Pages

Wednesday, May 30, 2012

SISTEM PENYAMAN UDARA


-          Penggunaan utama system penyejukan adalah untuk proses pendinginan.
-          Suhu penyejat untuk system penyamanan udara (pendinginan dan penyahlembapan) ialah 4°C ke 10°C.
-          Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi:
a)      pemanasan
b)      mengawal suhu
c)      mengawal kelembapan
d)     pembersihan
e)      pengagihan udara untuk mencapai kehendak tempat yang dinyamankan.

Kelengkapan asas sistem penyejukan mekanik / penyejukan serapan :
i.                    unit pemeluwap
ii.                  penyejat
iii.                motor kipas
iv.                turas
v.                  salur udara dan kawal alir udara
vi.                kawalan motor
vii.              kawalan suhu dan kelembapan
viii.            pemaipan
ix.                bahan pendingin (R12, R22)

Faktor sistem penyamanan udara diperlukan adalah untuk:
i.                    keselesaan
ii.                  prestasi kerja pada bahan keluaran
iii.                kesihatan
iv.                peralatan

Kepentingan penyaman udara adalah untuk :
i.                    menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran
ii.                  menghalang habuk dan kotoran
iii.                mengeluarkan haba untuk keselesaan
iv.                pengudaraan yang mencukupi

Unit penyaman udara tingkap

-          sistem ini dipasang di ambang tingkap atau menerusi pembukaan dinding.

Jenis-jenis Bahan Pendingin

R-11   
R-12    = kereta dan peti sejuk (rosakkan lapisan ozon)
R-22    = sekarang digunakan di dalam kereta (gas dan lebih selamat)
R-37
R-134a



Mengecas bahan pendingin

Peralatan = tolok panca rongga, vacumm pump dan balang gas R22.

Terdapat 3 proses semasa mengecas bahan pendingin iaitu :

i.                    proses pengosongan (5 – 10 minit)
– salur biru tekanan dipasang pada salur discharge

ii.                  proses vakum (15 minit)
- salur kuning disambungkan ke vacumm pump

iii.                proses pengisian ( gas pada bacaan 15’C – 20’C)
- salur kuning disambungkan pada balang gas R22

Mengesan atau menguji kebocoran pada sistem penyaman udara dan penyejukan

Terdapat 3 cara bagi mengesan kebocoran pada sistem :

iv.          menggunakan larutan buih
- letakkan larutan buih sabun pada semua sambungan / bahagian bengkok / bahagian yang disyaki bocor

v.            menggunakan sumpitan api halida
- nyalaan api akan bertukar warna apabila hos esak dihalakan pada  kepada penyambung tiub.
·   warna jernih kepada hijau muda (kebocoran kecil)
·   warna jernih kepada warna ungu (kebocoran kecil)

vi.          menggunakan pengesan elektronik
- pengesan ini akan mengeluarkan bunyi siren jika terdapat kebocoran pada sistem.


- proses ini dapat dilakukan setelah bahan pendingin dimasukkan di dalam sistem pada tekanan dibawah 12 kg/cm3 (proses menguji tekanan sistem )
Click ads for your tq or like.

Monday, May 28, 2012

Muhammad Aiman bin Abd Hamid & Nur Raihana Diana Binti Dasuki

1

2

3

4

5

6

7
tahniah & selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakn anak yg soleh & solehah. walaupn kau lambat dtg, aku tetap tunggu. ye la bila lg nak jumpa dgn kau.
Doa untuk pengantin baru (:

" ..Semoga Allah taala menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua dan kiranya Allah S.W.T meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.. "

InsyaAllah (:

Click ads for your tq or like.

Pengenalan kepada Sosiologi Industri



Definisi Sosiologi

Sorokin = sosiologi ialah ilmu yang mempelajari :
i)        hubungan dan pengaruh timbal balik antara pelbagai-bagai gejala sosial.
ii)      hubungan dan pengaruh timbal balik antara gejala sosial dengan gejala bukan sosial.
iii)    Ciri-ciri umum daripada semua jenis gejala-gejala sosial

Roncek and Warren : sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok kelompok.

