Pages

Saturday, March 31, 2012

singapura p7

1

2
3


4

5

6

7

8

9

10
Click ads for your tq or like.

singapura p6

1

2

3

4

5

6

7

8
9

10


Click ads for your tq or like.

Friday, March 30, 2012

singapura p5

stesyen kereta api tangjung pagar

2

3

4

5

6

7

8

9

10
Click ads for your tq or like.

Thursday, March 29, 2012

singapura p4

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10
Click ads for your tq or like.

Saturday, March 24, 2012

PEMBUNGKUSAN p1

 
DEFINASI

Pembungkusan adalah operasi membalut dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juaga merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.



APA ITU PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan itu boleh dikaitkan dengan kepelbagaian dimana didalam setiap sektor akan menggunakan cara & teknologi yang berbeza contohnya :

a)      Menggunakan medium-medium yang ada untuk menghasilkan produk yang terkini dan bermutu.
b)      Setiap sektor mempunyai headline dimana didalamnya terdapat bahan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai imej tersendiri.
c)      Pemilihan material yang paling sesuai untuk melindungi produk tersebut dari kerosakan.

FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN

  1. Mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan.
  2. Untuk melindungi produk dari factor-faktor yang mempengaruhi seperti masa, rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah.
  3. Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi rekabentuk dan pemilihan warna.
  4. Salah satu cara memasarkan produk  secara tak langsung.
  5. Memudahkan sesuatu produk dibawa kemana-mana dan  untuk proses pengangkutan.
  6. Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik

MEDIUM-MEDIUM PEMBUNGKUSAN

  1. Kertas dan kadboard kertas
  2. Bahan-bahan dari plastik contohnya botol dan bekas makanan.
  3. Aluminium contohnya tin minuman ringan.
  4. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula
Click ads for your tq or like.

LAWATAN KE ORIENTAL ASSEMBLERS SDN. BHD.

 
1.      OBJEKTIF
Lawatan sambil belajar yang dijalankan pada hari ini adalah untuk:
a)      Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang proses pencantuman komponen kenderaan dalam sebuah kilang atomotif dari mula hingga menjadi sebuah kenderaan.
b)      Melihat dengan lebih dekat pengaplikasian teori automotif dalam industry automotif.
c)      Mengaitkan mana-mana perkara baru yang boleh diperolehi dalam industri automotif untuk dikaitkan dengan teori yang dipelajari di dalam kelas.

2.      LATAR BELAKANG SYARIKAT
 
Oriental Assemblers Sdn Bhd dulunya adalah Capital Motor yang ditubuhkan pada 1967 seterusnya bertukar milik kepada General Motor Assembler. Pada tahun 1980  ianya diambil alih oleh Oriental Assemblies Sdn Bhd dengan pegangan 100% kepunyaan tempatan.  Kilang ini merupakan kilang yang hanya membuat 100% pemasangan kenderaan yang telah direka oleh syarikat pembuat kereta terkemuka seperti Hyundai dan kereta keluaran dari China. Kesemua bahagian kenderaan yang hendak dipasang adalah didatangkan terus dari pembuat kereta asal dan dipasarkan di negara ini. Pengurus bagi syarikat ini adalah Mr. Yap.
Bahagian enjin kenderaan dibawa masuk secara siap dari pembuat kereta asal bagi mengurangkan kos pemasamgan dan bagi menjamin mutu keluaran syarikat. Mengikut penerangan yang telah diberikan, membeli terus bahagian enjin yang telah siap adalah lebih murah berbanding memasangkannya daripada raw part. Ini kerana kos untuk memasang sesebuah enjin adalah tinggi dinegara ini kerana ianya memerlukan tenaga kerja yang mahir serta jangka masa pemasangan yang panjang.
Dahulu kilang ini memasang kereta jenama Honda tetapi atas sebab-sebab tertentu pemasangan tersebut terpaksa diberhentikan dan digantikan dengan pemasangn kenderaan jenama Hyundai (Korea), Cherry (China), Sonata (Korea) dan LMG.  Kilang ini mempunyai pekerja seramai 266 orang. Antara kemudahan yang terdapat di kilang ini ialah kafeteria, parking motosikal berbumbung dan seumpamanya. Kilang ini dapat menyiapkan pemasangan 22 hingga 25 buah kenderaan sehari.

