening Series dengan harga yang murah berbanding dengan hanya mendapat satu produk sahaja sekiranya membeli salah satu daripada produk tersebut dengan harga yang mahal iaitu RM 64.50 untuk produk UV Foundation.  Disamping itu, bagi pengguna yang kurang mampu, mereka boleh membeli produk percubaan ini sekiranya berminat dengan produk keluaran syarikat ini.  Semasa menganjurkan program Malam Jalinan Budi, kaunter jualan untuk semua produk D’Achee turut dibuka dan setiap pembelian akan diberi diskaun sebanyak 40%.  Ini memberi kesempatan kepada pengguna untuk membeli produk keluaran syarikat ini apabila menghadiri program tersebut tanpa perlu pergi ke stokis jualan.  Sempena dengan musim kemerdekaan ini juga, pihak pemasaran mengambil kesempatan dengan mengadakan promosi Merdeka.  Bagi tujuan tersebut, pengguna yang ingin membeli produk set penjagaan wajah Nafeeqa atau Secret Powder dengan harga diskaun sebanyak 30%, mereka perlulah mendapatkan keratan akbar yang terdapat pada suratkhabar, mengisi dan menghantarnya kepada D’Achee Beauty (M) Sdn. Bhd.

            Strategi yang terakhir iaitu tempat atau agihan produk dimana pihak pemasaran telah mewujudkan rangkaian perniagaan mereka di seluruh Malaysia termasuk negara Brunei Darussallam.  Keadaan ini secara tidak lansung dapat melariskan disamping memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk keluaran syarikat tersebut.  Perlantikan agen secara terus juga dibuat iaitu untuk negeri Sabah dan Sarawak termasuk negara Brunei.  Dengan cara ini, pengagihan produk akan lebih giat dijalankan bagi melariskan jualan.

4.0       KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan 4P sebagai strategi pemasaran sebenarnya mampu memberikan kesan pemasaran yang memberansangkan.  Namun demikian, merujuk kepada syarikat ini, mereka telah menggunakan produk, promosi, dan harga sebagai memberi keutamaan didalam melariskan jualan produk mereka.  Ia meliputi sebahagian besar daripada faktor utama dalam strategi pemasaran.  Penggunaan pembungkusan produk serta pernyataan tentang kandungan yang memberi kelebihan kepada produk tersebut sebenarnya mampu menarik perhatian pengguna.  Pembungkusan yang menarik serta kandungan bahan kimia yang selamat untuk digunakan dapat mengurangkan keraguan pengguna untuk menggunakan produk tersebut. 

            Di samping itu, promosi juga banyak digunakan oleh syarikat ini dalam melariskan jualan produk mereka seperti penggunaan konsep tiga dalam satu untuk produk percubaan, pengakuan daripada pengguna, mengadakan program Malam Jalinan Budi dan promosi Merdeka.  Kebelbagaian kaedah sebegini berupaya menarik lebih ramai pengguna untuk membeli produk keluaran D’Achee.

            Selain itu, harga juga merupakan salah satu aspek penting yang digunakan oleh syarikat ini.  Penggunaan harga penembusan atau penetration price untuk produk ini memang bersuaian dengan produk ini yang masih baru dipasaran.  Dengan adanya potongan diskaun, maka pengguna mampu untuk memiliki set D’Achee ini. 

            Jika dikaji semula, perlaksanaan strategi pemasaran sememangnya memerlukan kos yang tinggi.  Ini menunjukkan bahawa, risiko yang ditanggung juga adalah tinggi.  Namun demikian, dengan adanya perancangan yang rapi, produk ini mampu menguasai pasaran dalam dan luar negara.  Sebagai contoh, penetapan harga produk jualan perlulah melalui beberapa penilaian iaitu dari segi hubungan antara kos-jumlah keluaran produk-keuntungan, harga permintaan, dan perbezaan dengan harga pesaing. 

5.0       RUJUKAN


John A. Murray and Aidan O'Driscoll (1996). “Strategy and Process In Marketing”. London : Prentice Hall. 14-28.

William O. Bearden, Thomas N. Ingram, and Raymond W. Laforge (2004). “Marketing:Principles and Perspectives” New York: McGraw-Hill. 42-50.

O. C. Ferrell, Michael D. Hartline and George H. Lucas Mason  (2002). “Marketing Strategy”. Ohio: South-Western/Thomson Learning. 50-65.

Philip Kotler, Swee Hoon Ang, Siew Meng leong, and Chin Tiong Tan (1996). “Marketing Management: An Asian Perspective”. Singapore: Prentice Hall. 349-373.

Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...