Sosiologi = kajian tentang hubungan antara manusia dengan manusia


Definisi industri

Wield (1983)  telah mencadangkan 3 definisi industri iaitu :
i)        Lebihan (residul) : semua yang bukan bersifat pertanian
ii)      Sektorial : tenaga, perlombongan dan pembuatan
iii)    Proses Pengeluaran : cara tertentu mengatur proses pengeluaran dengan menggunakan jentera dan sistem pembahagian tugas yang kompleks

Intipati sesebuah industri :
  1. Terdapat peralihan fasa ekonomi sesebuah negara daripada bercorak pertanian
  2. Kekurangan dalam nisbah tenaga kerja yang terlibat dalam sektor pertanian dan penambahan dalam nisbah pekerja yang terlibat dalam sektor industri.
  3. Peningkatan penggunaan jentera yang kompleks dan sofistikated.
  4. Proses perindustrian memerlukan modal dan pelaburan yang banyak serta pembahagian dan pengkhususan tugas yang terperinci
  5. Terdapat berbagai organisasi yang besar dan kompleks seperti firma, perbadanan, syarikat persendirian dan perbankan dengan tujuan untuk menyalur dan melabur modal.

Sosiologi industri

-          Mengkaji proses perindustrian yang luas dan kesannya ke atas beberapa bahagian, masyarakat dengan menggunakan prinsip sosiologi umum.
-          Satu bentuk kajian bagaimana perkaitan antara disiplin dalam sosiologi ataupun kaitannya dalam bidang industri, merujuk kepada ketidakfahaman terhadap tingkahlaku pekerja industri


Sosiologi Industri = situasi yang terdapat dalam kilang tempat bekerja.  (organisasi kerja)

Sosiologi Perindustrian = kehidupan dalam & luar bidang (masyarakat sekitar)


 
Kritikan Marcuse (1898 – 1979) terhadap masyarakat industri

-          masyarakat industri ialah masyarakat yg tidak sihat kerana hanya berdimensikan satu iaitu segala kehidupannya diarahkan pada satu tujuan sahaja dengan pembangunan yang berlaku adalah berasaskan kepada sistem kapitalisme
-          masyarakat industri bersifat menindas dan menekan secara menyeluruhdan memintas perkembangan lain yang bertentangan dengan sistem kapitalis.
-          Masyarakat industri bersifat pasif dan menerima sahaja apa yang ada dan menerima sepenuhnya sistem kapitalis.


Kualiti masyarakat industri bergantung kepada faktor berikut :

  1. jenis pekerjaan
  2. perkembangan ekonomi
  3. dasar-dasar kerajaan
  4. kebajikan sosial
  5. kadar upah



Faktor-faktor pembentukan kelompok kecil dalam industri

1.      Personaliti dan tarikan individu
2.      Kumpulan kerja
3.      Tanggungjawab kerja
4.      Norma
5.      Matlamat
6.      Status pekerjaan

Kesan teknologi ke atas pekerjaan

1.      Perubahan bilangan pekerja
2.      Perubahan jenis pekerjaan
3.      Perubahan masa bekerja
4.      Perubahan terhadap suasana bekerja
5.      Perubahan terhadap tempat kerja.



Perhubungan industri

Merupakan proses interaksi di antara manusia dan organisasi di tempat kerja dalam usaha mencapai persetujuan berhubung terma dan syarat-syarat pekerjaan.

Perhubungan industri berkaitan dengan fenomena-fenomena yang berlaku dalam konteks hubungan pihak pekerja dengan majikan @ pihak pengurusan dalam sesebuah organisasi kerja.

Isu terhadap perhubungan industri

1.      Syarat dan terma pekerjaan
2.      Upah, elaun kerja dan bonus.
3.      Kemudahan rawatan kesihatan, perubatan dan kesihatan
4.      Kemudahan dan persekitaran organisasi kerja
5.      Perlaksaan program keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja
6.      Kemudahan sosial untuk pekerja.