Pada masa sekarang kegawatan ekonomi melanda negara, syarikat tersebut mampu mengharunginya dengan mengambil altenatif seperti menjadikan 2 shift waktu bekerja kepada 1 shift waktu bekerja. Keadaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos operasi syarikat memandangkan permintaan kenderaan yang sedikit merosot.

1.      JABATAN – JABATAN YANG BERKAITAN DENGAN PROSES PEMASANGAN
Welding Department (body)
Welding Department (body) merupakan jabatan yang terpenting dalam proses pemasang kenderaan. Dimana komponen – komponen yang diterima dari kilang asal seperti yang datang dari kilang Hyundai (Korea) akan distamping dengan menggunakan mesin spot welding mengikut model dan jenis kenderaan yang telah ditetapkan. Proses ini dilakukan secara semi automatic. Jig-jig ataupun acuan untuk memateri komponen-komponen ini didatangkan khas dari kilang pembuat kerata sebenar seperti Hyundai dari Korea. Ini adalah bagi menjamin kejituan pemasangan dan kimpalan yang dilakukan dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pembuat kerata sebenar. Mengikut kepada penerangan yang telah diberikan juga, jig-jig yang digunakan juga diperbuat daripada kilang dan vendor tempatan tetapi ianya perlu merujuk kepada pembuat kereta asal untuk memastikan kualiti keluaran kilang ini.
Rajah 1: Pekerja sedang membetukkan kedudukan kerangka.
Rajah 2 : Plat bumbung distamping pada kerangka kenderaan.
 
Welding Department (Auto Finish)
Fungsi utama department ini adalah sebagai membuat pematerian terhadap pintu dan bonet kenderaan. Di mana spot welding digunakan bagi mengimpal kepingan komponen-komponen untuk dijadikan bahagian separuh siap kenderaan seperti pintu dan pemasangan cermin. Spot welding adalah proses utama pada bahagian ini. Di mana kimpalan dilakukan untuk mencantumkan kepingan komponen untuk dijadikan pintu dan bonet kenderaan. Bahagian yang telah siap akan dihantar kepada bahagian printing department untuk di cat dan dipasangkan pada bahagian body kenderaan pada jabatan final assembly.
Rajah 3: Body kereta yang telah siap di welding.
 
Painting Department
            Berfungsi sebagai bahagian proses mengecat (coating) kenderaan. Di mana converyer yang membawa kerata ini dibawa ke kebahagian bilik khas bagi melakukan proses penyemburan cat sesebuah kereta. Terdapat 2 kaedah yang digunakan, iaitu kaedah menyembur secara manual dan secra automechine (robot). Satu lapisan semburan cat (undercoat) diperlukan untuk menghasilkan warna sesebuah kenderaan. Hasil semburan akan dialirkan di dalam kebuk atau oven yang bertindak sebagai pemanas untuk mengeringkan cat yang telah disembur.  Kenderaan yang telah disembur juga melalui tapisan quality control (QC) bagi menjamin mutu produk. Kenderaaan yang mempunyai kecacatan pada bahagian semburan cat akan dipolish secara manual sebelum di sembur semula.
Rajah 4: Cat kenderaan telah dipanaskan melalui topcoat oven.
Rajah 5: Setelah dicat, proses polishing mengambil tempat dan dilakukan secara manual.

Rajah 6: Hasil selepas dipolish.
 KERJA-KERJA PEMASANGAN

Rajah 7: Final Assembler Department
Rajah 8: Proses pemasangan suspension system
Rajah 9: Pemasangan enjin

Rajah 10: Kenderaan yang telah siap dipasang.

Rajah 11: Pengujian sedang dijalankan.


