Want to know more, please click

Followers

Pages

Thursday, May 16, 2013

KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSAN LIF



ABSTRAK

Lif merupakan pengangkutan menegak yang digunakan di dalam bangunan tinggi untuk mengangkut manusia dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Lif terdiri daripada beberapa jenis mengikut fungsi penggunaan seperti lif penumpang, lif barang dan lif untuk orang cacat. Terdapat dua jenis pengoperasian lif iaitu menggunakan prinsip hidraulik (lif hidraulik) dan menggunakan tarikan motor dan pemberat (lif elektrik). Lif mempunyai beberapa sistem kawalan dan komponen yang perlu disenggarakan dan pembaikan untuk mengelakkan kerosakan. Masalah kerosakan lif sering berlaku terutamanya di rumah pangsa awam. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pengurusan penyenggaraan dan mengenalpasti masalah pengurusan penyenggaraan yang menjadi punca kerosakan. Skop kajian ini ialah lif yang terdapat di Rumah Pangsa Awam Larkin di Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini melibatkan dua kumpulan responden iaitu penghuni rumah pangsa Larkin dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen, manakala pihak yang menguruskan kerja penyenggaraan (Jabatan Perumahan Negeri dan Bahagian Mekanikal Jabatan Kerja Raya), menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil kajian mendapati sistem pengurusan yang paling berkesan ialah sistem kontrak kerana dapat menggunakan pekerja yang mempunyai kepakaran (specialist work) berkenaan lif. Masalah pengurusan penyenggaraan lif ialah kekerapan berlaku kerosakan seolah-olah tiada kerja penyenggaraan. Hasil kajian mendapati punca utama kekerapan kerosakan ialah vandalisme di kalangan penghuni dan bukannya berpunca daripada tiada kerja penyenggaraan.
Click ads for your tq or like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...