Click ads for your tq or like.

Saturday, May 26, 2012

SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA



SOALAN BERKAITAN

1)                  Apakah kegunaan sambungan delta?
·         Sambungan delta digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan tinggi. Sebagai contohnya mesin-mesin yang digunakan di industri. Dan sambungan delta biasanya digunakan di industri. Dan nilai rintangan pada setiap beban adalah sama.

2)                  Apakah kegunaan sambungan bintang?
·         Sambungan bintang digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian adalah menggunakan voltan sederhana. Sebagai contohnya rumah-rumah kediaman. Dan kadaran arus yang diperolehi adalah sama.

3)                  Nyatakan jenis warna kabel yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian 3 fasa.?

a)            Dawai merah – dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup.
b)            Dawai kuning – dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup.
c)            Dawai biru – dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup.
d)           Dawai hitam – dawai neutral.
PERBINCANGAN


1.      Terdapat 4 dawai utama dalam pendawaian 3 fasa iaitu:
a)      Dawai Merah (Live)
b)      Dawai Kuning (Live)
c)      Dawai Biru (Live)
d)     Dawai Hitam (Neutral)

2.      Ketiga-tiga fasa iaitu fasa merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan
bernilai 415V dan voltan ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada pengulang iaitu yang dawai neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian 3 fasa tersebut.

3.      Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik
      di mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat
      dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu
11kV dan 33kV.

4        Terdapat dua jenis sambungan yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian
3 fasa iaitu:-
a.       Sambungan delta - digunakan bila memerlukan voltan yang tinggi. (Industri).
b.      Sambungan bintang atau Y – Digunakan pada pendawaian domestik biasa. (Rumah Kediaman / Pengguna Voltan Rendah)


F.A.Q


Pengagihan voltan bekalan kepada pengguna dilakukan menggunakan 2 cara iaitu :
  • Kabel bawah tanah
  • Talian atas


3 kelebihan system motor 3 fasa berbanding motor 1 fasa :
  • kendalian permulaan kendiri
  • faktor kuasa dan kecekapan lebih baik
  • daya kilas yang tetap


2 sebab kabel elektrik dibuat berlembar.
  • mudah lentur
  • menambah daya kekuatan kabel


faktor utama pemilihan kabel untuk pengagihan 3 fasa :
  • kecekapan
  • selamat
  • murah


3 jenis motor aruhan 3 fasa yang utama iaitu :
  • motor aruhan
  • motor aruhan pemutar berlilit
  • motor segerak


Motor aruhan sangkar tupai banyak digunakan kerana :
i.                    tahan lasak
ii.                  kecil
iii.                murah
iv.                tidak ada belitan pada pemutar
v.                  tidak perlu alat tambahan untuk menghidupkan motor
Click ads for your tq or like.

pelancar bulu tangkis

1

2

3

4

tripod speaker
6


7


8


9

10
Untuk Latihan Pukulan Smash Dalam Permainan Badminton. credit to saiful amri, elyas, sazari.
Click ads for your tq or like.

Thursday, May 24, 2012

Mata wang emas - ikimfm


11 jan 2012

Click ads for your tq or like.

BAHAN PENDINGIN

Sifat-sifat :
-          tidak mudah terbakar
-          boleh larut dengan minayak suapaya pelinciran berkesan
-          tidak berbahaya apabila bertindakbalas dengan minyak walaupun dengan kehadiran kelembapan
-          mempunyai rintangan yang tinggi pada elektrik bagi mengelakkan pengaliran arus pada sistem.

R11     = trikloromono florometana
R12     = diklorodifklorometana (aircond dan peti sejuk)
R22     = monofloudiflorometana (split aircond)
R37     = ammonia
R134a  = kenderaan baru


Penyejukan adalah proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mendatangkan bahaya kepada alam sekeliling dan kehidupan.