Rajah 15: Chery SUV

 
1.      REFLEKSI
Lawatan yang telah dibuat merupakan lawatan pertama saya ke dalam kilang yang membuat pemasangan kenderaan. Saya juga berasa kagum dengan keupayaan kilang tersebut kerana diberi kepercayaan oleh syarikat pembuatan kereta di luar negara seperti Chery, Honda dan Hyundai untuk menjalankan pemasangan kerata mereka di sini. Rakyat tempatan mendapat faedah dan limpahan rezeki kerana dapat bekerja di kilang tersebut. Saya mendapati bahawa kilang tersebut luas dan besar, susunan kerja dan peralatan amat teratur.
Kilang tersebut menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan hasil pengeluaran kenderaan. Pada bahagian stamping, proses ini dilakukan secara  semi automatik. Pekerja akan membuat kimpalan titik antara plat badan kenderaan dengan kerangka. Kerja ini dilakukan dengan teliti supaya benda yang dikimpal tidak akan tercabut jika dipindhkan ke bahagian lain. Pekerja meletakkan kerangka kenderaan di atas meja dan seterusnya melakukan proses mengimpal.
Pada awal proses mengecat, beberapa orang digunakan untuk menyembur cat pada kenderaan. Pekerja mesti memakai peralatan perlindungan diri seperti gogal kerana mereka bekerja di dalam bilik yang tertutup dan terdapatnya cat yang bertebangan. Proses pertenganhan pula, dilakukan secara automatik menggunakan robot dan dicat beberapa lapis pada keseluruhan
badan kenderaan tersebut. Hasil dari penggunaan robot tersebut, saya mendapati bahawa cat pada kenderaan tersebut sekata dan tiada kesan tompokan yang tidak diingini. Untuk mengeringkan cat dengan cepat, kenderaan tersebut seterusnya dihantar ke topcoat oven. Pada bahagian ini, suhu disetkan pada julat tertentu supaya dapat mengeringkan cat pada masa yang telah ditetapkan. Proses akhir iaitu polish, kerja tersebut dilakukan secara manual menggunakan alat yang tertentu. Setelah melalui proses tersebut, saya mendapati bahawa cat pada kenderaan tersebut berkilat dan amat cantik sekali.
Proses memasang komponen kenderaan dilakukan mengikut line yang ditetapkan. Komponen tersebut termasuklah enjin, pintu, sistem brek, sistem gantungan, tempat duduk dan lain-lain eksesori. Proses ini dilakukan dengan sempurna dan teliti kerana jika pemasangan yang salah dilakukan, kesannya boleh membuatkan sesuatu line akan terhenti dan membuang masa. Saya mendapati bahawa kilang tersebut amat mementingkan masa kerana jika sesebuah bahagian mengalami masalah ia akan menjejaskan hasil pengeluaran syarikat.
Di sini juga aspek pekerja diambil berat. Sebelum syarikat menyerapkan pekerja ke dalam sesuatu bahagian, perkara asas yang dilakukan ialah dengan memberikan latihan yang secukupnya dan mengambil tempoh masa tertentu. Selalunya pekerja yang telah lama ditempatkan pada sesuatu bahagian tidak sewenang-wenangnya ditukarkan ke bahagian lain. Contohnya seseorang pekerja yang telah lama berada di bahagian polish akan kekal di situ kerana pekerja tersebut telah pakar dalam bidangnya.
Reka bentuk kereta yang dihasilkan amat menarik dengan kombinasi warna yang sesuai. Reka bentuk kereta pada rajah 14 lebih kurang sama dengan jenis kenderaan Nissan Grand Lavina, kerata Chery pada rajah 15  lebih kurang sama dengan Isuzu D-Max. Usaha syarikat tersebut untuk memasarkan kereta buatan luar negara harus menjadi dorongan kepada yang lain kerana berani mengambil risiko dan berani merebut peluang dan ruang yang diberikan kepadanya.
 Harga yang ditawarkan bagi sebuah Chery MPV sekitar RM 70000. Faktor harga juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan jualan sesebuah kenderaan. Walaupun saya belum menjumpai pemandu yang membawa kereta Chery tetapi itu tidak bermakna bahawa orang ramai tidak menyukai kereta tersebut. 

 
KESIMPULAN
Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berguna kerana saya hanya memandu kenderan yang telah siap dipasang tanpa mengetahui cara ianya dipasang. Setelah membuat lawatan tersebut, barulah saya mengetahui apakah proses-proses yang perlu dijalankan, alatan yang digunakan dan seumpamanya. Ilmu yang telah diterima akan digunakan pada masa yang akan datang.
Pemasangan kereta bukanlah semudah ABC kerana tanpa perancangan yang sempurna kenderaan yang dihasilkan akan mengalami kecacatan dan tidak sempurna. Saya juga mengucapkan berbanyak-banayk terima kasih kepada syarikat tersebut kerana memberi peluang dan ruang untuk menjalani lawatan sambil belajar tersebut. Lawatan ini sewajarnya diteruskan untuk mendedahkan para pelajar tentang pembinaan sesebuah kenderaan dan seterusnya di alam pekerjaan. Click ads for your tq or like.