Dalam proses pemindahan haba :
- haba akan melalui satu badan apabila suhu berbeza wujud diantara 2 badan
- perpindahan haba dari suhu tinggi ke suhu rendah.


Terdapat 3 jenis perpindahan haba :
  1. pengaliran
  2. perolakan
  3. sinaran


Penyejat

-          alat atau komponen yang terletak di bahagian tekanan rendah di antara pemampat dan alat pemeteran.
-          Fungsinya ialah untuk menyerap haba dan menyingkirkannya di pemeluwap
-          Jenis-jenis penyejat :
a)      penyejat jenis pengembangan terus / kering
b)      penyejat jenis banjir

-          terdapat 5 bentuk penyejat :
a)      jenis para atau rak
b)      jenis kelompang (peti sejuk)
c)      jenis dinding (pendingin beku)
d)     jenis tiub bersirap dengan kipas (sistem tanpa fros)
e)      jenis kelompang dan tiub (unit air dingin dan pendingin air)


Peranti Permeteran

-          Peranti pemeteran berfungsi untuk mengawal pengaliran bahan pendingin sebelum masuk ke penyejat.
-          Ini membolehkan, pengawalan kuantiti bahan pendingin yang melalui sistem penyejukan dikawal.


Pemampat

-          menyenggara perbezaan tekanan di bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah pada system.
-          2 perkara yang akan berlaku semasa proses ini ialah :
a)      suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik, membolehkan proses penyingkiran haba berlaku. Haba ini diserap oleh air atau udara sekeliling yang bertindak sebagai bahan media pendingin.
b)      Suhu dan tekanan di penyejat menjadi rendah, dan ini membolehkan bahan pendingin mendidih dan menyerap haba dalam peti sejuk atau disekelilingnya.

-          jenis-jenis pemampat :
i.                    pemampat salingan
ii.                  pemampat putar
iii.                pemampat empar
iv.                pemampat skru


Pemeluwap

-          alat untuk menyingkirkan haba daripada wap bahan pendingin yang diserap penyejat.
-          Haba daripada wap bahan pendingin yang panas akan mengalir menerusi dinding pemeluwap kepada bahantara pemeluwapan.
-          Hasilnya ialah, wap panas bahan pendingin akan kehilangan haba kepada bahantara pemeluwap, wap bahan pendingin akan menjadi dingin dan terpeluwap kepada keadaan cecair.
-          Bahantara yang digunakan untuk menyingkir haba daripada pemeluwap ialah udara, air atau gabungan air dan udara.
-          Terdapat 3 jenis pemeluwap iaitu:
a)      sejuk udara
b)      sejuk air
c)      bersejat

-          sistem peti sejuk domestik (disejukkan oleh udara/angin) biasanya menggunakan 4 jenis pemeluwap seperti :
a)      pemeluwap bersirip – olakan udara biasa
b)      pemeluwap bersinip – olakan daya
c)      pemeluwap wayar – olakan biasa
d)     pemeluwap plat – olakan biasa

-          terdapat 4 jenis pemeluwap yang biasa digunakan pada sistem komesrsial iaitu :
a)      pemeluwap bersirip – perolakan biasa penyejukan udara
b)      pemeluwap bersirip – perolakan daya penyejukan udara
c)      pemeluwap penyejukan air
d)     pemeluwap bersejat, air n udara sebagai bahantara pendingin.
Komponen lain dalam sistem penyaman udara

1.  Tolok Pancarongga

Fungsi : Saluran bagi memasukkan gas ke dalam pemampat dalam sistem penyaman udara. Terdapat penunjuk tolok bagi memastikan tekanan gas yang dimasukkan betul.
Merah (tekanan tinggi), Kuning ( neutral ), &  Biru ( tekanan rendah – buang gas- Perlahan bagi mengelakkan minyak terkeluar.

2. Gegelung sejuk

Fungsi : Berlaku fros jika gas tkanan tidak cukup. Menunjukkan tahap gas yang dimasukkan mencukupi sehinnga tekanan antara 60 psi ke 70 psi.

3.  Penunjuk aliran gas

Fungsi : memastikan gas dalam sistem penyaman udara berjalan dengan baik. Ia juga memastikan kandungan gas terdapat dalam sistem penyaman udara.

Click ads for your tq or like.

Tuesday, May 22, 2012

itik telur

memandangkn posting pd tahun hadapan, aku kene buat projek supaya ada income. xkan nak duduk rumah tidur dan makan shj. aku tgk semua member dah kerja. mintak guru ganti dr bln 1 x dpt2. dah la bln 7 nak kene bayar duit pinjaman yayasan negeri 9 sebanyak rm 200. buat permulaan ni, aku nak bele 30 ekor dulu. aku dah servay harga anak itik kat gemenceh, tampin, kuala pilah semuanya harga sama rm 4.50/ekor. aku rasa diorang ambil dr pembekal yg sama.

anak itik sampai pd hari jumaat, bapakku dah oder kat kuala pilah. dia bg rm4.30/ekor. mungkin aku beli hari sabtu. ok la tu kurang 20 sen. semoga projekku berjaya. pangakku pun nak beli juga itik sebanyak 15 ekor.

pekerja kedai tu miss communication antara diorang la pulak. yg ada cuma 20 ekor je. kalau mcm tu, beli utk pak ngah aku la. aku punya lg 2 minggu.
Click ads for your tq or like.

Sunday, May 20, 2012

WELDING


Terdapat 3 lagi jenis welding yang terbaru iaitu :
a)      plastic welding
b)      laser welding
c)      robotic welding


Laser Welding
-          MIG @ gas arka takleh cantum dengan kemas dan licin. (berlubang-lubang, ada kecacatan)
-          Laser adalah penyelesaiannya
-          Lebih jitu, kemas dan cantik


Plastic Welding
-          kene tahu suhu untuk mencairkan gam / bahan untuk melekat.
-          Agak baru di malaysia
-          Bahan termaju = polyetelena
-          Berat kereta lutsinar = lebih kurang 700kg


Robotik Welding
-          untuk mass production seperti industri pembuatan kereta.


METAL INERT GAS, MIG


-          Dalam kimpalan MIG, elektrod yang digunakan akan melebur dan ianya bertindak sebagai rod pengisi.
-          Elektrod diperbuat daripada keluli lembut dan disadur dengan kuprum untuk melindungi elektrod daripada berkarat (mengelakkan daripada proses pengoksidaan)
-          Warna kuning terbentuk disepanjang tepi kumai menunjukkan saduran kuprum yang ada pada elektrod.
-          Ciri-ciri :
a)      elektrod akan melebur dan bercampur dengan bahan kerja.
b)      Arus terus boleh digunakan untuk proses kimpalan
c)      Ianya boleh digunakan secara automatik dan separa automatik.

- Gas Argon banyak digunakan dalam kimpalan MIG kerana :
  a) gas ini menyelaputi kawasan kimpalan dengan lebig sempurna
  b) kabus gas tidak terbentuk
  c) dapat menghasilkan kimpalan yang bersih iaitu tiada jermang atau sanga terbentuk
  d) kawalan arka lebih mudah – rata dan overhead

Kelebihan kimpalan MIG
-          seseorang mendapat kemahiran mengimpal dengan mudah, ini kerana kimpalan ini tidak memerlukan penukaran elektrod kerana elektrod dikeluarkan secara automatik pada mesin MIG
-          dapat menjimatkan masa kerana proses pembersihan tidak perlu dilakukan pada bahan kerja. Ini kerana kimpalan ini tidak menghasilkan jermang atau sangga pada kumai yang terbentuk.
-          Herotan kurang berlaku, ini kerana proses mengimpal dilakukan dengan cepat.
-          Penusukan yang lebih dalam dan kumai terhasil lebih sempit.

Click ads for your tq or like.